Hold

2.2K 385 9
                                    

Perlahan matanya dibuka. Pandangannya agak kabur dan berpinar. Dia mengeluh perlahan dan sekali lagi cuba memerhatikan sekelilingnya.

"Erh, aku kat mana ni.."

Jungkook berkata perlahan. Tiba tiba bahunya disentuh seseorang.

"Oh? Kau dah sedar? Kau nak bangun ke, mari aku tolong kau." Kata seseorang itu lalu membantu Jungkook bersandar di kepala katil.

Jungkook memandang empunya suara. Seseorang dengan wajah bersih sedang melihatnya.

"Eh? Jap!" Jungkook terperasan sesuatu. Matanya luas memandang sekelilingnya. Dia menekup mulut kerana hampir menjerit.

"Aku mimpi ke ni.." Jungkook mengusap matanya. Dia lantas memandang seseorang tadi di sebelah.

"Aku mimpi ke? Kenapa-- kenapa aku boleh nampak semua benda ni? Macam mana aku boleh nampak?!" Jungkook mengenggam kedua dua belah bahu lelaki tersebut.

"Whoa whoa. Bertenang. Kau teruja atau terkejut ni?" Lelaki itu menyoal.

"Aku- aku entah. Mungkin kedua duanya." Sekali lagi Jungkook mengusap matanya.

"Macam mana aku boleh melihat? Aku betul betul tak biasa." Jungkook menyoal lagi.

"Umm.." lelaki itu menggaru kepalanya yang tidak gatal.

"Doktor kata kesan daripada kemalangan tu. Bersyukurlah kemalangan tu bawa kepada kesan positif juga. Walaupun kau luka teruk kat bahagian kepala dan kau tak sedarkan diri dah seminggu." Terang lelaki itu.

Mulut Jungkook terbentuk 'O'.

"Tapi, kau siapa ya? Sebab suara kau pertama kali untuk aku. Disebabkan aku buta sebelum ni, aku cuma kenal orang melalui suara dia."

Lelaki itu mengukir senyuman kecil. "Aku Kim Namjoon. Aku yang telanggar kau hari tu dan aku jugalah yang hantar kau ke sini. Sejak haritu aku kerap melawat kau sampai kau sedar sebab aku nak minta maaf atas kecuaian aku." Lelaki bernama Namjoon itu mengenggam tangannya sendiri.

Jungkook terangguk perlahan.

"Tak apa. Mungkin salah aku juga. Aku yang lari tanpa hati hati. Dah lah tak nampak."

Namjoon juga terangguk perlahan.

"Ada seseorang melawat aku tak?" Jungkook menyoal dengan harapan jawapan positif bakal keluar dari mulut Namjoon.

Lama Namjoon mendiamkan diri.

"Tak ada. Hari hari aku teman kau kat sini tak ada pun yang melawat. Kenapa? Kau tunggu omma dan appa kau?" Soal Namjoon.

Hampa. Patah seribu hati Jungkook saat itu. Dia betul betul mengharapkan Jimin ada disisinya sekarang. Nampaknya, lelaki itu betul betul meninggalkannya sendiri. Kalau tidak, dia pasti sudah boleh melihat bagaimana wajah sahabatnya itu.

Jungkook menggeleng. "Ani, aku tiada keluarga."

Namjoon mengangguk faham.

"Lepas ni, aku akan hantarkan kau balik. Bagitahu aku alamat rumah kau ya?"

"Terima kasih. Aku harapkan pertolongan dari kau buat sementara ni." Jungkook menepuk bahu Namjoon sekali.

"It's okay. Aku akan tolong kau."

.

.

.

Jangan lupa vote okeh? Huehuehuehue

There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now