09

6.1K 205 3
                                    

Setiba kaki Rose Hanina melangkah masuk ke dalam rumah, tangannya ditarik kasar oleh Qassandra dan menuju ke ruang tengah ruang tamunya itu. Rose Hanina merentap tangannya. Dipandang tajam Qassandra di hadapannya

Qassandra sudah berubah wajah, tampak jelas mukanya sedang marah. Rambut yang berwarna perang dibawa ke belakang. Dia memandang tepat ke dalam mata Rose Hanina.

"Apahal ? Tak puas hati apa ?" Soal Rose Hanina selamba. Bomber jacket yang tersarung di badan di buka olehnya dan dicampak ke sofa.

"Kau ni memang perempuan tak reti malu kan ? Sibuk kacau boyfriend orang. Apahal doh ? Tak laku sangat ke ?"

Rose Hanina bingung. Boyfriend ? Minah ni ada boyfriend ? Malangnya lelaki itu, nak tahu juga siapa lelaki malang tu...

"Lah kau laku rupanya ? Ingatkan tak laku. Ada boyfriend rupanya. Siapa weh mamat yang unlucky tu ?"

Qassandra mendengus geram. Nafasnya sudah turun naik. Ikutkan hati yang marah ni, ringan je tangannya ingin menampar Rose Hanina yang tayang muka selamba tu.

"Adam Al-Haffey is my boyfriend and why you steal him from me bitch ? "

Rose Hanina tersentak. Adam boyfriend dia ? Tapi bukan ke tadi Adam ada halau Qass ? Kalau betul si Qass ni girlfriend Adam, kenapa Adam halau dia ? Atau minah ni syok-sendiri ?

"Like seriously ? Adam is your boyfriend ? Aku tak tahu nak kesian kan Adam atau gelakkan kau, but prefer aku kesiankan Adam sebab dia dapat perempuan macam kau"

Qassandra menahan marah. Oh ya ! Papa mana ada malam ni, boleh lah aku belasah minah ni cukup-cukup.

"Aku bagi kau last warning. Stay away from him and don't you dare to have a feeling sense love on him"

Rose Hanina tergelak besar. Dia ketawa dengan sungguh beria. Memang sengaja dia gelakkan Qassandra, bagi panas hati minah tu.

Namun gelaknya mati apabila dia terasa pipinya ditampar kuat oleh Qassandra.

"Sial !" .

Rose Hanina mendekati Qassandra. Dicengkam kuat rambut Qassandra dan dicampak Qassandra terbaring di sofa.

"Selama aku hidup, aku tak pernah kena tampar dengan mama aku atau papa aku sekali pun. Malam ni, kau betul betul cabar kesabaran aku"

Suara Rose Hanina kedengaran sedikit garang dan bercampur dengan rasa marah. Tangan digumpal bersedia untuk menumbuk perut Qassandra.

Saat tumbukan Rose Hanina itu ingin hinggap di perut Qassandra, tubuh Rose Hanina ditendang kuat hingga menyebabkan Rose Hanina terjatuh kebelakang. Qassandra bangun dari pembaringannya dan duduk di atas badan Rose Hanina.

"Kau sepatutnya mati sekali dengan mama kau ! Kau hidup bukan nya papa kisah pasal kau ! Kau ni menyusahkan dia ! "

Kata kata Qassandra pedas. Rose Hanina menghadam sendiri kata kata pedas itu.

"Setidaknya aku bukan mata duitan macam kau dengan mak kau ! Dasar perempuan tak ada maruah !"

Sepantas kilat bibir Rose Hanina ditampar kuat oleh Qassandra. Darah mula mengalir di bibirnya. Rose Hanina menahan sakit.

"Jauhkan diri kau dari Adam. Kalau tak, kau akan terima padahnya"

Qassandra bangun dari atas tubuh badan Rose Hanina. Kesempatan yang ada digunakan oleh Rose Hanina. Ditendang belakang badan Qassandra sehingga kepalanya terhantuk di bucu meja. Serentak dengan itu pintu rumah terbuka oleh seseorang

"Rose Hanina !!!"

Rose Hanina memandang ke arah pemilik suara. Qassandra yang mengenali suara itu terus berpura pura pengsan.

Dato Alham dan Puan Sri Ayuni menghampiri Qassandra yang terbaring. Dahi yang berdarah dipandang oleh Dato Alham

"Apa Rose buat ni ?!! Rose nak bunuh Qass ke ?!". Jerit Dato Alham kuat .

"Kalau ya pun Rose tak suka aunty dengan Qass tinggal dalam rumah ni, cakap awal awal. Jangan lah sampai tahap cederakan anak aunty" .

Suara Puan Sri Ayuni sayu. Rose Hanina berdiri, dia mengambil bomber jacket miliknya yang terdampar di sofa. Dia kemudian memandang ke arah Qassandra

'Dasar queen drama ! Tadi elok je kau pukul aku tiba tiba je pengsan ?' . Getus Rose Hanina

Matanya terpandang botol airnya. Dia mencapai botol airnya itu, penutup botol dibuka lalu dicurahkan ke arah wajah Qassandra. Tidak sampai 1 saat, mata Qassandra terbuntang luas. Dia menyapu air yang tercurah di mukanya.

Dato Alham tersentak. Dia memandang ke arah Rose Hanina. Tidak semena, satu tamparan hinggap di pipi Rose Hanina. Rose Hanina tersentak begitu juga dengan Puan Sri Ayuni dan Qassandra.

Pipi yang terasa perit dipegang oleh Rose Hanina. Air matanya gugur sendiri. Rose Hanina tidak menyangka, papanya sendiri akan menampar Rose Hanina hanya kerana membela orang luar. Tangisan Rose Hanina seperti menyedarkan Dato Alham bahawasanya dia telah menampar Rose Hanina.

"Sampai hati Dato tampar anak Dato sendiri ? Siapa saya sebenarnya Dato ? Saya bukan anak Dato ke ? Apa salah saya sampai Dato tampar saya ?" Soal Rose Hanina

Panggilan 'papa' sudah tiada. Dato Alham memandang wajah Rose Hanina. Aku tampar Rose ke tadi ? Aku tampar dia ke ?

"Dato cuma nampak darah dekat dahi 'orang luar' tu, tapi ada Dato nampak bibir saya yang pecah dan berdarah ni ? Tak kan ? You treat me like i'm not your daughter Dato, and you know what Dato ? I can feel that you don't care about me anymore. I'm just a stranger right ?"

Tangisan Rose Hanina semakin sayu. Kakinya melangkah ke arah pintu rumahnya. Namun, untuk seketika Rose Hanina memandang semula ke arah Dato Alham

"Dato kena ingat, anak Dato ialah Rose Hanina binti ALHAM bukan Qassandra binti Hashim"

Nama Alham sengaja ditekan olehnya. Seraya itu, Rose Hanina terus menuju ke arah keretanya. Tubuhnya sudah memasuki ke dalam perut kereta. Kereta BMW 4 Series nya itu terus meluncur laju meninggalkan perkarangan rumahnya itu.

Di dalam kereta tidak berhenti Rose Hanina menangis. Hatinya sungguh sebak apabila Dato Alham yang tidak pernah naik tangan ke atasnya secara mengejut menampar pipinya hanya kerana anak tirinya.

Anak tiri ?! Aku ni siapa ?!

"Mama.... Han rindu mama.... Han rindu sangat.... Papa dah tak sayang Han maaa"

Rintihan Rose Hanina hanya didengari oleh dirinya saja. Dia menangis semahu mahunya. Sedih bercampur rindu.

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now