There's

1.6K 219 4
                                    

"Kau ingat kau dapat lari ke, tak guna!" Kevin menjerit lantang lalu melepaskan tendangan ke perut Pakcik Kim yang tidak dapat bergerak kemana kerana dipegang dua konco Kevin.

"Tu-tuan, ba-bagi saya sikit ma-masa lagi. Saya akan cari jalan nak bayar balik hutang tuan." Pakcik Kim bersuara dengan terketar. Rasa senak di perutnya cuba ditahan.

"Memang tu aje ayat yang kau tahu bila aku datang mintak hutang! Kau memang nak mati!" Sekali lagi Kevin mara dan melepaskan beberapa tumbukan pada muka dan perut Pakcik Kim.

"Woi!"

Perbuatan Kevin terhenti dek jerkahan seseorang tadi. Kevin berpaling ke belakang dan melihat Seokjin yang sudah panas melihatnya.

"Siapa.." Kevin bersuara perlahan.

"Oh! Inilah anak kau yang belajar kat universiti tu? Well.. handsome." Kevin terangguk angguk.

"Lepaskan appa aku. Kau nak apa dari dia ha?" Soal Seokjin dengan suara kasar.

Kevin mara perlahan ke arah Seokjin. Dia mengangkat tangan kanannya dan menggeselkan ibu jari serta jari telunjuknya.

"Duit. Appa bodoh kau berhutang dengan aku. Kau tak tahu? Ayy seolma.." Kevin tersengih sinis.

"Aku akan bayar. Sekarang kau pergi dari sini sebelum aku telefon polis." Bergetar suara Seokjin menahan geram.

Kevin tidak membalas apa apa melainkan pandangan yang tajam ke arah Seokjin. Dia mengangkat tangan membuat isyarat kepada konconya untuk berhenti dan pergi dari situ. Pakcik Kim ditolak ke tanah.

Pakcik Kim mengaduh perlahan lalu menggosok lengannya. Seokjin yang tidak bersuara menolong appanya bangun dan dipapah masuk ke dalam rumah. Pakcik Kim didudukkan di tengah ruang tamu sebelum Seokjin melangkah ke dalam biliknya dan keluar semula dengan bekas ubat di tangan.

"Seokjin, tak apa.. sikit aje ni." Ujar Pakcik Kim cuba menolak perbuatan Seokjin yang sedang menyapu ubat di luka lengannya.

Seokjin sedikit pun tidak menghiraukan kata kata ayahnya, luka masih disapu ubat dan ditampal plaster.

"Seokjin.." Pakcik Kim tidak tenang melihat anaknya yang tidak bersuara apa apa itu.

"Maafkan appa.."

Perbuatan Seokjin terhenti tetapi dia masih tidak mendongak memandang Pakcik Kim.

"Appa salah. Maafkan appa sebab tak bagitahu kau pasal ni.."

Seokjin lantas mengemas semula bekas ubat tadi dan bangun meninggalkan Pakcik Kim yang sudah tertunduk. Membiarkan Seokjin yang telah hilang di balik pintu biliknya.

Satu titik air mata Pakcik Kim jatuh. Tak sanggup rasa dibenci anak sendiri.

💔

There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now