10

6.4K 205 0
                                    

Rose Hanina duduk memeluk lutut di atas padang itu sendiri. Matanya memandang ke arah manusia manusia yang membanjiri padang itu.

  Walaupun bukan hujung minggu, tetapi Dataran Merdeka tidak pernah kosong tanpa manusia. Pasti akan ada ahli keluarga, ahli kelab permotoran dan remaja lingkungan belasan tahun yang akan lepak di sini, ada yang datang saja lepak, ada yang mengadakan event sendiri ada juga yang datang untuk beriadah.

  Mata Rose Hanina tercuri pandang akan sebuah keluarga kecil yang sedang seronok bermain bubble. Wajah budak kecil itu sungguh ceria bermain bubble. Kecerian yang terpampar jelas di wajah keluarga itu membuatkan Rose Hanina tersenyum sendiri.

  Tanpa dia sedari, air matanya menitis.

  Sedih ? Iya sedih.. Itu yang dia rasa. Sedih di saat bapa kandungnya sendiri lebih mementingkan orang luar dari anak kandung sendiri. Sedih di saat tangan yang menyambut dia dan mengazankan dia sewaktu dia bayi menampar kuat pipinya yang selama ini dicium sayang oleh bapanya sendiri.

  Tapi rasa sedih ini tidak berdiri sendiri. Di sisi rasa sedih ini, terselit rasa rindu yang teramat. Rindu akan manusia yang telah pergi meninggalkan dunia, meninggalkan dia dan meninggalkan segala kenangan. Rindu dengan gelak tawa bersama.

  Rose Hanina membenamkan muka ke lututnya. Tangisannya semakin esak, tapi Rose Hanina pasti tidak akan sesiapa sedar dia menangis.

  Hatinya jujur sebak dan pedih. Dia merasakan seolah olah dia lah anak-tiri dalam keluarga itu, sedangkan dia bukan.

  Dengan mata agak kabur akibat tangisannya sendiri, Rose Hanina mengangkat muka. Dia seperti melihat satu tubuh berdiri di hadapannya, tetapi wajah si empunya tubuh tidak dapat dilihat jelas oleh Rose Hanina. Lengan bajunya ditarik dan diseka air matanya.

Saat mata Rose Hanina sudah nampak jelas, matanya menatap sepasang mata yang amat dia kenali. Rose Hanina tersentak.

  Pemilik tubuh itu duduk bersila di hadapan Rose Hanina. Mata Rose Hanina masih menatap mata si pemilik tubuh itu.

"Affef ?"

  Iya ! Pemilik tubuh itu ialah Affef. Affef tersenyum ke arahnya. Namun senyuman Affef mati apabila matanya terpandang kesan biru dan tompokan darah kecil di bibir Rose Hanina.

  Entah mengapa hatinya terasa amat risau. Wajahnya kini sudah berkerut.

"Bibir awak tu kenapa ?". Soal Affef seraya itu jarinya memegang bibir Rose Hanina.

  Rose Hanina mengerang kecil. Kesan lebam dan luka di bibir Rose Hanina benar benar sakit.

"Saya jatuh kat bilik air. Tersebam muka ke lantai" . Tipu Rose Hanina.

  Jari yang bersentuh di bibir Rose Hanina dijatuhkan oleh Rose Hanina. Affef diam. Dia dapat rasakan Rose Hanina menipu dirinya, tetapi dia tidak mahu bertanya apa apa lagi.

  Rose Hanina memandang sekeliling. Pelik ? Takkan Affef lepak sorang ? Mana Adam ? Bukan ke Affef ni member baik Adam ? Takkan lepak tak ajak ?

"Awak cari siapa ?" . Soalan Affef membuatkan mata Rose Hanina memandang ke arah Affef

"Mana Adam ? Awak lepak sorang ke ?" . Soalan di balas soalan.

  Affef tersentak. Kenapa perlu cari Adam ? Bukan ke aku yang depan mata dia sekarang ? Perlu ke tanya pasal Adam ? Kenapa aku cemburu ? Afeff kenapa kau cemburu ?!

"Adam dia tak nak keluar. Saya ada ajak tadi tapi dia kata malas. So, saya lepak sorang sorang lah"

  Rose Hanina mengangguk faham. Adam tak nak keluar, malas rupanya.

"Tapi kira bagus juga Adam tak ikut. Kalau Adam ikut, tak dapatlah saya date dengan awak berdua macam ni" . Affef tersengih

  Rose Hanina tersenyum nipis. Date ? Aku rasa macam kebetulan je kut terserempak dengan dia ni. Bukannya ada janji nak jumpa pun.

  Entah mengapa hati Affef Maliky sungguh tenang apabila bersama Rose Hanina. Gadis yang memiliki anak mata berwarna coklat ini benar benar telah menarik minat Affef Maliky terhadapnya.

"Can i get your number ?" . Serentak dengan itu Iphone7 kepunyaan Affef Maliky dihulurkan.

  Rose Hanina terkedu. Nak nombor telefon aku ? Nak buat apa ? Ah bodoh ! Kalau kau tanya dia nak buat apa, confirm dia akan cakap 'in case, i need some help, i can call you right ?'.

  Tapi entah mengapa Rose Hanina tetap ingin bertanya kenapa.

"Why you want my number ?"

"In case, if i need some help, i can call you right ?"

Ding Dong ! Kan betul aku cakap. Ala... ayat drama .

  Rose Hanina tersenyum. Telefon yang dihulur disambut. Setelah itu jarinya laju menaip nombornya. Apabila nombor nya sudah ditaip, dia berikan semula telefon itu ke Affef.

  Affef menyambut. Dia tersenyum. Jari Affef Maliky yang lincah itu diperhatikan oleh Rose Hanina. Rasa ingin tahu melonjak naik. Selang beberapa minit, Affef menunjuk sesuatu di skrin telefonnya.

  Rose Hanina tersentak. Dia memandang ke arah Affef Maliky yang tersengih.

'Rose🌹'

  Itulah nama Rose Hanina yang tersimpan di telefon Affef.

"Give me your phone"

  Tanpa bertanya berbagai soalan, laju saja Rose Hanina memberikan telefonnya. Telefon yang tiada password itu, memudahkan lagi kerja Affef.

  Jari Affef lincah menaip sesuatu. Selang beberapa minit, Affef menyerahkan semula kepada Rose Hanina. Mata Rose Hanina memandang ke arah skrin telefonnya

"Affef🌹"

  Mata Rose Hanina terkebil kebil. Dia memandang ke arah Affef yang senyum dari tadi. Apasal weh mamat ni ? Seramnya....

"Perlu ke letak emoji bunga ros tu ?"

"Perlu. Itu menunjukkan Affef suka 'ros' "

  Rose Hanina tersentak. Dia buat pick up line ke macam mana ni ?

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now