43

5.8K 166 1
                                    

Rose Hanina duduk termenung. Mulut Akira dan Sofia yang sedang kecoh itu langsung tidak didengari oleh Rose Hanina. Fikiran nya jauh melayang memikirkan Affef dan Adam.

  Sebab mengapa Akira dan Sofia berada dirumahnya kerana Sofia kata dia hendak berbincang mengenai majlis perkahwinannya hujung minggu ini.

  Tapi yang membuatkan Rose dan Akira tidak faham, kenapa Sofia ajak mereka berbincang sedangkan yang nak kahwin dia bukan Rose mahupun Akira.

  Fikiran Rose Hanina kembali ke realiti apabila bahunya ditepuk oleh Akira. Rose memandang wajah Sofia dan Akira silih berganti. Rose tayang wajah blur

"Kau dengar ke tak apa aku cakap ni ?" Soal Sofia.

  Rose menggelengkan kepala. Langsung dia tak faham satu apa pun Sofia dan Akira berbual.

"Hujung minggu ni kau datang tak ?" Soal Akira.

"Datang mana ?" Soal Rose bingung

  Akira dan Sofia menepuk dahi. Ya Allah... sabarnya dapat kawan macam ni. Apa blur sangat ?

"Majlis Sofia ? Hujung minggu ni kan Sofia nikah."

  Dengar sahaja jawapan dari Akira itu, Rose Hanina mengangguk faham. Hujung minggu ? Boleh kut...

  Eh kejap ! Hujung minggu tak boleh..

"I'm not sure babe, sebab haritu Uda telefon, dia suruh aku balik rumah hujung minggu ni, dari gaya dia cakap tu macam ada hal penting je."

  Sofia sudah tayang muka kecewa. Rose Hanina diserbu serba salah.

"Okay, aku akan pastikan wedding kau, aku datang. Okay ? Aku akan pastikan okay ?"

  Sofia hanya senyum nipis.

****

  Dato Alham duduk di meja makan bersama Puan Sri Ayuni dan Qassandra. Lauk-pauk sudah terhidang enak di atas meja. Uda yang datang bersama semangkuk nasi menuju ke arah meja.

  Satu per satu pinggan kosong di isi nasi oleh Uda. Setelah itu Uda terus berlalu ke arah dapur. Tapi tidak terus masuk ke biliknya. Dia menyorok disebalik dinding.

  Sejak akhir ini, kerja sambilan nya adalah mencuri dengar perbualan keluarga kecil itu.

"Ayu dah call Rose ?" Soal Dato Alham.

  Puan Sri Ayuni tersentak. Apa aku nak cakap ni ? Aku telefon pun belum... lagi dua hari sebelum jumpa hari Jumaat. Nak taknak terpaksa bohong...

"Dah abang, tapi Rose tak angkat. Ayu whatsapp dia bagi bluetick je." Tipu Puan Sri Ayuni hebat.

  Dato Alham menggelengkan kepala.

"Alaa papa, dah sibuk layan jantan mana nak kisah pasal keluarga." Fitnah Qassandra pula.

  Uda istifar panjang. Kenapa lah Puan dan Qass tidak tahu bersyukur ? Mereka sepatutnya bersyukur kerana arwah Datin Husna menerima mereka berdua.

"Apa maksud Qass ?" Soal Dato Alham.

   Qassandra tersenyum senget. Nampaknya ikan dah makan umpan...

"Ni Qass dengar pun dari mulut orang. Rose tu dekat tempat kerja menggedik je papa. Kerja dia pun dia suruh orang yang buatkan. Tapi Qass tak percayalah sebab anak papa yang tu kan..."

"Papa tak ada anak nama Rose."

  Potong Dato Alham. Uda yang mencuri dengar perbualan itu mengurut dada kerana terkejut. Ya Allah... berikan lah petunjuk kepada Dato...

"Esok papa sendiri akan jumpa dia dekat rumah. Entah apa dia sibukkan sangat sampai hal keluarga pun diabaikan."

****

  Rose menutup telinganya dengan bantal. Siapa pula yang datang awal pagi ni ishhhhh

  Rose mencampak bantal jatuh ke lantai. Dengan langkah geram Rose Hanina keluar dari biliknya dan turun ke bawah.

  Pintu rumahnya dipandang lama. Geram ! Hari cutinya diganggu. Walaupun hari ini hari Rabu, tetapi dia yang minta cuti. Kepalanya pening tiba-tiba sebab itu dia minta cuti.

  Dengan langkah malas dia, dia menuju ke arah pintu rumahnya. Tombol pintu dipulas. Dan saat daun pintu terkuak, mata Rose Hanina terbuntang luas.

  Wajah amat dia kenali kini berada tepat di hadapannya. Rose Hanina terdiam. Dan wajah di hadapannya itu berlagak tenang.

"Tak nak jemput Dato masuk ke ?"

  Rose Hanina tersentak. Dato ? Ternyata dia benar-benar dah anggap aku hilang.

"Jemput masuk Dato."

  Rose Hanina menjemput Dato Alham masuk. Dato Alham duduk di sofa putih. Rose Hanina melangkah masuk ke dapur.

  Aduh ! Apa aku nak bagi papa makan ni ? Aku buat sarapan pun belum aduh !! Akhirnya, Rose Hanina menyiapkan seteko air teh. Setelah air teh nya itu siap, Rose Hanina menuju ke arah ruang tamu bersama sedulang air.

  Dan saat Rose Hanina menuang air ke cawan...

"Ada saya minta air ?"

  Rose Hanina tersentak. Dia kemudiannya duduk di hadapan Dato Alham. Nampak nya kedatangan Dato Alham bukan kedatangan gembira.

"Ada apa Dato datang rumah saya ni ?"

"Kenapa awak tak angkat call Puan Sri Ayuni ? Kenapa tak reply whatsapp ? Why you give her bluetick ?"

  Rose Hanina tersentak. Kejap ! Bila masa makcik tu chat aku ? Bila masa makcik tu telefon aku ? Kurang ajar  !

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now