You

2.2K 338 23
                                    

"Kenapa kau nak kemas barang?" Soal Namjoon kepada Jungkook yang sedang mengeluarkan bajunya dari dalam almari sebelum memasukkan ke dalam beg.

"Ini.. ini bukan rumah aku." Jungkook tersenyum nipis. Hatinya masih sakit dengan apa yang telah terjadi.

"Oh ini mesti rumah kawan kau yang kau ceritakan. Habis tu, kau nak balik ke rumah kau lah ni?" Namjoon mengikut Jungkook yang telah melangkah keluar dari biliknya.

Jungkook tidak menjawab. Matanya terpandang sesuatu di atas meja makan. Roti yang sudah mula tumbuh kulat dan air milo yang telah lama terbiar.

Terbayang bagaimana dia bangga dan seronoknya menyediakan semua itu untuk Jimin, tetapi balasan yang dia dapat adalah ditinggalkan. Air matanya kembali bergenang.

Dia kembali menarik beg bajunya. Sebelum melepasi ruang tamu, Jungkook terpandang sesuatu di atas sofa.

Radio kecil berwarna merah hitam diambil. Jari jemarinya bertindak mengusap radio pemberian Jimin itu. Tanpa dapat ditahan, air matanya jatuh lagi.

"Jimin.. kenapa kau tinggalkan aku? Kau tipu aku Jimin." Air matanya jatuh ke permukaan radio tersebut.

Namjoon yang melihat keadaan itu segera menerpa ke arah Jungkook. Bahu jejaka itu diusapnya perlahan.

"Sabarlah. Mungkin dia ada sebab yang tak dapat dijelaskan. Think positive." Namjoon cuba memberi semangat.

Jungkook mengangguk perlahan. Dia meletakkan radio itu di dalam begnya dan tiba tiba dia terpandang sesuatu yang amat menarik perhatian.

Sebingkai gambar di atas meja dicapai. Gambar yang menunjukkan seorang lelaki comel dan seorang lagi lelaki yang membuat 'peace sign' di sebelah. Jungkook pasti yang membuat peace sign itu adalah dirinya sendiri dan dia asyik menatap gambar lelaki yang comel itu.

Teringat saat mereka pergi bercuti dan Jimin meminta untuk berselfie. Jungkook yang tidak dapat melihat itu cuba menolak.

"Aku tak nampak lah. Entah macam mana rupa aku. Kau selfie lah sorang." Pinta Jungkook.

"Don't worry. Kau angkat je peace and pandang depan. Aku akan tolong buat macam kau pandang kamera. Cepat!"

Nak tak nak, Jungkook terpaksa lalu mengangkat peace sign.

Nak tak nak, Jungkook terpaksa lalu mengangkat peace sign

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Jadi juga kau buat. " Jungkook mengusap wajah Jimin yang kaku tersenyum.

"Comel. Kau sangat comel, Jimin. Sedihnya, aku tak dapat tatap wajah kau depan depan. Kau tahu Jimin? Aku dah boleh melihat." Jungkook berkata seolah olah gambar itu hidup.

"Kau simpanlah gambar tu. Aku pasti suatu hari nanti, kau akan jumpa dia lagi." Namjoon bersuara tiba tiba. Jungkook perlahan lahan bersetuju dan memasukkan juga bingkai gambar itu ke dalam beg.

"Sekarang, kau tolong hantar aku ke tanah perkuburan." Pinta Jungkook.

"Jangan kata kau dah putus asa nak hidup dan bertindak tanam diri kau sendiri, Jungkook." Namjoon kelihatan cemas.

"Bertenanglah. Aku nak melawat keluarga aku." Jungkook tergelak kecil melihat kelakuan Namjoon.

"Lagipun, itulah rumah aku sekarang." Jungkook bersuara perlahan. Kepalanya tertunduk.

Namjoon agak terkejut. "Takkan. Biar betul kau duduk kat situ."

"Ke mana lagi aku nak pergi, Namjoon. Sebelum ni aku disitu juga. Disebabkan aku berkenalan dengan dia sahaja aku tinggal di rumah betul sementara. Dan sekarang, aku kembali ke rumah lama." Ada nada sedih di setiap kata Jungkook.

Namjoon mengeluh. Berasa amat simpati atas nasib lelaki itu.

"Jungkook.. kalau kau tak keberatan, tinggallah dengan aku."

Jungkook agak terkejut. Dalam masa yang sama, dia amat terharu dengan kebaikan Namjoon.

"Tak apalah. Kau hantar aku ke hospital dan tak biarkan aku mati di jalan pun dah cukup baiknya, Namjoon. Aku tak akan lupa jasa kau." Jungkook tersenyum.

"Jangan lah macamni. Lagipun aku tinggal seorang sebab keluarga aku di luar negara. Aku tak kisah kau nak tinggal dengan aku."

"Tapi.."

"Tak ada tapi tapinya. Terima sahajalah ajakan aku ni. Kau anggap lah Tuhan sayangkan kau sebab menghantar seseorang iaitu aku untuk bantu dan tak biarkan kau keseorangan. Kau patut bersyukur, Jungkook." Namjoon masih cuba memujuk.

Lama Jungkook mendiamkan diri. Fikirannya bercelaru.

"Tak menyusahkan kau?" Jungkook akhirnya menyoal.

"Langsung tak. Aku mula rasa gembira bila ada teman serumah nanti." Namjoon tersenyum lebar.

"Um macam nilah. Memandangkan aku dah boleh melihat, aku akan cuba cari kerja. Lepas tu, aku akan cari rumah sementara aku tinggal di rumah kau." Jungkook memandang wajah Namjoon lama.

"Suka hati kaulah. Nak duduk terus kat rumah aku pun boleh."

"Kau terlalu baiklah." Puji Jungkook seikhlasnya. Dalam diam, dia bersyukur kerana diberi seseorang yang baik untuknya kedua kali. Namun, hatinya masih sedih dengan kelakuan Jimin.

Namjoon hanya tergelak halus mendengar pujian itu.

There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now