🌹 07 🌹

6.5K 271 5
                                    

SETELAH hampir 4 jam berada di dalam flight, akhirnya mereka tiba di bumi Eropah. Masing-masing baik TGT mahupun TF, teruja menjejakkan kaki di kota London ini.

Seperti jangkaan Aimin, permukaan bumi London ini ditebali dengan salji yang memutih. Mereka juga telah bersiap sedia memakai jaket tebal yang bermacam jenis, sewaktu di dalam flight tadi.

Mereka disambut oleh dua orang lelaki yang berpakaian suit lengkap. Lagaknya seperti bodyguards. Aimin membuat muka menyampah tanpa disedari mereka.

"Please be welcome , Mister Faiq.." Kata salah seorang daripada mereka sambil membongkokkan selaruh badan mereka tanda hormat kepada Firdaus.

Aimin berkerut kening. Takkan lah?

"Arin.. Siapa yang sponsor reunion ni sebenarnya?" Soal Aimin perlahan.

"As you see.." Balas Arin.

"Wah, gempak ah Faiq Firdaus!" Sakat Khairul.

"Kaya gila kau Firdaus!" Kata Wanie dan Ama.

Hey, seriouslah aku sorang je tak tahu lagi? , gumam Aimin di dalam hatinya.

"Ish diam ah! They are our bodyguards, okay? This one is Samuel and next to him is
John." Firdaus mula memperkenalkan mereka.

Dan mereka respons dalam pelbagai cara. Khairul melambaikan tangan macam budak nak pergi tadika. Manakala semua ahli TF yang lain kecuali Firdaus berjabat tangan dengan mereka. Manakala TGT hanya mempamerkan senyuman dan sengihan di samping membongkokkan badan mereka.

"Guys, we are in this car with John. And girls, you are with Samuel. Don't worry, he's not going to eat all of you okay? And Samuel. Please drive carefully for them." Tegas Firdaus kepada Samuel.

"Don't worry, boss!" Balas Samuel.

"Now, move.." Arah Firdaus. Dia masuk ke dalam perut limousin hitam itu. Diikuti ahli TF yang lain. Segala beg dan bagasi mereka telah diletakkan di dalam boot. Barang mereka tak sebanyak dan seleceh barang perempuan, kan?

Manakala TGT pula berura-ura mengikuti langkah Samuel ke sebuah lagi limousin yang tidak jauh dari situ. Kemudian, Samuel memasukkan semua bagasi dan beg mereka ke dalam boot. Pintu limousin itu dibuka dan Samuel mempersilakan mereka masuk ke dalamnya.

Aimin melangkah masuk ke dalam perut limousin sebagai orang pertama. Diikuti dengan Arin, Iffah, Aten, Ama dan Wanie. Pintu tadi ditutup oleh Samuel dengan cermat. Kemudian, dia berlari anak ke tempat pemandu yang berada di sebelah kiri.

"I love their services!" Bisik Aten perlahan, namun cukup jelas di telinga mereka berlima.

"Kau ni, servis diorang ke 'orang' dia yang kau suka?" Sindir Wanie. Bukannya dia tidak tahu bahawa Aten tu seringkali curi-curi pandang Samuel.

Fatin mendengus perlahan.

"Ish, aku cakap servis kan?! Eyy dia ni!" Bentak Aten perlahan. Tidak mahu mengganggu konsentrasi Samuel di hadapan itu. Ecehhh..

"Shhhh! Bising lah korang ni!" Sampuk Ama.

"Entahlah. Aku nak rehat pun tak boleh." Rungut Aimin perlahan yang menyandarkan badannya pada kusyen kereta sambil memejamkan mata.

"Tah la, korang ni tak penat ke? Kalau ye pun tak penat, janganlah buat bising." Sokong Iffah pula.

Masing-masing mencebik lebih-lebih lagi Aten. Dalam hati, dia menyumpah seranah Wanie yang mula-mula memulakan 'serangan'.

※※💐❤💐※※

Lima belas minit kemudian, mereka tiba di destinasi. Hotel bertaraf lima bintang itu dipandang dengan penuh teruja. Mereka terpaksa mendongak untuk melihat puncak bangunan hotel tersebut.

Mereka yang seramai dua belas orang, bergerak masuk ke dalam hotel tersebut. Lobi hotel itu dituju. Firdaus mengatakan sesuatu kepada si penyambut tetamu, lalu dia diberikan segugus anak kunci bilik.

Firdaus mendapatkan rakan-rakannya.

"Dua orang satu bilik tau? Nah, pilih lah sendiri. Semuanya di tingkat 10." Ujar Firdaus sambil menyerahkan tiga gugus kunci kepada Wanie.

"Ohh okey." Sambut Wanie.

"Aku ngan Arin eh?" Kata Aimin.

"Okey. Aku ngan Wanie." Balas Aten.

Maka, secara rasminya Ama dengan Iffah sebilik. Mereka terus berdiri mengikut pasangan tadi.

Manakala yang lelaki sudah mengetahui pasangan masing-masing. Pasangan seperti  dulu. Firdaus - Syazwan , Khairul - Ad , Izzul - Syamid. Dan mereka terus mengambil kunci secara semberono. Buat apa pilih-pilih? Semua bilik sama je.

Kemudian, mereka semua berlalu ke sebuah lif yang berhampiran. Mereka berhenti betul-betul di hadapan pintu lif itu. Berkira-kira hendak masuk semua sekali ataupun tidak.

"Korang pergilah dulu. Nanti tunggu kitorang kat atas." Kata Aimin sambil berpeluk tubuh. Sejuk.

Mereka semua bersetuju dengan Aimin. Maka, TF terus masuk terlebih dahulu ke dalam lif tersebut. Manakala, TGT menunggu mereka di hadapan kawasan lif tersebut. Malas nak pergi ke lif yang terletak di sebelah kiri lobi hotel. Jaraknya agak jauh dari lif ni.

Beberapa minit kemudian, pintu lif kembali terbuka. Mereka pantas masuk ke dalamnya. Punat bernombor 10 ditekan oleh Aimin. Pintu lif kembali tertutup.
Sampai sahaja di tingkat 10, pintu lif terbuka.

Enam orang jejaka tadi menunggu mereka di hadapan lif tersebut.

Kemudian, mereka berlalu ke bilik masing-masing. Aimin dan Arin memilih bilik yang berada di tengah-tengah antara dua bilik yang lain. Manakala Wanie dan Ama mengambil bilik sebelah kanan, dan Aten dengan Iffah bilik sebelah kiri.

Mereka masuk ke dalam bilik masing-masing. Bagasi mereka yang telah dikumpulkan di sebelah pintu lif sejak tadi
diambil dan dibawa masuk ke dalam bilik mereka.

Masing-masing mula merehatkan diri. Penat semasa menaiki kapal terbang tadi masih terasa.

Malam itu, setelah selesai solat Isyak berjemaah di surau yang disediakan, mereka hanya berehat dan tidur bagi mengembalikan kecergasan badan mereka untuk keesokan harinya nanti.

Terutama sekali Aimin. Dia ada agenda lain yang perlu dilakukan tanpa pengetahuan rakan-rakannha yang lain. Dia lah orang pertama yang merebahkan diri di atas katil hotel yang sangat empuk itu. Kalau dah empuk tu, memang syok lah nak tidur. Tak sampai dua minit , dia dah terlelap.

Arin yang baru selesai membersihkan diri, menggeleng kecil melihat Aimin yang sudah terbongkang di atas katil itu.

Tangannya lincah mengeringkan rambut dengan hanya menggunakan tuala.

Kemudian, tuala itu disangkut di dalam almari yang diperbuat daripada kayu jati itu.

Bagasinya ditarik menghampiri almari tersebut. Dia ingin mengemasnya malam itu juga. Malas nak tangguh.

Tapi apakan daya, kalau dah badan letih, mudah saja tertidurnya.

Arin terlelap selepas dia mengemas hampir separuh daripada bagasinya itu ke dalam almari. Dia tidur beralaskan lengannya di atas bagasi tersebut.

TO BE CONTINUED

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now