🌼 16 🌼

5.7K 266 9
                                    

AIMIN yang terlantar di atas katil hospital itu dipandang sayu di sebalik kaca pemisah itu. Wayar-wayar yang berselirat di tangan dan lehernya melahirkan rasa sebak di hati. Arin mengetap bibirnya geram.

"Kau memang tak guna, Firdaus!" Bisiknya perlahan namun penuh dengan api kemarahan. Tangannya digenggam.

Jarum jam menunjukkan ke angka 12. Bermakna sudah 12 jam Aimin tidak sedarkan diri. Rakan-rakannya yang lain sudah beransur pulang ke hotel. Pada mulanya, mereka juga mengajak Arin, namun dia tidak sanggup untuk berpisah dengan Aimin pada saat-saat genting ini.

Entah mengapa, apabila melihatkan keadaan Aimin yang memilukan itu, dia terasa api kemarahan dan kebenciannya meluap-luap dalam dirinya terhadap Firdaus. Buat kesekian kalinya, Aimin mengalah. Dan dia sekali lagi masuk ICU sebab Firdaus. Dah la tu, nak jenguk pun dia tak sudi. What a useless husband!

Kalau dulu, Aimin dibelasah cukup-cukup oleh sekutu Amy, budak junior yang gilakan
Firdaus.

"Hmm.. Kau tabah, Aimin. Kau tabah sangat. Aku sedih tengok kau macam ni. Bangunlah.." Kata Arin sebak walaupun tahu Aimin tidak dapat mendengarinya memandangkan mereka terpisah dalam dua ruangan yang berbeza.

※※💐❤💐※※

"So, kita bertolak bila nanti?" Tanya Syazwan.

"Lah.. Esok ler.. Bila lagi?" Balas Firdaus selamba.

"Maksud aku, kan Aimin tu tengah koma. Kau tetap nak proceed flight kita tanpa dia?" Soal Syazwan sedikit hairan dan bengang.

"Kenap pulak dengan dia. Siapa suruh dia tak tengok kiri kanan waktu nak melintas. Tulah padah dia." Bidas Firdaus tanpa rasa bersalah.

"Kau jangan buat kerja gila, Faiq!" Bangkang Khairul pula.

"Korang tu yang kenapa? Nak backup dia sangat apahal?!" Bentak Firdaus pula.

"She's your wife! Your legal wife!" Tengking Izzul. Dia paling tak puas hati dengan Firdaus. Lebih-lebih apabila dia melihat Arin yang muram saja sejak semalam.

"Aku tak nak pun jadi suami dia. Korang tu yang paksa aku!" Balas Firdaus.

"Tolonglahh.. Rendahkan ego kau. Aimin tu selalu je mengalah untuk kau. Kau tak malu ke jadi jantan hah?! Buat malu kaum je kau ni!" Bidas Syazwan.

"Lelaki ada 9 akal dan 1 nafsu, berbanding perempuan, 9 nafsu dan 1 akal. Tapi kenapa kau tak boleh guna akal yang banyak tu untuk berfikir secara rasional?" Sindir Khairul beriak biasa. Biar si Faiq ni terasa sikit. Makin teruk budak ni kalau dibiarkan!

"Kau balik la sorang-sorang." Kata Ad sebelum mengajak mereka yang lain keluar dari hotel itu.

"Thanks atas percutian / reunion yang terrrrrsangatlah best ni.." Ejek Syamid sebelum beredar, meninggalkan Firdaus keseorangan di dalam bilik hotel tersebut.

Firdaus mendengus geram. Meja kopi di hadapannya dihentak kasar. Kurang ajar!

※※💐❤💐※※


"Eh, korang tak jadi naik flight?" Soal Arin apabila melihat TF kecuali Firdaus melawat Aimin pada malam itu.

Mereka menggeleng.

"Esok katanya.. Tapi kitorang tak nak lah. Tunggu Aimin sedar nanti baru kita balik sama-sama." Kata Khairul sambil melihat pintu ICU yang menempatkan Aimin.

"Ohh.. Tapi dia tu? Oh, dia tengah kemas lah sekarang kan? Yelah, esok dia nak bertolak balik Malaysia dah kan.." Sakit hati Arin tatkala menuturkannya.

"Sabar Arin.." Pujuk Iffah. Tangannya mengusap-usap bahu Arin.

"Tapikan Arin.. Aku bukan tak nak temankan kau jaga Tasha. Tapi, aku dan Ama ada urgent kat Malaysia. Pasal company." Kata Wanie serba salah.

"Lah ye ke.. Takpe-takpe. Aku takde masalah pun." Balas Arin lembut.

"Erm.. Aku pun Arin. Papa aku pun masuk hospital juga. Kena serangan jantung. Aku risau sangat.. Dia dah lama tak kena serangan jantung macam ni." Kata Aten pula dengan riak muka yang resah.

"Innalillahh.. Takpe kau baliklah. Aku dengan Iffah ada untuk jaga Aimin. Kan Iffah?" Pandangannya bertatut dengan Iffah.

Iffah mengangguk mengiakannya.

"Kau jangan sedih sangat Aten. Inshaallah papa kau tak apa-apa." Pesan Iffah.

"Hmm.. Inshaallah." Balas Aten perlahan.

"Korang?" Soalan yang terpacul di bibir Arin kali ini ditujukan kepada TF.

"Err kitorang ikut je." Balas Syamid.

"Takpe.. Korang boleh ikut pasangan masing-masing kalau korang nak." Cadang Arin dengan terbuka hati.

"Okey jugak macam tu." Balas Syazwan.

"Hmm.. So, aku dengan Ad stay sini dengan korang berdua. Okey?" Kata Izzul kepada Arin.

Arin hanya mengangguk sambil tersenyum.

"Okeylah.. Dah lewat ni. Kitorang balik hotel dulu eh? Nak kemas barang dulu." Kata Wanie sambil mengerling jam​ tangannya.

"Haa okey-okey. Take care tau!" Pesan Arin sambil melambaikan tangannya kepada mereka.

"Hati-hati!" Kata Iffah pula.

"Korang pun!" Balas Wanie, Ama dan Aten serentak.

Arin dan Iffah hanya tersenyum di hadapan ruangan ICU itu.

"Okeylah bro.. Kitorang gerak dulu. Jaga diorang ni elok-elok." Pesan Syazwan kepada Izzul dan Ad.

"Inshaallah Wan. Kau pun sama." Balas Izzul.

"Tinggal korang berdua je lelaki kat sini. Faiq tak guna tu langsung tak boleh harap. Apa-apapun roger kitorang tau?" Kata Khairul pula. Ditepuk-tepuk bahu Ad dan Izzul.

Mereka berdua hanya mengangguk.

"Jaga diri korang baik-baik. Ingat ni negara orang. Jangan buat perangai macam si Faiq tu. Menyusahkan orang je!" Rungut Syamid pula. Geram terhadap sikap Faiq yang sambil lewa itu.

"Inshaallah.. Kitorang takkan jadi macam tu. Buat malu kaum je." Balas Ad.

Mereka berlima berpeluk melagakan buku lima mereka sebelum Syazwan, Khairul dan Syamid menyusuli gadis pujaan mereka. Entah bila diorang ni nak tunang.. Hmm.

TO BE CONTINUED

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now