Bab29🦋

11.1K 358 39
                                    


Dua Bulan Kemudian

Aku termenung jauh di tepi tingkap dengan memandang titisan titisan hujan lebat yang membasahi bumi.

Selebat hujan lebat juga pipi aku dengan air mata yang mengalir. Ingatan kembali teringat tentang kejadian dua bulan lepas.

Masih segar lagi pada mataku bagaimana kemalangan yang cukup ngeri bagiku berlaku dengan sekelip mata.

"Mama." Cepat cepat aku lap air mata di pipi bila mendengar sapaan ceria Zara.

Hanya tinggal Zara sahaja satu satunya tempat untuk aku bergantung dan mendapat kekuatan.

"Mama menangis ke?" Petah Zara bertanya bila sudah melabuhkan duduknya di tepi kerusi rodaku.

"Tak la mana ada mama menangis." Aku mengelak dari bertatapan mata dengan Zara.

Zara ni walaupun umur masih kecil baru empat tahun tapi petahnya dia bercakap dan berfikir macam orang tua. Cepat betul matangnya anak aku sorang ni.

"Mama tipu Zara kan?" Zara tarik muncungnya tajam. Ketawa kecil aku melihat wajah masamnya.

"Mata mama masuk habuk la sayang. Bukan sebab menangis. Mama kan dah janji dengan Zara mama tak nak menangis dah." Tangan aku bawa mencubit pipinya lembut.

Beriya aku cuba mengkaburi mata Zara. Aku tak nak Zara rasa sedih dan sama sama menangis. Cukup la hati aku sakit melihat anak aku ini meraung menangis dua bulan yang lepas.

"Okay kalau mama cakap macam tu. Sini Zara nak hug and kiss mama." Zara mendepakan tangannya untuk memeluk aku.

Dengan penuh susah payah aku cuba mendukung Zara duduk di pehaku mendekati aku untuk memberi pelukkan erat.

"Sayang mama." Bisik Zara perlahan. Air mata mula kembali bergenang di tubir mata.

"Mama pun sayang sangat dekat Zara." Balasku sebelum aku balas ciuman kedua pipi Zara.

Zara jangan tinggal mama tau? Mama cuma ada Zara je sekarang ni. Zara kekuatan mama. Bisikku dengan rasa sebak di dalam hati.

"Laa dua beranak ni masih dekat sini rupanya. Zara Tokmi pesan apa tadi?" Mummy muncul dengan bersuara geram kedua tangannya bercekak di pinggang.

"Alamak opss sorry Zara lupa Tokmi." Zara tepuk dahinya sebelum ketawa.

"Jom mama Zara tolong mama siap siap." Sambung Zara lagi cepat dia bangun dan berjalan laju menuju ke arah bilik bajuku.

Mummy menghampiri dan mengusap lembut kepalaku sebelum menolak kerusi roda yang aku duduk menuju ke arah bilik baju.

"Macam mana cucu kesayangan Tokmi nak jadi doktor rawat mama nanti kalau benda kecik pun Zara tak boleh buat ni?" Gurau mummy buat aku ikut sama ketawa.

"Zara lupa sikit jela Tokmi. Nanti Zara practise la supaya tak lupa dah. Ni salah Tokmi la bagi Zara minum air ada semut haritu. Tengok Zara dah mula lupa sikit sikit." Balasan dari Zara buat aku dan mummy ketawa lagi kuat.

Lagi gamat tawaku pecah setelah melihat wajah masam Zara seperti hendak mula merajuk bila melihat aku dan mummy hanya ketawakan dia.

Haih la anak mama ni. Memang betul betul buat jadi penghibur mama setiap kali mama rasa sedih. Macam tau tau sahaja bila waktunya untuk dia buat aku ketawa bila aku di landa rasa sedih.

🔹

"Good Dian macam tu la keep going dont stop sikit je lagi."

Bukan Suami PilihanWhere stories live. Discover now