High

1.8K 239 18
                                    

Pakcik Kim tiba di rumah 30 minit selepas itu. Kelihatan anak satu satunya yang dia ada, Kim Seokjin sedang duduk termenung di samping nasi dan beberapa jenis lauk di atas meja kecil.

"Seokjin ah.." Pakcik Kim menegur anaknya itu. Terkulat kulat Seokjin membetulkan duduk dan memandang appanya yang sedang membuka kasut.

"Appa.. dari mana ni? Lama Seokjin tunggu nak makan sama." Seokjin terus menyoal appanya.

Pakcik Kim diam seketika dan mengambil tempat di hadapan meja makan. Kedengaran helaan nafas berat dari Pakcik Kim.

"Appa minum minum dengan kawan tadi kat bandar. Siapa yang masak ni?" Pakcik Kim menipu seperti biasa dan cuba mengelak topik dengan soalan.

"Memang itu aje kerja appa kan. Minum, perabis duit dengan minum tu aje. Kerja tak ada juga." Seokjin sudah mula membebel tanpa menjawab soalan Pakcik Kim tadi. Walaupun dia tahu appanya tidak akan ikut.

"Sudahlah, Seokjin. Mari makan." Pakcik Kim mula mencapai sudu.

"Haah. Mujur boleh makan lagi. Cuba appa bayangkan kalau tak ada anak kacak siap ada package pandai masak lagi macam Seokjin ni. Macam manalah appa nak hidup." Seokjin menyelak rambut kebelakang lalu menyertai Pakcik Kim yang tergelak kecil mendengar celoteh anak terunanya itu.

Dalam lima minit mereka makan dengan keadaan senyap, Pakcik Kim perlahan lahan mengeluarkan sampul surat coklat berisi duit. Beberapa keping duit dikira sebelum dihulurkan kepada anak tunggalnya itu.

"Appa.. apa ni?" Seokjin agak terpana namun tangannya laju mencapai duit yang dihulurkan.

"Duit, pabo. Belajar sampai universiti appa hantar, duit pun tak kenal." Pakcik Kim menjeling.

"Eyy appa. Tapi untuk apa ni?" 

Pakcik Kim berdehem sedikit. "Yuran sem terakhir kau. Appa tak nak sia siakan usaha kau selama 4 tahun ni belajar di universiti. Lagipun, rugi sangat kalau kau kena berhenti sebab tak bayar yuran untuk sem yang terakhir ni."

"Terima kasih. Tapi, appa dapat mana duit ni? Banyak sangat. Padahal appa tak kerja pun." Seokjin mula ragu ragu.

"Err simpanan appa lah. Ingat kita susah susah ni appa tak ada simpanan ke?" Suara Pakcik Kim sedikit getar. Jauh dalam hatinya, dia mahu sahaja menangis kerana terpaksa menipu Seokjin. Memang perkara ini bodoh tapi dia sangat mahukan Seokjin berjaya pegang ijazah suatu hari nanti.

"Simpanan? Appa dapat duit dari mana nak simpan tu?" Seokjin masih dengan ragunya.

"Wasiat harta nenek tok moyang kau lah. Sudah lah, janji anak appa yang seorang ni dapat habiskan pengajian." Pakcik Kim menyuap nasi ke mulut seusai kata katanya.

Kelihatan Seokjin termenung dengan riak pelik di wajahnya. Selepas itu appanya yang sedang makan dipandang.

"Appa tak buat kerja bodoh kan?"

Pakcik Kim agak tersentak. "Kerja bodoh?"

"Haah. Judi ke, pinjam ah long cina ke."

Pakcik Kim menggeleng perlahan. Suaranya bagai tersekat. "Takkan lah appa nak buat kerja gitu. Kau ni jangan lah memandai."

Seokjin sedikit mencebik. Tiba tiba dia memicit pipi Pakcik Kim. "Seokjin pasti appa Seokjin yang Worldwide Handsome ni tak buat kerja bodoh macam tuuuu~"

Pakcik Kim tergelak. Sambil di dalam hatinya berharap agar Seokjin tidak akan tahu kegiatannya. Dia tak sanggup berpisah dengan anaknya itu selepas ditinggal isteri yang sudah tidak sanggup bersuamikan kaki judi dan hutang selepas Seokjin dilahirkan.

Memang dia bodoh, tapi dia tak akan sesekali biarkan Seokjin terabai.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now