🌼 40 🌼

6K 245 3
                                    

SUDAH seminggu berlaku sejak peristiwa itu. Aimin sudah boleh discharge hari ni. Manakala Anna, memandangkan keadaan dia masih lemah, dia terpaksa ditahan lagi di wad tersebut.

Dia juga sudah selamat bergelar isteri kepada Farhan beberapa hari lepas. Disebabkan dia sudah tiada siapa-siapa lagi yang boleh menjadi walinya, jadi Farhan hanya mengupah Tok Wali. Ibu bapa Farhan pula bersetuju sahaja dengan pilihan anak tunggal mereka itu.

Sebelum pulang ke rumah, Aimin dan Firdaus singgah dulu di wad Anna. Firdaus memapah Aimin dengan penuh berhati-hati. Anna dan Farhan tersenyum melihat pasangan itu.

"Assalamualaikum kak Anna." Sapa Aimin kemudian dia menunduk sikit kepada Farhan. Dia tidak mengenalinya tapi takpelah kalau dia nak hormat.

"Waalaikumussalam." Balas Anna perlahan.

"Akakk.. Aimin minta maaf sebab libatkan akak dalam masalah ni." Kata Aimin sebak.
Dia tahu perasaan Kak Anna macam mana.

"Eh taklah.. Sebenarnya bukan kamu sebabnya. Dia memang berdendam dengan akak. Janganlah salahkan diri sendiri." Tutur Anna perlahan.

"Siapa yang berdendam dengan akak? Z-za.. Emm.. Lelaki ke perempuan?" Tanya Aimin, dia tak sanggup nak sebut nama lelaki tu lagi.

"Perempuan." Balas Anna.

"Ohh.. Tak tahu pulak Aimin." Kata Aimin perlahan.

"Aimin balik rehat ea? Mesti sakit lagi kan?" Tanya Anna prihatin. Sedangkan keadaan dia lebih teruk.

Aimin memeluk Anna.

"Aimin dah okey sikit. Tapi akak.. Akak kena lagi teruk daripada Aimin. Aimin serba salah pada akak." Kata Aimin bersama esakannya.

Anna turut sama mengalirkan air mata mendengar luahan Aimin itu. Memang betul. Pedihnya tu menjalar ke seluruh tubuh badan. Bergerak sikit je , mesti rasa sakit tu menyengat. Sangat menyeksakan.

"Hmm.. Aimin tak salah." Kata Anna. Mukanya berkerut kerana pelukan Aimin yang erat itu. Nak tegur tak sampai hati.

Firdaus yang perasan segera menarik tubuh isterinya daripada memeluk Anna.

"She's hurt." Bisik Firdaus kepada Aimin.

"Oh! Aimin minta maaf kak! Aimin tak sengaja." Kalut Aimin meminta maaf.

Anna kembali tersenyum menahan perit yang mencucuk-cucuk.

"Takpe." Balas Anna perlahan.

"Jomlah kita balik. Kak Anna nak rehat juga." Ajak Firdaus. Dia berjabat tangan dengan Farhan sebelum mereka keluar dari wad tersebut.

"Anna okey?" Tanya Farhan prihatin. Suaranya yang lembut itu hanya diperdengar kepada orang yang paling berharga dalam hidupnya.

"Em.. Anna okey. Abang, terima kasih kerana terima Anna walaupu--" bibir mungilnya ditutup dengan jari telunjuk Farhan.

"Abang ikhlas terima Anna dalam hidup abang. Jangan cakap macam tu lagi. Abang tak suka. Hm?" Kata Farhan sambil mengusap pipi Anna.

Anna tersenyum malu dengan perlakuan suaminya itu.

"Terima kasih, abang." Kata Anna lembut.

※※💐❤💐※※

Putri's POV

"SH*T! KENAPA DIA PEKA SEMUA TENTANG BETINA TU! DENGAN AKU DULU TAK PERNAH PUN CARING MACAM NI!" Aku melempar segala benda yang ada di dalam bilikku itu.

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now