Bab7🦋

12.4K 345 6
                                    


Aku membetul-betulkan rambut coklatku sedikit rapi sebelum melihat penampilan diri sendiri di hadapan cermin besar yang terdapat di dalam bilikku.

Setelah yakin sudah tidak ada cacat celanya terus sahaja aku mengambil clutch di atas katil dan berjalan keluar dari bilik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah yakin sudah tidak ada cacat celanya terus sahaja aku mengambil clutch di atas katil dan berjalan keluar dari bilik.

Elok sahaja hendak menutup pintu bilik tiba tiba pintu bilik di hadapanku juga sama sama terbuka.

Hatiku tiba tiba terasa berdebar tidak tentu pasal bila melihat Zahid yang cuma berbaju tshirt putih bersama dengan kain pelikat.

Tetapi cepat aku menolak rasa hati yang berdebar. Tak akan la dia pakai tshirt bodoh dengan kain pelikat je kau dah terpikat?

Wake up Dian tu bekas abang ipar kau suami Dee tau tak? Kau dah ada Irvan ingat!! Marahku di dalam hati.

Aku perhati tubuh Zahid yang sama sama kaku di hadapan pintunya. Mata yang tidak berkelip memandangku aku buat tidak endah sebelum laju kaki aku bawa turun ke bawah.

Dari jadi drama entah apa apa nanti dengan Zahid dekat atas ni baik la aku cepat cepat turun bawah. Dah la aku berdua je dengan dia dekat atas ni.

"Mama!! Mama!!" Jeritan Zara buat aku menoleh pada kawasan ruang tamu. Zara berlari menuju kearahku. Aku lihat daddy dan mummy juga mula menumpukan perhatian padaku.

"Ye sayang kenapa?" Tanyaku lembut sambil berlutut hendak samakan ketinggian dengannya.

"Mama nak pergi mana ni seksi seksi macam ni?" Erk tiba tiba aku terasa seperti tertelan tulang ayam mendengar soalan Zara. Mataku pantas memandang mummy dan daddy meminta pertolongan.

"Zara jom naik atas tidur. Dah malam ni patut waktu macam ni Zara dah kena tidur tau tak?" Orang lain yang aku minta tolong cover aku orang lain pula yang tolong.

Aku kerlingkan mata sebentar ke arah suara yang menegur sebelum kembali memandang wajah masam Zara.

"Zara tak nak la ayah. Sekarang baru pukul 9.50 ada lagi 10 minit lagi." Zara memeluk tubuhnya dan sedikit menjauhi aku.

Nak tergelak aku dengan jawapan selamba Zara dengan muka Zara masam merajuk rasa nak cium pujuk tapi sekarang ni memang aku nak lari dari Zara pun.

"Jangan nak mengada Zara. Jom naik atas sebelum ayah rotan Zara." Zahid berdiri disisi sebelah kananku dan menarik tangan Zara sebelum didukungnya tubuh kecil Zara.

"I hate you ayah!! I hate you!! Zara tak nak!! Mama please help me!!"

Kesian melihat Zara yang mula menangis beriya iya dan hendak larikan diri tapi sekarang ni aku pun nak larikan diri dari ditanya soalan soalan pelik dari Zara.

Bukan Suami PilihanWhere stories live. Discover now