18

5.6K 177 2
                                    

Adam Al-Haffey mengadap laptop yang terpasang. Jarinya lincah bermain di atas keyboard itu. Ketukan di pintu mematikan jarinya bermain lincah. Adam Al-Haffey memandang ke arah pintu pejabatnya. Wajah seseorang yang amat dia kenali muncul di daun pintu.

  Laptop yang terpasang tadi dipandang semula. Hasil kerjanya tadi disimpan dalam satu fail dilaptopnya. Kemudian, laptop nya itu ditutup.

"Busy ke bro ?". Soal Affef Maliky. Serentak itu Affef menghampiri meja Adam dan duduk di hadapannya.

"Tak sangat. Asal kau jumpa aku ni ?". Soal Adam Al-Haffey pula.

Affef Maliky tersenyum. Senyuman itu senyuman yang penuh makna sekali. Oh ya ! Kau lupa ke Adam ? Tadikan tengah hari dia lunch dengan Rose ...

"Aku saja je nak jumpa kau. Macam dah lama pula kita tak jumpa kan ?"

  Adam Al-Haffey hanya tersenyum. Dah lama tak jumpa ? Memang lama, dari hari Affef menjaga Rose di hospital sehinggalah Rose sudah boleh keluar dari hospital.

  Kenapa aku jauhkan diri aku ? Kenapa aku rasa kecil hati ? Kenapa aku rasa .... aku rindu Rose ?

"Tadi kau lunch kat mana bro ? Aku pergi bilik kau, PA kau cakap, kau 10 minit awal dah keluar ?" Soal Adam Al-Haffey.

"Oh, kebetulan ada hal sikit dekat site, aku pergi lah pantau. Kebetulan lagi sekali aku lalu depan cafe Rose, so aku lunch dekat cafe dia kerja tu"

  Adam Al-Haffey mengangguk puas hati. Adam amat mengenali Affef, Affef tidak pernah menipu walaupun sekecil zarah. Kadang kenyataan yang keluar dari mulutnya ada kalanya jujur dan adakalanya tidak demi menjaga hati orang lain.

"Kau lunch kat mana tadi ?" Soal Affef pula.

  Adam Al-Haffey tersentak. Selepas dia melihat kemesraan Affef dan Rose, dia terus bergegas pulang ke rumah ibunya ; Datin Aazeen. Terkejut bukan main apabila anak sulungnya itu balik untuk makan tengah hari.

"Aku pergi rumah ibu. Rindu nak makan masakan dia, tu aku balik kejap"

"Tula. Aku pun rindu dekat ibu. Bila agaknya, aku boleh jumpa ibu ek ?"

"Alah, kau bukan busy mana pun. Balik kerja ni pergilah jumpa ibu"

"Aku busy lah. Aku busy merindui Rose"

  Adam Al-Haffey tersentak. Entah mengapa hatinya seperti menjerit apabila Affef berkata seperti itu. Affef benar benar sukakan Rose ke ?

"Aku ada benda nak tanya kau ni". Soal Adam Al-Haffey. Suaranya serius.

"Apa ? Macam hal serius je. Tanyalah"

  Adam Al-Haffey menghela nafas panjang. Kalau aku tak tanya, sampai bila-bila aku tak akan tahu perasaan dia. Lebih baik aku tanya.

"Kau... kau suka Rose ke ?" . Soal Adam Al-Haffey. Wajah Affef dipandang.

  Affef terdiam. Aku suka Rose ke ? Affef kau Rose ke ? Iya ! Aku suka Rose, aku tersayang dia.

"Susah nak explain. Kau tahu kan, aku bukan macam kau. Kau tak pernah bercinta. Aku ni dah banyak kali bercinta. Semua yang jadi girlfriend aku tu, aku buat hilang bosan je. Tapi dengan Rose..."

  Ayat Affef tergantung membuatkan Adam tidak sabar ingin tahu apa yang Affef ingin jelaskan.

"Bila dengan Rose ni, aku tak ada rasa nak jadikan dia girlfriend aku. Perasaan tu tiba-tiba datang"

  Sekali lagi ! Tergantung ! Affef boleh tak cakap biar habis !!

"Perasaan apa ?" Soal Adam Al-Haffey bingung

  Affef Maliky diam. Lama dia menyepi. Dia menyandarkan badan ke belakang.

"Perasaan nak memperisterikan Rose"

  Adam Al-Haffey tersentak. Affef nak memperisterikan Rose ? Affef benar benar sudah sayang Rose. Selama ini, Affef tidak pernah bercerita tentang hal kahwin dengan teman wanitanya sebelum ini. Tetapi apabila dia kenal dengan Rose, dia terus ada perasaan tu ?

  Adam... kau tak rasa kau akan kehilangan Rose ke ? Tak ! Aku masih ada peluang .. Affef dan Rose belum declare apa-apa. Itu makna nya, masih ada peluang.

"Kau Adam ? Kau ada perasaan dekat Rose ke ?"

  Mata Adam terbuntang luas. Dia memandang Affef dihadapannya. Nak jujur ke tak ? Jujur atau tak ? Jujur atau tak ? Akhirnya....

"Apa gila kau ni ! Tak kan aku nak suka Rose ? Sedangkan kau suka dia. Aku tak ada perasaan lah dekat Rose" . Adam Al-Haffey menipu hebat.

  Hatinya sakit kerana menipu perasaan sendiri.

"Fuhhh ... Aku ingatkan kau ada perasaan dekat Rose, kalau ada nampak gayanya aku kena bersaing dengan kau."

  Adam Al-Haffey gelak berpura. Andai kau tahu yang aku juga menyayangi Rose Hanina, pasti kau tak akan percaya.

  Tetapi, selagi kau dengan Rose masih belum ada apa-apa ikatan, aku akan cuba dapatkan Rose. Aku akan kejar cinta aku.

  Tetapi jika, dalam aku mengejar dia, dan dia mengejar kau akan biarkan dia pergi. Aku akan mencintai dia dalam diam.

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now