01

18.7K 375 3
                                    

"Papa tak percaya, sanggup Rose tipu papa ? Rose kata dengan papa Rose pergi kerja rupanya ? Jadi penari di kelab malam ?! Tak cukup ke kemewahan yang papa beri ni Rose ?! " . Suara Dato Alham naik satu oktaf .

Rose Hanina masih menangis dikaki Dato Alham. Dipeluk erat kaki orang tuanya itu. Tangisan nya begitu syahdu.

Puan Sri Ayuni dan Qassandra berpeluk tubuh dan hanya tersenyum sinis. Gembira hati mereka berdua apabila Rose dimarahi sebegitu.

"Demi Allah pa ! Demi Allah. Rose tak pernah jejak kaki ke sana pa. Rose tak kerja dekat situ. Rose kerja part time dekat cafe pa. Tolong pa.. Tolong percayakan Rose" . Suara Rose merayu diselangi tangisan yang semakin kuat dan syahdu.

"Kau tak payah tipulah Han. Aku sendiri nampak kau menari macam monyet dalam video tu lepastu kau bagitahu papa tu bukan kau ? Sembang apa kau ni ?"

Rose Hanina meleraikan pelukan di kaki Dato Alham. Dia menyeka air matanya dan memandang tajam ke arah Qassandra.

"Kau diam ! Ini rumah aku bukan rumah kau ! Kau tu cuma menumpang ! Sedar diri sikit ! Dasar anak beranak pungut"

" ROSE HANINA !!! "

Serentak dengan itu pipi Rose Hanina yang putih gebu itu ditampar kuat oleh Dato Alham. Rose tersentak. Dia memegang pipi yang terasa sakit.

"She still your mother"

"Rose tak ada mama selain Datin Husna"

Dato Alham diam. Dia tidak menyangka Rose masih tidak bisa menganggap Puan Sri Ayuni sebagai mamanya . Walaupun ibu-tiri.

Puan Sri Ayuni mendekati Dato Alham. Lengan Dato Alham di rangkul lembut olehnya.

"Betul lah apa Rose cakap tu bang, Ayu dengan Qass menumpang je dalam rumah ni, kami ni di pungut" . Suara Puan Sri Ayuni seolah olah meminta simpati .

"Sedar diri pun" . Mendatar saja nada Rose Hanina tetapi masih mampu didengari oleh telinga mereka bertiga.

"Watch your mouth girl !". Tegas amaran dari Qassandra tidak dihiraukan oleh Rose Hanina .

Dato Alham duduk disofa. Diikuti oleh Puan Sri Ayuni. Tangisan yang membasahi pipi Rose Hanina sudah berhenti . Tak guna aku menangis merayu, papa masih tak percayakan aku.

"Rose Hanina, papa tak tahu apa silap papa dalam mendidik Rose, apa kurang papa dalam menyayangi Rose, tapi inikah balasan untuk selama 18 tahun Rose hidup ? Ini kah balasan yang papa dapat ?"

Rose Hanina tersentak. Tidak sangka papanya akan memulakan mukadimah dengan ayat sebegitu. Aku yakin, papa masih ingin naikkan isu video tu...

"Apa segala kemahuan Rose papa beri, papa turuti. Tapi kenapa Rose balas jasa papa dengan conteng arang di muka papa ?"

Ding Dong... Aku dah agak dah !

"How many time i must tell you Dato ? Itu bukan saya. Ya , Rose mengaku Rose anak yang jahat tapi kaki Rose tak pernah jejak ke sana walaupun seinci" . Mata Rose memandang ke arah Qassandra . Rose tahu ini semua kerja Qassandra .

"Don't give me a excuse Han. You are my daughter but why you being like you are not my daughter ? Papa ada kamu je lepas mama kamu meninggal, tapi Han tak pernah peduli maruah keluarga kita ?"

Rose Hanina diam. Dia sedang menyusun ayat. Aku tak pernah peduli maruah keluarga ? Apa sebenarnya yang papa nampak dalam diri aku sebenarnya ni ? Rose Hanina menyeka air mata yang berbisa . Matanya memandang wajah Qassandra sebelum memandang wajah Dato Alham.

"Sekarang Han tanya papa. Pernah papa peduli perasaan arwah mama sekarang ? Kalau dia tahu suami yang paling dia sayang selama ini rupanya beristeri dua senyap senyap ? Ada papa peduli perasaan mama ?"

Dato Alham tersentak. Dato Alham memandang tepat ke arah bola mata Rose Hanina. Tidak dinafikan wajah Rose Hanina saling tidak tumpah seperti arwah isterinya. Minda Dato Alham kini seperti ada tayangan semula. Kenangan bersama arwah isterinya berlegar di minda .

"Pa, mama baru 3 bulan meninggal pa, dan sekarang papa tunjukkan dekat Han 'a new mama' for me ? Papa rasa Han boleh adapt ke ? Han rasa macam baru semalam mama pergi pa .. Baru semalam"

Airmata Han menitis sendiri. Hatinya sebak bila panggilan mama yang khas untuk Datin Husna menutur di bibirnya. Rasa seperti tidak cukup kasih sayang yang diberi oleh Datin Husna kepada dirinya selama 18 tahun dia hidup.

Dato Alham tidak mampu menutur bicara. Hatinya sendiri sebak apabila mengenangkan segala kenangan bersama Datin Husna. Iya .. Aku salah kerana menduakan Husna sedangkan Husna tidak pernah lelah membahagiakan aku.

"Rose Hanina. Masuk bilik tidur"

Rose menyeka airmatanya. Dia tersenyum nipis sebelum memandang tepat wajah Puan Sri Ayuni.

"If you think that i will accept you as my mother, you got a wrong point. I will never accept you as my mother. You're just a weird stranger for me madam"

Puan Sri Ayuni menahan geram. Di dalam hati dia sudah sumpah seranah Rose Hanina. Namun di bibir, dia mengukir senyum.

Rose Hanina melangkah mendaki anak tangga menuju ke biliknya, namun langkahnya mati apabila Qassandra menutur bicara.

"And you are not my sister. I will never accept you as my sister, you are my enemy for ever and ever"

" And for your information, you are just stupid person ever i know"

Rose Hanina mengatur langkah ke biliknya. Pintu dihempas kuat tanda tunjuk protes. Rose Hanina duduk dibirai katil. Dia meraupkan wajahnya berulang kali.

Mindanya kembali teringat akan Datin Husna. Rindu mula bertandang. Tanpa dia sedar airmata menitis.

"Han rindu mama.. rindu sangat maa"

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now