22

5.5K 170 0
                                    

Pejam celik pejam celik sudah sebulan Rose Hanina berkhidmat sebagai orang gaji di rumahnya sendiri. Sudah sebulan juga Rose Hanina berkenalan dengan Affef Maliky dan Adam Al-Haffey. Sudah sebulan juga, Rose Hanina berjaya menyembunyikan identitinya, dan ini bererti, ada masa lagi sebulan untuk Adam Al-Haffey mencari calon isteri jika tidak ketemu, maka dirinya akan berkahwin dengan Qassandra.

  Untuk sebulan ini juga, hati mereka seperti dibuai rasa indah, dibuai rasa rindu dan kadang dibuai rasa cemburu.

  Affef Maliky masih berusaha memperolehi cinta Rose Hanina. Setiap hari ada saja jambangan bunga dan coklat diterima oleh Rose Hanina. Kadang, mereka keluar makan bersama dan kadang mereka berkongsi cerita suka duka.

  Berbeza dengan Adam Al-Haffey, tiada kiriman bunga atau coklat. Tiada berjumpa atau keluar berdua. Hanya banyak habiskan masa di dalam talian sahaja. Ada masa terluang, mereka akan video call, whatsapp, join live di Instagram dan bermacam lagi berkaitan social media.

  Rose Hanina terkadang keliru dengan hatinya sendiri. Keliru dengan jiwanya sendir. Keliru dengan perasaanya. Dia sedar, ada dua hati sedang mengejarnya. Tetapi yang dinamakan cinta ialah ; Apabila antara dua hati menjadi satu. Segala rasa di dalam jiwa mereka akan bersemadi selamanya.

  Tidak mungkin dirinya ingin menyakiti satu hati hanya kerana ingin memilik hati satu lagi. Dan tak mungkin, dia ingin menyakitkan hatinya sendiri dalam membuat pilihan. Dirinya buntu dan keliru. Kadang dia merasakan dia tidak patut mengenali dua hati itu.

  Tapi siapa dia untuk menolak takdir Allah ? Siapa dia untuk menentang jodoh Allah ? Segala yang berlaku kini ada hikmah sebaliknya. Dan segala ini sudah dirancang rapi oleh Allah. Pasti akan ada kemanisan di penghujung cerita ini.

  Dalam hatinya keliru memikirkan perasaan. Dirinya juga keliru mengapa bapa kandungnya sendiri sanggup melayan dia sedemikian rupa. Membiarkan sahaja dirinya di buli oleh keluarga-tirinya. Adakah benar dirinya bersalah ? Atau itu hanya permainan dusta manusia ? Setiap hari dia tidak berhenti berdoa agar hati bapa kandungnya terbuka.

  Kebahagiaan yang dia pernah ada dulu, kini seperti pasir yang larut dalam air. Hilang begitu sahaja. Kerinduan nya menggunung tetapi dia pendam sedalam dalamnya. Entah bila ego akan kalah dan entah bila sayang akan menang.

***

"Alhamdulilah. Akhirnya korang akan bernikah juga". Akira tersenyum memandang Sofia dan Iman yang duduk bersebelah.

  Berita gembira mengenai Sofia dan Iman akan bernikah lagi 2 minggu tiba di telinga mereka. Bukan Sofia sahaja yang gembira, malah Akira dan Rose Hanina juga gembira.

  Sofia dan Iman sudah bertunang hampir 2 tahun. Terlalu banyak dugaan semasa mereka bertunang. Jadi, ada baiknya mereka mempercepatkan majlis mereka.

"Korang dah janji dengan aku kan ? Seminggu sebelum majlis aku, korang nak tidur rumah aku . Kan ?"

  Rose Hanina tersentak. Mana mungkin dia bisa meninggalkan rumah itu selama seminggu. Alangkah dulu, dia baru pergi 2 hari habis dikutuk dicaci oleh Puan Sri Ayuni dan Qassandra. Walhal dia pulang ke rumah atuknya di Muar. Rose Hanina lebih rapat dengan keluarga arwah Datin Husna daripada keluarga  Dato Alham.

"Aku tak janji lah weh. Tapi.. aku cuba pujuk papa aku okay ?"

  Akira memandang hairan. Setahu dirinya, sejak arwah mama Rose Hanina meninggal dunia. Dato Alham tidak pernah kisah akan kemana Rose Hanina pergi. Tapi kini ? Seolah-olah Dato Alham sedang menyekat kemana Rose Hanina ingin pergi.

"Selama ni kau boleh je keluar. Papa kau tak bising pun. Kenapa tiba-tiba kena tanya dia ?." Soal Akira.

  Rose Hanina menelan air liur. Mampus aku ! Apa aku nak jawab ni....

"Ish kau ni, dia tetap papa aku walaupun dia layan aku tak baik. Aku kena lah minta izin dia"

  Akira diam. Dia cuba menghadam logik kenyataan dari Rose Hanina. Sofia dan Iman berbual mengenai hari pernikahan mereka nanti.

  Akira tahu, Rose Hanina menyembunyikan sesuatu darinya. Mata Rose Hanina tidak pandai menipu.

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Onde histórias criam vida. Descubra agora