69

6K 165 0
                                    

 Rose Hanina memandang Adam Al-Haffey di sisi. Sudah sebulan mereka mendirikan rumah tangga. Selama sebulan ini juga, dilayan penuh kasih sayang Rose Hanina oleh Adam Al-Haffey.

  Seminggu selepas kejadian Rose Hanina diserang oleh Qassandra, habis dipantau keselamatan Rose Hanina. Qassandra juga sudah tidak menganggu Rose Hanina. Tetapi Rose tahu, ini sementara.

  Suasana di dalam dewan itu kelam. Hanya lampu-lampu neon berwarna putih dan oren. Wajah Affef Maliky yang sedang memandang Chempaka Elina di meja makan berdamai dipandang oleh Rose Hanina.

  Tersenyum bibir Rose Hanina apabila lihat Chempaka Elina tersenyum malu akibat disakat oleh Affef Maliky.

  Mindanya mula teringat kembali saat dia dan Adam Al-Haffey berjalan beriringan masuk ke dalam dewan.

  Diminda Rose Hanina tertayang satu per satu hari paling bahagia nya itu. Bibirnya tersenyum apabila teringat Adam menyanyikan lagu Perfect ; Ed Sheeran.

  Bibirnya tersenyum lagi apabila teringat saat dia dan Adam memotong kek yang agak tinggi.

"Awak teringat hari bahagia kita ke sayang ?"

  Rose Hanina memandang Adam Al-Haffey dan tersenyum.

"Saya rindu nak bersanding lagi." Ujar Rose Hanina.

"Jom, sanding kali kedua. Nak ?"

  Rose Hanina tergelak. Suara Affef yang sedang menyanyi itu memenuhi segenap ruang dewan mewah itu.

"Korang berdua memang suka menyanyi ke waktu reception ?" Soal Rose Hanina.

Tangan Rose Hanina dipegang oleh Adam Al-Haffey. Diramas dan dielus.

"Saya dengan Affef kawan serapat-rapatnya dari kecil lagi. Waktu sekolah menengah, kita orang dah deal, siapa kahwin kena nyanyi depan semua orang."

  Rose Hanina menganggukkan kepala.

"Sebab tu awak menyanyi waktu hari bahagia kita ? Sebab perjanjian lah ya ? Bukan sebab ikhlas ?"

  Hati Rose Hanina tiba-tiba sebak. Bibirnya muncung. Mood merajuk on !! Tangan yang diramas dan dielus oleh Adam Al-Haffey ditarik olehnya. Dia kemudian nya memandang ke arah Affef yang sedang mencium dahi Chempaka Elina.

  Adam Al-Haffey yang sedar dengan rajuk Rose Hanina itu terus berlalu meninggalkan Rose. Rose tersentak.

  Aku merajuk dia boleh blah ? Tak pujuk ke apa ke ? Hishh sakitnya hati...

  Rose Hanina mendengus geram. Air yang berada di atas meja diteguk olehnya. Hatinya tidak habis habis memarahi Adam kerana tidak memujuknya.

  Hampir tersembur air yang di minum apabila namanya disebut. Serentak itu, dewan itu gelap kecuali ditempatnya. Rose Hanina memandang ke arah Adam yang sedang berdiri di tengah pelamin bersama mikrofon.

Nyanyian lagu dari Virgoun yang bertajuk bukti dinyanyi oleh Adam. Serentak itu, Rose teringat kembali saat dia menyanyi lagu tersebut di koridor bilik Adam.

  Adam bernyanyi sambil berjalan. Langkahnya menuju ke arah Rose Hanina. Dewan yang gelap sudah terang semula. Tetamu yang hadir memandang ke arah Adam dan Rose.

Beruntungnya aku.. Dimiliki kamu..

  Suara Adam semakin dekat. Serentak itu tangan dihulur. Tanpa menunggu lama, huluran disambut. Adam memimpin Rose berjalan ke arah pentas kecil.

Kamu adalah bukti. Dari cantiknya paras dan hati. Kau jadi harmoni saat ku bernyanyi tentang terang dan gelapnya hidup ini

  Adam menarik Rose rapat ke tubuhnya. Bagai menonton konsert, tetamu yang hadir menepuk tangan gembira.

  Mikrofon didekatkan ke bibir Rose. Tetapi Rose menolak perlahan. Adam meneruskan menyanyi.

Adam memandang wajah Rose, bibir didekat sedikit ke telinga Rose.

"Nyanyi untuk saya. Please.."

  Rose Hanina memandang anak mata Adam. Apa yang Rose nampak adalah cinta dan sayang. Akhirnya, mikrofon diambil oleh Rose.

Meruntuhkan egoku bukanlah satu hal yang mudah. Dengan kasih lembut kau pecahkan kerasnya hati aku. Beruntungnya aku.. Dimiliku kamu..

  Serentak itu tangan Adam dipegang oleh Rose. Mikrofon dialihkan, drastik, tubuh Adam dipeluk. Adam berbisik perlahan.

"I love you Rose Hanina. I really love you."

  Tetamu yang hadir menepuk tangan dan bersorak. Seolah-olah itu adalah majlis resepsi Adam dan Rose.

  Pelukan mereka terlerai saat Affef dan Chempaka naik ke atas pentas itu. Affef memandang Adam.

"Tugas kita sekarang selain kena handle syarikat. Kita kena pandai jaga 'bunga'." Ujar Affef. Adam mengangguk.

  Bunga. Lihat seperti senang dijaga, tetapi tidak. Jika terlampau jaga bisa layu, jika tidak dijaga langsung bisa mati. Sukar bukan ?

  Sama seperti mendidik seorang isteri. Jika terlalu dimanjakan akan pijak kepala tetapi jika di tidak dijaga akan berkelakuan kurang ajar.

  Sebab itu sang Adam dicipta untuk melindungi sang Hawa. Pimpin mereka sama sama ke syurga-Nya.

***

  Rose Hanina membasuh pinggan yang kotor. Sedang asyik dia membasuh pinggan dan bernyanyi kecil. Tubuhnya dipeluk dari belakang.

  Lehernya dikucup lama. Rose Hanina membasuh tangannya. Kain yang tersangkut ditepi dilap. Dia kemudiannya memusingkan badannya dan memandang tepat wajah Adam.

"Kenapa abang ? Dah rindu sayang ke ?" Ujar Rose.

"Rindu."

  Serentak itu bibir Rose dikucup. Mata Rose Hanina terbuntang luas. Hishh dia ni ! Pantang leka !

"Jom teman abang nak ?"

  Rose Hanina mengangkat kening. Teman ?

"Pergi mana ? Alaa.. Hari ni Rose malas sangat nak jalan."

"Ala sayang.. Boleh lah. Teman abang shopping."

"Upah dulu." Sakat Rose Hanina.

Drastik. Tubuh Rose Hanina didukung oleh Adam. Rose Hanina tergelak kecil.

"Abang nak buat apa ni ?" Soal Rose dengan geli hati.

"Nak upah kan ? Jom.. Abang bagi."

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now