Bab2🦋

14.4K 468 3
                                    


Dahiku berkerut apabila melihat suasana di laman rumah yang terang benderang dengan pintu pagar terbuka dengan luas.

Dah kenapa pula rumah ni? Tak pernah pernah seterang macam ni kalau waktu malam. Mummy dengan daddy ada buat kenduri ke apa ni?

Tidak mahu terus terusan tertanya tanya terus sahaja aku parkirkan kereta kesayanganku di garaj sebelum laju keluar daripada kereta.

Lagi sekali dahiku berkerut apabila melihat perabot di dalam rumah sudah di alihkan dan di ruang tamu sudah kosong tanpa sebarang perabot.

Hanya kelihatan tilam single yang di bentang di tengah tengah. Dah kenapa pula ada tilam tengah tengah ruang tamu ni?

"Mummy? Daddy?" Aku menjerit memanggil.

"Ibu?" Terkejut aku apabila melihat kanak kanak kecil memeluk betisku dengan erat sambil menangis teresak esak.

"Hey lepas la aku bukan ibu kau la." Aku bongkokkan badan sedikit cuba menolak perlahan tangan kecil budak perempuan yang masih memeluk erat betisku.

"Ibu! Ibu!" Dahiku yang tidak gatal aku garu perlahan. Aduh anak siapa la pulak ni menyusahkan aku betul la. Mana mak budak ni?

"Balik dah Dian?" Mummy berjalan ke arahku dengan selendang di kepala dan berbaju kurung hitam menutup segala kulit yang ada di badannya.

Aku memandang mummy dengan pelik . Buang tebiat apa la mummy malam malam buta macam ni pakai baju kurung hitam dengan selendang tapi kejap lagi la tanya.

Apa yang penting sekarang ni macam mana aku nak rungkaikan tangan budak kecik yang tengah peluk betis aku ni.

"Oh thank god mummy you are here. Tolong Dian mummy. Budak ni tak nak lepaskan Dian. Mana la mummy kutip budak ni?" Bebelku sambil tangan masih gigih menolak tangan yang masih memeluk erat betisku.

Mummy pandangku sekejap sebelum menarik tangan budak kecil yang tidak mahu melepaskan betisku.

"Zara come here." Zara? Oh nama budak kecik ni Zara rupanya.

"Tak nak. Zara nak ibu! Ibu Zara rindu ibu." Aku merengus seketika. Berapa kali la aku nak cakap aku bukan ibu dia. Budak kecik ni memang tak reti bahasa ke apa ni?

Tajam aku menatap wajah budak bernama Zara dan daripada tajam mata aku bertukar menjadi pandangan lembut apabila menatap mata coklatnya.

Mata dia? Mata dia kenapa sama macam...

"Zara kenapa ni? Tu bukan ibu la. Sini dekat ayah." Terus aku mengangkat kepala memandang ke mana datangnya arah suara.

Lagi sekali mata aku tidak berkelip memandang wajah hitam manis tanpa sebarang jambang di mukanya.

Handsome. Detik hatiku.

Pandangan mata kami berlaga buat seketika sebelum kuat tangisan Zara mematikan pandangan di antara kami.

"Tak ayah!! ni ibu Zara."

Apabila terasa longgar tangannya memeluk betisku pantas aku ambil kesempatan untuk berjalan sedikit jauh daripadanya.

"Mummy." Aku bersuara perlahan.

Bukan Suami PilihanWhere stories live. Discover now