I

3.1K 254 34
                                    

Bekas yang terukir cantik itu dibuka. Tangan yang masih terbalut sarung tangan dimasukkan ke dalam balang dan mengenggam segenggam abu yang halus.

Seokjin menaburkan abu mayat Pakcik Kim ke dalam laut. Air matanya kembali turun sambil menabur abu buat kali kedua.

Seusainya, balang tadi ditutup semula. Tiba tiba, bahunya disentuh dari belakang. Seokjin mendapati gerangan yang menyentunya adalah Pakcik Yeon, lelaki seusia appanya yang membuka gerai makanan di kawasan perumahan mereka.

"Pakcik harap kau bersabar ya?" Ujar Pakcik Yeon lalu terpandang kemeja biru yang dipakai Seokjin. Dia tersenyum lalu membuang pandang ke arah laut yang terbentang luas.

"Yah, Kim. Tak sia sia usaha kau basuh pinggan untuk belikan kemeja yang cantik ni untuk anak kau. Tengok lah ni! Segak betul anak kau pakai!" Pakcik Yeon separuh menjerit ke arah laut.

Riak Seokjin sedikit terkejut memandang Pakcik Yeon. "Basuh pinggan?" Soalnya.

Pakcik Yeon tersenyum nipis. "Malam sebelum kejadian tu, appa kau datang gerai pakcik tiba tiba minta terima dia kerja buat sementara. Walaupun kerja basuh pinggan yang kotor." Pakcik Yeon tersenyum lagi. Barangkali teringat gelagat Pakcik Kim yang meminta kerja darinya.

"Yah Kim, apa yang buat kau termimpi nak basuh pinggan kat sini ni?" Soal Pakcik Yeon pelik sambil memandang Pakcik Kim yang berseronok membasuh pinggan.

"Yeon, anak aku tak ada kemeja biru. Aku nak minta upah lah dari kau untuk belikan dia kemeja biru. Anak aku nak pergi majlis makan malam kat universiti dia. Walaupun sikit upah yang kau nak bagi nanti, aku tak kisah. Asalkan duit tu bersih. Kau tahu sekarang anak aku merajuk lepas tahu aku berjudi dan berhutang. Kali ni, aku nak belikan dia sesuatu dengan usaha yang betul pula." Terang Pakcik Kim dengan suara teruja.

"Ayy. Seokjin tahu tak ni?" Tanya Pakcik Yeon lagi.

"Tak.. dia mesti ingat aku tengah berjudi sekarang."

Pakcik Yeon tidak menjawab melainkan meninggalkan  Pakcik Kim meneruskan kerjanya. Pakcik Kim bekerja dengannya sehinggalah dia menutup kedai pada jam 8 pagi keesokannya memandangkan kedainya hanya dibuka jam 8 malam sehingga 8 pagi.

"Ni upah kau. Bila kau nak beli kemeja tu?" Pakcik Yeon menghulurkan sampul berisi duit kepada Pakcik Kim.

Duit di dalamnya dikira. "Eh Yeon, macam tak padan je upah ni dengan kerja aku. Aku basuh pinggan aje kut, ni banyak semacam je."

"Ambik ajelah. Dah jom, aku bawakkan kau ke mall. Kau boleh pergi cari kemeja biru untuk anak kau tu. Kalau lebih, boleh belikan makanan sekali." Katanya membuatakan Pakcik Kim semakin gembira.

Sehingga malam dia menemani Pakcik Kim mencari kemeja biru yang betul betul menarik. Pakcik Yeon dapat merasakan Pakcik Kim mahukan yang terbaik untuk Seokjin. Dia lah yang menemani Pakcik Kim yang terlalu teruja dan gembira membelikan kemeja biru serta mee pedas untuk anaknya.

Air mata Seokjin turun lagi setelah mendengar cerita Pakcik Yeon tadi. Dia mula agak menyesal kerana hari itu dia ada menuduh dan menyangka appanya pergi berjudi seharian. Malahan tidak.

Pakcik Yeon melangkah pergi meninggalkan Seokjin untuk memberikannya ruang bersendirian dan menenangkan fikiran.

Seokjin menepis air mata yang turun. Laut yang luas dipandang. Sebuah senyuman usaha diukir.

"Appa.. terima kasih."

.
.

Muah segala muah untuk appa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Muah segala muah untuk appa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 15, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now