85

5.7K 136 2
                                    

"Ayu minta maaf bagi pihak Qass." Ujar Puan Sri Ayuni. Pandangan nya tetap menunduk ke bawah. Langsung tidak memandang wajah suaminya itu.

  Puan Sri Ayuni malu. Malu dengan diri sendiri sebab gagal mendidik Qassandra. Gagal menjadi ibu yang terbaik. Gagal dalam membentuk Qassandra.

  Dulu, dia sering mengata Rose Hanina itu ini, kesudahannya, apa yang dia mengata itu berbalik kepada anak nya sendiri.

"Dah lah Ayu, ni dah berapa kali Ayu minta maaf. Abang tak marahkan Qass, mahupun Qass." Ujar Dato Alham.

  Benar. Dia langsung tidak memarahi isteri dan anaknya itu. Malah, dia marah dengan diri sendiri. Kerana tidak pernah sekali pun ambil peduli, ambil kisah tentang Qassandra.

  Dari usia bayi sehingga besar, kasih sayang untuk Qassandra umpama tidak pernah ada. Tapi, jauh di lubuk hatinya dia masih sayang akan Qassandra dan isterinya itu. Tidak pernah membenci walau seinci.

"Tapi, percakapan Qass tadi. Ayu tahu abang pun terkesan juga dengan ugutan Qass tadi tu."

"Siapa je tak terkesan Ayu ? Keluarga besan kita pun terkesan juga. Keselamatan Rose terancam."

  Ayu mengeluh. Dia tidak tahu dengan kata apa lagi dia perlu bicara dengan Qass. Pantang berborak pasal Rose pasti bertengkar. Bila dah bertengkar Qass tidak habis habis salahkan Puan Sri Ayuni.

  Katanya Puan Sri Ayuni tidak lagi menyayangi dirinya. Puan Sri Ayuni sama seperti arwah Husna. Pentingkan diri sendiri.

  Jikalau Qass tahu perkara yang sebenar. Perkara yang sebenarnya arwah Husna itu sebaik-baik umat, tidak pernah pentingkan diri sendiri, tidak pernah menyalahkan Ayu sebagai perampas, pasti Qass tidak akan memusuhi Rose sehingga tahap ini..

"Ayu harap, umur Ayu panjang sehingga lah Rose bersalin. Ayu nak tengok wajah cucu kita bang. Ayu harap, Ayu ada kesempatan."

***

"Ya Allah !! Sayang !! Tak payah lah mop bagai ni. Licin sayang !! Bahaya !!."

  Rose Hanina mencebik. Mop disandar ke dinding. Kini usia kehamilan nya sudah menginjak ke 4 bulan. Badan nya sudah mula rasa lenguh-lenguh.

"Alah.. Sayang bosan tahu tak ? Duduk rumah je, tak buat kerja apa-apa." Ujar Rose.

  Serentak itu kayu mop diambil oleh Adam, dan tugas Rose tadi diselesaikan oleh Adam. Dengan langkah penuh hati-hati Rose duduk di sofa.

"Memang lah bosan sayang. Tapi kerja mop lantai ni bahaya tahu tak ? Macam mana kalau sayang terjatuh ? Tergelincir ? Bahaya sayang."

  Rose diam. Mulutnya penuh dengan makanan. Ha ni lah antara kelebihan apabila mengandung. Kelebihan ke ? Mulut ni rasa nak mengunyah je. Tapi encik suami tak bagi mengunyah snek huwaaaa..... Rose nak snek.....

  Jadi apa Rose makan kalau rasa nak mengunyah ? Tadaaa.. buah-buahan. Encik suami kita yang buat. Dia cakap, kena ada vitamin dalam badan.

  Adam meletakkan mop ke dalam baldi kembali. Dengan langkah berhati-hati, Adam duduk disofa bersebelahan dengan Rose. Buah yang telah dicucuk oleh Rose disuap ke mulut Adam.

"Dah tu.. kerja apa je sayang boleh buat ? Dah kalau semua kerja dalam rumah sayang tak boleh buat. Kerja apa aje boleh buat ?" Soal Rose.

"Kerja emm kerja rindukan abang lah sayang."

  Rose mencubit manja lengan Adam. Adam tayang sengih. Mulut Rose masih mengunyah. Kadang disuapkan juga buah ke mulut Adam.

"Abang.. Hari ni jalan-jalan nak ? Sayang dah lama tak shopping." Ajak Rose dengan nada suara yang terlebih manja.

ANTARA DUA HATI (COMPLETE ✔)Where stories live. Discover now