One

2.2K 303 38
                                    

Satu pil ubat diambil lalu dimasukkan ke dalam mulut. Tanpa meminum air, dia mengunyah ubat tersebut sebelum telan begitu saja. Kerutan di dahinya menandakan rasa pahit yang tersebar di deria rasa.

"Yoongi!"

Kelam kabut lelaki bernama Yoongi itu memasukkan botol ubat ke bawah lipatan baju dalam almari. Yoongi lantas menutup dan memandang teman serumahnya yang muncul di balik pintu.

"Kenapa, Hoseok?" Soalnya.

"Ani, kau buat apa ni? Aku dah sediakan makan malam. Jom makan sama sama." Tanpa menunggu jawapan daripada Yoongi, Hoseok terus menarik tangan Yoongi ke dapur.

Sesampai sahaja mereka di sana, mata Yoongi terbuka luas. Melihat pelbagai jenis lauk yang telah dihidangkan Hoseok.

"Woah, kau nak buat kenduri ke apa ni?" Perli Yoongi.

"Ayy, kenduri kita ler." Usik Hoseok seraya mengangkat keningnya berulang kali.

"Yah, geli." Yoongi menjeling sahabatnya itu sebelum keduanya ketawa.

"Aku nak kau makan puas puas malam ni. Sebab bukan senang tau Jung Hoseok the Sunshine Boy ni nak masak." Hoseok berkata sambil tangannya lincah mencedok nasi ke pinggan Yoongi.

"Baiklah, Hoseok. Aku makan banyak banyak. Biar dah gemuk nanti, aku suruh kau angkat aku." Yoongi mula mengambil lauk yang tersedia.

"Dah gemuk baru suruh angkat." Hoseok mencebik.

Terbit senyuman kecil di bibir Yoongi. "Oh Hoseok ah.."

Hoseok mengangkat wajah memandang Yoongi.

"Esok aku balik malam sikit okay. Aku ada hal." Ujar Yoongi. Dia memberitahu perkara tersebut untuk mengelakkan Hoseok berasa risau.

Pernah dia tak balik sehari ke rumah, esoknya dia terlihat banyak iklan yang ditampal sepanjang lorong menyatakan dia hilang. Semestinya itu hasil kerja Hoseok akibat terlalu risau.

Hoseok mengangguk. "Hal apa?"

"Hal yang tak berapa penting pun." Yoongi mengelak memberitahu hal sebenar.

Dia amat sayangkan Hoseok bagaikan adik beradik kandung. Mereka tinggal bersama sejak tiga tahun lepas setelah mereka ditimpa nasib malang yang sama iaitu kehilangan keluarga. Ibu bapa Yoongi terbunuh dalam kejadian rompak di rumah manakala ibu bapa Hoseok kemalangan.

Mengetahui Hoseok seorang yang lemah apabila berada dalam kesedihan, Yoongi mengambil keputusan untuk tidak memberitahu Hoseok mengenai penyakitnya yang dihidapi dua tahun yang lalu.

Semestinya Hoseok akan sedih bila mendapat tahu yang dirinya menderita kanser tahap 3. Disebabkan itulah Yoongi mendiamkan diri.

Wajah Hoseok yang sedang seronok bercerita itu ini dipandang. Sesekali hatinya tertanya tanya bolehkah Hoseok hidup tanpa dia disisi lelaki itu suatu hari nanti.

 Sesekali hatinya tertanya tanya bolehkah Hoseok hidup tanpa dia disisi lelaki itu suatu hari nanti

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌸

There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now