Nothing

1.7K 221 1
                                    

Seokjin mengenggam rambutnya dengan harapan kepalanya kurang berserabut. Matanya sedikit bengkak kerana menangis dari tadi. Dia masih lagi sakit hati, tetapi dalam masa yang sama dia sedih dengan apa yang Pakcik Kim telah buat.

Seharian dia berada dalam bilik. Mujur sahaja hari itu hari pertama cuti untuk study week. Panggilan appanya untuk makan juga dihiraukan Seokjin.

"Seokjin ah~ appa masak nasi goreng pedas ni. Sedaaaappp.. rugi Seokjin tak cuba. Keluar makan ye?"

Kedengaran suara Pakcik Kim di luar biliknya. Seokjin cuba memekakkan telinga.

"Seokjin.. takkan nak biar appa makan sorang? Dah berapa hari ni appa makan sorang. Tak nak teman appa ke?"

Seokjin mengeluh. Fikirannya mula serabut lagi.

Lama kemudian, suara Pakcik Kim tidak lagi kedengaran. Di luar, Pakcik Kim menyuap nasi ke mulut dengan air mata yang mula turun. Tak pernah dia makan dengan perasaan yang sedih begini.

Televisyen jenis lama yang terpasang sedikit pun tidak dipandang Pakcik Kim. Matanya yang kabur kerana air mata yang masih keluar tepat memandang pintu bilik Seokjin yang tertutup rapat. Hati seorang appa yang mengharapkan Seokjin keluar menemaninya makan.

Bermacam macam Pakcik Kim buat untuk membuatkan Seokjin keluar dan menemaninya seperti selalu. Walaupun agak penat, Pakcik Kim sedar yang ini berpunca darinya juga.

"Seokjin! Jom main catur nak? Lama dah kita tak lawan." Pakcik Kim tersengih lebar memeluk kotak permainan catur sambil memandang pintu bilik Seokjin.

"Jom lah, Seokjin.." rayu Pakcik Kim lagi.

Hampa. Pintu masih tertutup rapat. Pelahan lahan sengihan malah usaha Pakcik Kim kendur. Air mata sekali lagi bergenang. Betapa tidak biasanya hari tanpa bergurau senda dengan anak kesayangannya.

Pakcik Kim duduk bersandar di sebelah pintu bilik Seokjin. Kali ini dia akan tunggu sekiranya Seokjin keluar ke tandas nanti, dia akan cuba bercakap dengan Seokjin.

Seokjin di dalam biliknya sedang membaca buku pelajarannya. Dia harus pastikan masalah seperti ini tidak akan menjejaskan cita citanya. Dia harus pastikan itu.

Tiba tiba telefonnya berdering. Terpampang nama Ken di paparan. Lantas Seokjin menarik ikon hijau dan gajet itu dilekakpkan ke telinga.

"Ya ken.."

"Yah Seokjin. Kenapa kau tak online dalam group? Aku risau kau tak baca info tadi." Kedengaran suara Ken di hujung talian.

Seokjin mengangkat keningnya sebelah. "Info apa? Aku tak ada data. Bagitahu ajelah kat sini." Gesa Seokjin.

"Aku agak dah. Tak ni.. Fakulti kita anjur majlis makan malam lusa. Jom pergi! Tema biru. Kita pakai baju kemeja biru okay?" Suara Ken agak teruja.

"Sekejap.." pamit Seokjin lalu bergerak ke almari baju dan membukanya.

Dia menyelak baju bajunya dengan tangan kanannya kerana tangan kiri masih memegang telefon. Lalu keluhan didengari dari mulutnya.

"Maaflah Ken. Aku tak ada kemeja biru lah."

"Alaaa takkan tak ada?! Aduh aku pulak ada satu aje, kalau tak aku boleh pinjamkan." Ken sedikit kesal.

"Mian. Aku rasa macam tak nak pergi aje majlis makan malam tu. Dengan kemeja biru tak ada. Apesal tak bincang awal awal? Dah cuti ni baru nak bagitahu."

"Entah. Aku pun baru tahu aje. Tak apalah, yah.. nanti kita bincang lain."

"Ne." Panggilan lantas diputuskan.

Seokjin memandang jam di skrin telefonnya. Jam 10:30 malam. Dia memegang perutnya yang kembali berkeroncong. Seharian dia tidak makan apa apa. Tetapi egonya membuatkan dia tidak mahu keluar kerana bimbang akan berhadapan dengan appanya.

Telefonnya berdenting menandakan ada pesanan baru. Satu notifikasi mengenai update baru di Youtube. Seokjin mendapati Youtubers Eat Jin yang disubcribesnya telah mengupdate video makan yang baru. Tetapi Seokjin tidak dapat melihatnya kerana risau terliur semasa Eat Jin sedang makan.

"Mungkin appa dah tidur? Aku boleh keluar makan."  Duga Seokjin setelah melihat jam di skrin telefonnya yang menunjukkan jam 11 malam.

Tetapi Seokjin masih ragu ragu untuk keluar. Bimbang terserempak dengan Pakcik Kim. Entah kenapa dia tak kuat nak berhadapan appanya dan tidak tahu nak memulakan percakapan.

"Ah, lantak lah. Aku lapar ni." Seokjin mengambil keputusan juga untuk keluar.

Pintu ditarik perlahan sehingga tidak mendengarkan sebarang bunyi. Seokjin menjenguk keluar, apabila mendapati keadaan baik, dia terus melangkah ke dapur untuk mencari makanan.

Matanya tertancap pada satu bekas makanan yang terlekat satu nota di atasnya. Hati Seokjin membaca bait ayat yang ditulis tangan itu.

'Appa tahu anak appa ni akan keluar jugak makan. Ini appa simpankan nasi goreng pedas untuk kau. Makan bagi kenyang okay?'

Sedikit demi sedikit senyuman terukir di bibir Seokjin. Dia mencapai bekas makanan tadi dan sudu. Kakinya dilangkah ke ruang tamu untuk makan disana.

Sewaktu dia melintas bilik Pakcik Kim, Seokjin mendapati appanya tidak menutup pintu dan dibiarkan terbuka luas. Sedikit pelik dengan keadaan itu, Seokjin memberanikan diri menjenguk ke bilik Pakcik Kim. Ternyata kosong.

"Appa pergi berjudi lagi.." kata Seokjin penuh kesal.

Lalu dia makan juga nasi yang disimpankan untuknya dengan perasaan geram yang meluap.

💔🌸

There's a Sad Story Than Sadness +BTSWhere stories live. Discover now