78

5.8K 144 3
                                    

Hari ini adalah hari cuti, dan seperti dalam sejarah hari cuti Rose Hanina habiskan masa di rumah keluarganya. Usai solat subuh tadi, terus Rose Hanina turun ke dapur membantu Uda yang patut.

"Uda rasa doa Uda termakbul Rose." Ujar Uda.

  Rose memandang ke arah Uda yang sedang mengoreng nasi.

"Maksud Uda ?" Soal Rose.

  Uda senyum.

"Setiap hari Uda doa, supaya Puan Sri Ayuni sedar dari kesilapan dia, Dato sedar dari kekhilafan dia. Uda rasa bersyukur sangat keluarga ini dah bersatu semula."

  Rose Hanina senyum. Iya. Aku bersyukur kerana keluarga ini sudah bersama semula. Harapan ? Aku inginkan pertalian kekeluargaan ini akan berkekalan hingga ke akhirnya. Cukup sekali aku kehilangan, jangan ianya berulang sekali lagi.

"Terima kasih sebab tak pernah berhenti doakan kebahagiaan kami semua Uda. Rose hargai sangat." Ujar Rose.

Uda senyum lagi. Nasi yang sudah siap digoreng dipindah masuk ke dalam sebuah mangkuk putih jernih, setelah itu diletakkan di atas meja dapur dahulu sebelum di bawa ke ruang makan.

  Teh panas dan kopi juga berada di atas meja dapur tersebut. Setelah semuanya siap, Rose duduk di kerusi meja dapur tersebut. Milo panas yang dibuat olehnya dihirup perlahan.

"Sebenarnya dari semalam Uda nak tanya Rose, tapi Rose macam tak ada mood, tak jadi Uda nak tanya."

Rose Hanina bekerut dahi. Nak tanya pasal apa ni ?

"Uda nak tanya tentang apa." Soal Rose Hanina.

"Dahi Rose tu kenapa bertampal ? Semalam Puan Sri tanya Uda macam-macam tentang dahi Rose tu, Uda jawab tak tahu lah sebab memang Uda tak tahu."

  Rose memegang dahinya yang bertampal itu. Disebabkan luka yang kecil macam ni lah Adam marah sakan dengan aku.

"Alaa.. Rose terjatuh dekat office, luka sikit je tapi Adam tu yang lebih lebih nak bertampal bagai."

  Rose berselindung. Bukan dia tidak mahu beritahu hal yang sebenar. Tetapi selepas mendengar luahan hati kecil Qassandra, jujur katakan Rose rasa serba salah dan simpati.

  Sedih rasanya apabila saat kita lahir, tiada seorang lelaki yang bergelar bapa menyambut dan mengazankan. Perasaan itu bukan lah perasaan yang disukai oleh ramai orang.

  Dan saat Qassandra luahkan, nampak jelas di mata nya yang dia sangat sedih. Jadi, memang sengaja Rose berselindung dari kebenaran. Rose tidak mahu Qassandra terus terus dimarahi oleh Dato Alham.

  Kerana Rose tahu, itu hanya akan membuatkan hati Qassandra bertambah sakit. Biarlah hanya dia yang tahu kebenaran nya.

"Macam mana boleh jatuh Rose ? Kalau Rose nak tahu semalam beria Puan Sri salahkan Qassandra, nasib baik budak tu semalam tak balik, kalau balik bergaduhlah." Ujar Uda.

"Eh bukan sebab Qassandra lah. Salah Rose sebab cuai sendiri. Biasalah kerja dekat pejabat tu banyak sangat, jalan nak cepat je entah macam mana boleh terjatuh."

  Maafkan Rose.. Maafkan Rose sebab berbohong. Rose cuma taknak keruhkan lagi keadaan.

****

  Dato Alham dan Puan Sri Ayuni keluar menghadiri sebuah majlis di rumah anak yatim. Tinggal lah Rose Hanina dan Adam Al-Haffey berduaan di rumah agam tersebut.

  Uda ? Usai makan tengah hari meminta izin ingin ke bandar katanya ada hal. Jadi, apa salahnya kalau di izinkan.

  Rose Hanina menonton drama Korea yang terpasang. Adam pula sibuk bermain telefon. Sebenarnya cerita Korea yang bertajuk Secret Garden ni dah banyak kali ulang tayang, tapi entah.. Rose sungguh meminati.

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now