Wherever

1.8K 235 14
                                    

"Kau nak makan apa hari ni? Biar aku belanja."

Seokjin agak terperanjat dengan teguran itu seraya satu tangan memeluk bahunya dari belakang. Dia lantas berpaling ke arah kanan memandang rakannya, Ken.

"Kau nak belanja aku, Ken? Kau demam eh?" Mata Seokjin membulat tidak percaya. Bukannya apa, selama 4 tahun mengenali Ken di universiti ni, Ken tak pernah belanjanya makan.

"Apesal? Kau tak percaya ke?" Ken menjongket kening.

Seokjin tidak menjawab tetapi wajahnya masih kelihatan terkejut. Dia lantas menahan seorang gadis yang tergesa gesa melintasi mereka.

"Kau percaya tak Ken nak belanja aku makan?" Soal Seokjin pada gadis tadi.

"Aku lagi tak percaya ada orang tak kenal tiba tiba tegur aku yang dalam perjalanan ke tandas melepaskan hajat. Berambus!" Seokjin ditolak perlahan lalu berlalu pergi dengan laju.

"Seokjin ah.. kenapa dengan kau?" Ken menggaru kepalanya melihat gelagat Seokjin.

"Bukannya apa, kau nak belanja makan aku terkejut beruk. By the way, betul nak belanja aku ni?" Hati Seokjin mula diganti bunga bungaan gembira ada orang nak belanja.

"Serious la. Cepat. Aku dah lapar ni." Ken lantas menarik tangan Seokjin menuju ke kafeteria.

"Woah, aku nak order Chicken Chop lah. Boleh?" Seokjin sengaja menyiku perlahan lengan sahabatnya itu.

"Ceh. Kalau macam tu, aku nak order yang sama. Biar nampak macam sweet couple gitu kan, bang? Auch." Ken membuat muka gatal.

Serentak itu bertalu tamparan mengenai bahu Ken. "Aku harap makcik tu bubuh kunyit sekilo dalam Chicken chop kau."

Ken mencebik sebelum tergelak halus. Bukan selalu dia bergurau dengan sahabatnya itu.

Usai membuat order, mereka mencari tempat kosong. Kafeteria mula padat namun nasib mereka baik kerana ada tempat kosong di hujung suatu sudut.

"Woah, Ken belanja~" Seokjin menggosok kedua belah tapak tangannya lalu mencapai pisau dan garfu.

"Bukan main happy kau ya."

Seokjin tersenyum dengan mulut penuh ayam.

"Eh Seokjin.."

Seokjin berhenti mengunyah. Matanya lurus memandang Ken yang tiba tiba berubah air muka.

"Wae, Ken?"

Kelihatan Ken sedikit teragak agak. Dia mengambil nafas sedalamnya sebelum memandang Seokjin semula.

"Semalam, aku bawa anak saudara aku cari kucing dia hilang. Kami cari sampai ke gudang lama hujung kawasan perumahan kita tu." Ken mula membuka cerita.

"Oh lepas tu? Kucing tak jumpa? Tu yang kau buat muka resah macam tu? " Soal Seokjin.

Ken menggeleng perlahan. "Bukan, Seokjin. Aku.."

Seokjin semakin pelik dengan gelagat Ken yang tidak menghabiskan ayatnya.

"Aku apa?" Gesa Seokjin.

"Entahlah. Aku pun macam tak percaya tapi.." Ken menggantung ayatnya sekali lagi.

"Boleh tak kau habiskan je apa yang kau nak cakap?" Seokjin sedikit hilang sabar.

"Aku nampak appa kau kat situ." Ken menunggu reaksi Seokjin seusai menghabiskan ayatnya.

Seokjin sedikit terkejut. "Appa aku? Kau pasti? Apa dia buat kat situ?"

"Appa kau.."

"

Ουπς! Αυτή η εικόνα δεν ακολουθεί τους κανόνες περιεχομένου. Για να συνεχίσεις με την δημοσίευση, παρακαλώ αφαίρεσε την ή ανέβασε διαφορετική εικόνα.
There's a Sad Story Than Sadness +BTSΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα