Time

1.9K 277 6
                                    

Yoongi memegang kepala dan dadanya yang mula berdenyut. Seketika, dia memaut meja kerja yang ada di dalam biliknya supaya tidak terjatuh. Hampir menjerit kerana sakit, Yoongi menekup mulutnya sendiri supaya Hoseok tidak mendengar jeritannya.

Sakit di kepalanya mula menjalar sehingga mengaburkan pandangannya. Dengan separuh kekuatan yang masih ada, Yoongi berjalan perlahan menuju ke almari baju dan mengambil ubat tahan sakitnya.

Dua biji ditelan rakus. Dia lekas lekas menyimpan semula ubatnya. Yoongi lantas terbaring lesu di atas lantai. Nafasnya turun naik dengan agak laju.

Kesan daripada ubat tadi, sakit yang dirasakan mula hilang. Tetapi Yoongi masih perlu mengumpul tenaga untuk bangun.

"Aku perlu jumpa doktor sekarang." Ujar Yoongi perlahan lalu mengumpul tenaga untuk bangun.

Dia mencapai jaket hitam yang tersangkut lalu disarungkan. Dia membuka pintu biliknya sebelum melangkah keluar.

"Oh? Hoseok ah?"

Terperanjat Yoongi dibuatnya saat terpandang Hoseok yang duduk bersandar di tepi sofa.

"Ne?"

"Kau buat apa tu? Kenapa kau duduk kat situ?" Soal Yoongi ingin tahu.

"Ohh aku tengah cari duit syiling nak kumpul, ada laa banyak jugak aku jumpa sebab rumah kita ni boleh tahan sepah. Penat, tu aku duduk kejap. Yang kau ni nak pergi mana?" Soal Hoseok pula melihat Yoongi yang sudah menyarung jaketnya.

Yoongi mengangguk perlahan. " Aku nak keluar sekejap. Sebelum pukul 10 aku balik."

"Yelah. Hati hati."

Yoongi mengukir senyum. Baru hendak melangkah keluar, dia memandang Hoseok semula.

"Kenapa mata kau merah, Hoseok?"

Hoseok menyentuh matanya. "Merah? Patutlah pedih. Ni mesti masa aku check kewujudan duit syiling bawah sofa tadi. Berhabuk, bang. Kita kena kemas nanti." Hoseok menepuk bahu Yoongi sekali.

"Aiee iyelah. Macam macam perangai kau ni. Aku pergi dulu." Yoongi mengusutkan rambut Hoseok lalu melangkah pergi tanpa menaiki keretanya. Dia berjalan kaki kerana lebih mahu menikmati udara yang segar malam itu.

Cuaca yang agak sejuk memaksa Yoongi memeluk tubuh. Langkahnya dihayun perlahan merentasi beberapa manusia yang lalu lalang.

Langit malam dipandang. Tanpa sedar, terbit senyuman kecil di bibir lelaki itu. Entah apa yang difikirkannya.

Ingatannya tertumpu pada Hoseok. Saat ini, Yoongi merasa sangat bersalah pada sahabatnya itu. Mahu sahaja dia berkongsi rasa sedihnya pada Hoseok. Tapi dia takut perkara ini akan membuatkan Hoseok tidak lagi gembira.

Yoongi tak mahu kehilangan senyuman Hoseok selagi dia masih mampu berdiri di sisi sahabatnya. Kalau boleh biarlah dia pergi lepas melihat senyuman Hoseok sepuasnya dahulu.

"Hoseok ah.. maafkan aku. Aku tak tahu macam mana nak mulakan." Seraya itu, air mata mula bergenang pada mata Yoongi.

Tiba tiba kepalanya mula berdenyut semula. Yoongi lantas memicit kepalanya perlahan.

"Tak. Aku perlu kuat." Yoongi mengeluh apabila matanya mula kabur. Dengan keadaan itu, dia masih melangkah.

Satu, dua, tiga langkah, Yoongi berlutut akibat tidak tertahan dengan denyutan yang menyakitkan di kepalanya.

"Hoseok ah.." perlahan Yoongi menyebut nama Hoseok sebelum dia merasakan tubuhnya menghentam jalan.

"Mianhae.."

Mata Yoongi perlahan lahan tertutup dan dia tidak sedarkan diri.

Mata Yoongi perlahan lahan tertutup dan dia tidak sedarkan diri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now