79

5.5K 129 0
                                    

Segalanya berlaku secara tiba-tiba. Dan tanpa disedari kejadian yang berlaku secara tiba-tiba ini sedikit sebanyak memberikan senyuman kebahagiaan.

Tiada apa yang lebih mengembirkan selain melihat keluarga yang dulu terpisah akhirnya bersatu kembali. Keluarga yang lama dirindui akhirnya berdamai kembali. Itu lebih indah dari segalanya.

Tetapi, dalam gembira menyambut kebahagiaan, ada juga mereka yang sedang berduka, memendam rasa, pendam segala luka. Akhirnya ia menghasilkan sebuah dendam.

Dendam. Suatu perasaan yang akan hidup apabila rasa marah, benci diadun menjadi satu adunan dan dibiarkan lama terperap, akhirnya apabila hati mula rasa sakit hati, sebal, serta merta api dendam melonjak naik.

****

Lamunan Affef mati apabila pintu biliknya diketuk. Setelah suara Affef kedengaran dibenarkan masuk, barulah pintu biliknya itu dibuka dari luar.

Wajah Adam dipandang kosong oleh Affef. Adam mengambil tempat dihadapan Affef. Mata mereka bertemu seketika.

Affef yakin, pasti Adam ada hal penting sehingga sanggup turun ke department tempatnya untuk berjumpa dengan nya.

Jika hanya ingin berbual kosong, waktu makan tengah hari tadi sudah terlebih lebih bualnya.

"Apa kes jumpa aku ?" Soal Affef.

Adam bersandar dikerusi. Hanya Affef sahaja yang mampu bantu dirinya. Dahulu pun,Affef juga yang membantu Adam mengorek identiti sebenar Rose Hanina.

"Aku nak minta tolong kau ni. Boleh ?" Soal Adam kembali.

"About what ? ." Kening Affef ternaik.

"Qassandra." Ringkas dan mudah sahaja jawapan Adam.

Affef tayang wajah hairan. Qass ? Kenapa dengan minah tu ? Kenapa dengan dia ?

"What wrong with her bro ?" Soal Affef lagi.

Adam yang bersandar, kedepan kan sedikit badan nya. Wajah Affef dipandang. Satu per satu dicerita. Dari kejadian Rose terima surat ugutan di rumahnya, kejadian yang Adam hampir dilanggar oleh sebuah kereta, kemudian surat ugutan lagi dan paling terbaru dahi Rose terluka akibat dilempar fail oleh Rose.

Wajah Affef berkerut. Dia cuba menghubung kaitkan segala kejadian yang berlaku dengan Qassandra. Ada logiknya jika segala itu Qassandra yang rancang. Dan tak logik kalau dia rasa bukan Qassandra yang buat.

"Sekarang kau nak aku buat apa ?" Soal Affef.

Serentak itu telefon Adam keluarkan, sebuah gambar kereta berwarna hitam, Adam tunjuk kepada Affef. Affef berkerut dahi. Gambar kereta berwarna hitam itu dipandang lama oleh Affef.

"Kenapa dengan kereta ni ?" Soal Affef lagi.

"Aku nak kau cari siapa pemilik kereta ni, bila kau dah dapat tahu siapa pemilik kereta ni, aku nak kau suruh budak-budak kau follow tuan punya kereta ni, aku nak tengok betul ke tidak tekaan aku."

Affef Maliky mengangguk faham. Baginya kerja yang diarahkan oleh diarahkan oleh Adam ini semudah ABC, jika identiti sebenar Rose hanya memerlukan 3 hari untuk rungkai, apatah lagi masalah satu ini.

"Kau nak segala maklumat ni bila ?" Soal Affef lagi.

"Secepat mungkin dan kalau boleh aku nak tahu plan diaorang. Sebab aku dapat rasakan nyawa Rose dalam bahaya."

Affef menganguk. Gambar kereta yang ditunjuk oleh Adam tadi sudah dihantar oleh Adam melalui Whatsapp. Affef meneliti gambar kereta tersebut.

Affet tersenyum. Dan senyuman nya itu membuatkan Adam hairan..

"Asal kau senyum macam kerang busuk ni?" Soal Adam.

Affef tidak salah melangkah dalam berhenti mengejar cinta Rose Hanina dan cuba melupakan Rose Hanina. Adam benar-benar menyayangi Rose Hanina dan Affef yakin Adam bisa membahagiakan Rose Hanina dengan gembiranya.

Mungkin jika aku yang berada di sisi Rose, mungkin hari yang bakal dia lalui tidak seindah hari dia bersama Adam. Kerana rasa cintanya terhadap aku, tiada. Rose Hanina lebih mencintai Adam, dan aku perlu mengorak langkah ke hadapan dan mengejar cinta Chempaka Elina.

"Aku rasa, emm tak ada apalah.. Pasal hal ni, In Shaa Allah aku akan percepatkan."

****

Qassandra melangkah masuk ke sebuah banglo lama dan usang. Mukanya bengis dan jelas marah.

Beg plastik merah yang berisi makanan diletakkan di atas meja. Dua orang lelaki yang berpakaian ala ala gangster, membuka plastik tersebut dan mengeluarkan 2 bekas polisterina makanan.

Qassandra duduk sofa. Memandang ke arah konco-konconya yang sedang enak menjamu selera.

"Ni bos payung makanan bagai ni, mesti ada apa-apa ni kan ?" Soal salah seorang konco Qassandra dengan mulut penuh makanan.

Qassandra hanya senyum sinis. Bodoh ! Kau ingat aku ni datang suka-suka je ? Mestilah ada sebab nya.. Bangang abadi sangat kenapa lah mamat dua ekor ni..

Qassandra mengeluarkan sekeping gambar dan dihulurkan kepada konco nya itu. Huluran disambut. Gambar dipandang lama.

"Bos nak kita orang buat apa dengan dua orang manusia ni ?" Soal konco nya itu yang bernama Mat.

"Bunuh dioarang berdua." Ujar Qassandra.

"Bunuh bos ? Alah bos senangnya kerja, bagi lah yang mencabar sikit." Ujar seorang lagi konco nya yang bernama Bad.

Qassandra senyum sinis lagi.

"Nak mencabar ? Boleh. Nanti time kau tengah sedap bunuh dua ekor mangkuk tu, aku call polis. Nak ? Paling mencabar lah tu."

Bad dan Mat menggelengkan kepala serentak. Mereka menayang sengih.

"Jangan bos.. Kalau kitaorang masuk lokap, siapa lagi nak buat kerja bos kalau bukan kitaorang ?." Ujar Bad.

"Haah bos. Betul tu ! Lagi pula, saya pelik lah bos kenapa bos kitaorang bunuh dua orang manusia ni bos ? Dia bukan musuh bos kan ?" Soal Mat pula.

Qassandra diam. Bukan musuh ? Semua ! Semua musuh aku.. Semua akan mati ! Puas hati aku..

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now