🌺 03 🌺

8.4K 344 7
                                    

TEPAT pada pukul 12 tengah hari, Aimin dan Alia meninggalkan kafe buat seketika untuk membeli barangan rumah yang dipesan oleh Puan Fatini.

Mereka ke Tesco yang berdekatan sahaja. Mereka membahagikan senarai barang yang perlu dibeli. Aimin mendapat bahagian barangan basah. Manakala Alia pula barangan mandian dan sebagainya. Setelah itu, mereka berpecah untuk mencari barang-barang tersebut.

Hampir setengah jam kemudian, mereka selesai membeli segala yang dipesan oleh Mama mereka. Mereka bertemu semula di hadapan Tesco tersebut.

"Kakk.. Singgah Tutti Fruitti jom? Craving lahh.." Ajak Alia setelah meletakkan beg plastik yang penuh berisi itu, di dalam boot kereta kakaknya.

"Jom." Balas Aimin pantas. Dia juga dah lama craving aiskrim yogurt tu sebenarnya.

Sampai sahaja di kedai Tutti Fruitti, mereka terus ke kaunter yang menyediakan segala yang berkaitan dengan aiskrim tersebut. Bekas pelbagai saiz dan corak, topping yang bervariasi, dan juga terdapat pelbagai perisa aiskrim yogurt itu.

Mereka mengambil bekas sederhana yang bercorak hipster. Aimin menekan butang aiskrim yang berperisa strawberi manakala Alia memilih perisa coklat. Untuk topping, Aimin mengambil buah-buahan yang fresh, manakala Alia mengambil buah pearls, dan coklat cip.

Usai membayar harga aiskrim mereka, mereka berlalu ke sebuah meja yang berdekatan pintu masuk kedai tersebut.

"Akakk.. Nak rasa buah bluberi tu." Pinta Alia. Mulutnya sudah dingangakan kepada Aimin.

Aimin berdecit perlahan.

Sebiji buah bluberi yang agak kecil saiznya, disudu dan terdapat juga sedikit aiskrim terlekat di sudu tersebut. Sewaktu sudu tersebut masuk ke dalam mulut Alia, sengaja ditekan bahagian yang bersalut aiskrim itu di gigi Alia.

"Auchh! Sengallah kak!" Marah Alia.

Aimin mengekek ketawa melihat muka cemberut adiknya itu.

"Siapa suruh kau tak ambil buah ni tadi? Lepas tu, sibuklah nak rasa la apa la. Huh.." Balas Aimin selamba sambil menyuapkan sesudu penuh aiskrim bersama buah strawberi di atasnya.

Alia menjeling kakaknya itu.

"Bila kak Arin balik Malaysia?" Soal Aimin tiba-tiba.

"Entahlah.. Dia cakap nak telefon balik hari tu, tapi sampai sekarang takde berita." Kata Alia sedikit geram. Ditonyohnya permukaan bekas aiskrim itu dengan sudu.

Tiba-tiba telefonnya  berbunyi menandakan ada panggilan. Pantas poketnya diseluk untuk mengambil telefonnya.

"Kak Arin lah!" Katanya ceria.

Aimin juga begitu. Dah lama tak dengar khabar berita kakak mereka yang sorang itu.

"Video call, kak.. Jap eh." Kata Alia lagi. Setelah menjawab panggilan kak Arin, telefonnya diletakkan di tengah-tengah meja.

"Assalamualaikum kak Arin!" Sapa mereka berdua.

Kak Arin di sebelah sana tersenyum melihat kerenah adik-adiknya itu.

"Waalaikumussalam. Korang apa khabar, sihat? Mama sihat?" Soal Kak Arin bertubi-tubi.

"Alhamdulillah, kitorang sihat je. Mama pun sihat." Jawab Aimin.

Alia mengangguk.

"Akak pula?" Soal Alia.

"Alhamdulillah.. Akak pun baik-baik je kat sini." Balas kak Arin sambil tersenyum lagi.

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now