Bab52🦋

10K 458 14
                                    


Ketawa yang hendak terkeluar aku kawal sebaik mungkin. Tak sanggup nak tengok muka encik badut dekat depan aku ketika ini.

Kelakar terlampau sangat. Dah la kulit encik badut ni hitam manis tapi bila dah bercampur dengan cat putih dekat muka dia tu habis jadi sedikit kelabu wajahnya.

Campur lagi rambut palsu warna kuning dekat kepala tu. Sumpah kelakar sangat. Rasa macam dah tak boleh nak tahan dah ketawa aku ini.

Pandangan tajam yang dilemparkan padaku buat ketawa aku yang tertahan tahan dari tadi berderai pecah juga.

Tapi cepat cepat tangan aku bawa ke mulut untuk mengawal ketawa dari pecah banyak.

Tak pasal pasal plan yang dah di rancang baik malam tadi musnah pula nanti kalau tiba tiba Zara dapat tangkap aku ketawa. Tadi bukan main lagi cakap takut dengan badut. Ada ke orang takut boleh ketawa ketawa?

"Hello clown." Zara menegur. Tangannya dah di lambai lambai penuh teruja.

"Hello." Lambaian dari encik badut juga sama sama teruja.

"Kita nak belon bentuk kucing boleh clown?" Pinta Zara. Tangannya sudah menarik narik perlahan tepi seluar encik badut.

"Boleh boleh. Mama awak nak belon bentuk apa?" Tanya encik badut sambil matanya memandang menikam anak mataku sebentar.

"Eh jangan cakap dengan mama kita. Mama kita takut dengan clown." Kelang kabut Zara mendepakan tangannya dihadapan aku seperti hendak melindungi.

"Oh yeke? Mama awak takut saya?" Tanyanya dengan suara terkejut.

Senyuman sinis di bibir encik badut sudah tersungging. Cis dia saja nak membahan aku ke apa ni?

Sebelum kena bahan lagi teruk ni Dian baik la kau menghilangkan diri kau dari sini.

"Hmm Zara mama pergi tunggu sana la. Mama takut dengan clown ni. Seram macam pontianak." Badan aku gigilkan beriya iya konon ketakutan.

"See clown? Mama kita takut dengan awak." Sambil berkata Zara memeluk kakiku seperti hendak memberikan semangat.

Bibirku terukir dengan senyuman. Aku angkat kepala memandang encik badut yang turut melemparkan senyuman kecilnya.

Kami berdua sama sama memberi isyarat bahasa melalui pandangan mata.

"Mama tunggu sana ya? Lepas je clown siapkan belon, Zara janji Zara pergi dekat mama ye?"

"Okay sayang mama. Mama tunggu sana. Sini mama nak kiss sikit." Aku berlutut di tanah menarik wajah Zara rapat denganku.

"Sayang anak mama ni." Kedua pipinya aku cium sebelum kembali bangun dari berlutut.

Mataku dan encik badut lagi sekali bertentangan sedikit lama cuba memberi mesej antara satu sama lain, sebelum perlahan lahan aku pusingkan badan berlalu pergi.

Semoga semua yang di rancangkan berhasil dengan jayanya. Doaku penuh mengharap di dalam hati.

🔹

Zahid POV

"Tadi tu mama awak ke?" Tanya aku sambil sambil tangan sibuk mengepam belon ditangan.

Suara aku sedikit aku ubah tidak mahu Zara dapat mengecam suara sebenar ayahnya. Maklum la Dian kata Zara ni umur sahaja baru 4 tahun tapi cerdik otak dia tu macam otak orang dewasa. Tak pasal pasal nanti dia cam aku ni siapa habis semuanya nanti.

Bukan Suami PilihanWhere stories live. Discover now