🌺 57 🌺

4.7K 195 0
                                    

"SAYANGGG... Kenapa sayang tak rehat je? Nanti letih." Kata Firdaus sambil melingkarkan tangannya di perutku yang masih kempis. Dagunya disandarkan pada bahuku.

"Sikit je ni." Ujarku dengan tangan yang ligat menyusun pinggan-mangkuk yang telah dicuci oleh Alia Melissa , ke tempat yang disediakan.

"Kesian baby..." Kata Firdaus lagi. Tangannya bermain-main di perutku.

Aku tersenyum dengan telatah suamiku itu. Manja betul.

"Dah siap!" Kataku.

"Jom naik." Ajaknya.

Tanpa apa-apa , dia mencempung tubuhku. Aku terjerit kecil. Terkejut. Dadanya aku tampar berulang kali.

"Bagitau la dulu.. Terkejut tahu tak?" Bebelku. Tanganku dilingkarkan ke lehernya. Kemudian aku melentokkan kepalaku di dadanya.

"Sorry sayang." Kata Firdaus sambil menuju ke bilik kami di tingkat dua.




×××××




Alia Melissa dan Tengku Zhariff masuk ke dalam banglo semula setelah menghantar pemergian Tengku Mariam dan Tengku Zafrill sebentar tadi. Mereka mengunci pintu utama itu sebelum beredar ke bilik pengantin.

Alia Melissa mula kelam-kabut. Dia berasa takut untuk menghadapi malam itu.

"Wifeyyy... Sini." Panggil Tengku Zhariff sambil menepuk-nepuk birai katil yang cantik terhias dengan kelopak-kelopak bunga ros merah.

"Err... Saya nak pergi tandas kejap." Cepat-cepat Alia Melissa memboloskan diri ke dalam bilik air yang bersambung dengan tandas di dalam bilik tersebut.

Tengku Zhariff setia menunggu isterinya di atas katil itu. Dia memejamkan mata sebentar, menghilangkan rasa penat setelah seharian 'dikerumuni' orang ramai.

Alia Melissa bersandar di dinding bilik air sambil mulutnya terkumat-kamit mengomel sesuatu. Tiba-tiba telefonnya bergetar di dalam kocek kemejanya.

Dia membuka telefonnya dan menekan ikon sms yang timbul di papan notifikasi. Mesej daripada kakaknya.


From : Forever Sister 💕

Layan suami adik elok-elok. Berdosa kalau tak turutkan kemahuan dia. Lupakan kisah yang lampau. U can do it! Btw , lebih baik adik biasakan panggilan 'abang' pada suami adik tu. K tu je pesanan akak. Goodluck! 😘


Alia Melissa mengetap bibirnya perlahan. Benar 'kata-kata' kakaknya itu , dia sudah menjadi seorang isteri. Jadi ,  penentu syurganya juga sudah beralih tempat. Jika dia ingkar arahan suaminya , mesti dia akan menjadi isteri yang derhaka.

Dia menarik nafas dan menghembusnya beberapa kali. Dia memberikan kata-kata semangat buat dirinya sendiri.

"Fighting!" Bisiknya.

Dia keluar dari bilik air itu dengan perasaan yang gugup. Matanya tertancap pada figura Tengku Zhariff yang terlelap di atas katil itu. Nyenyak sungguh tidurnya.

Alia Melissa melabuhkan punggung di birai katil, bersebelahan suaminya itu. Dia merenung dalam wajah nyenyak suaminya itu.

Wajahnya yang persis pemuda korea itu sememangnya telah menambat hati Alia Melissa. Namun, itu bukan sebab utama dia menerima lelaki yang sudah meragut daranya itu. Dia bersyukur kerana hasil haram itu tidak terlekat di rahimnya. Dia jatuh cinta buat pertama kalinya kerana ada satu aura yang menariknya untuk menyukai Tengku Zhariff suatu ketika dahulu.

Tanpa sedar, dia membelai rambut Tengku Zhariff yang terjuih di dahi licinnya dengan penuh berhati-hati dan lembut.

"Ahhhh!"

Alia Melissa terjerit kecil akibat terkejut tatkala dia ditarik oleh Tengku Zhariff ke arahnya menyebabkan dia terbaring di atas badan sasanya.

"I'm sorry , wifeyy.. Tak sengaja." Tutur Tengku Zhariff penuh rasa bersalah apabila dia mendengar degupan jantung isterinya yang sangat laju.

"Hum? It's okay." Balas Alia Melissa lembut meskipun jantungnya terasa seperti hendak tercabut.

"Wifeyy takut ke?" Tanya Tengku Zhariff tiba-tiba. Dia bermain-main dengan rambut lurus dan lembut milik isterinya itu.

Kening Alia Melissa bertaut. Dia memandang wajah Tengku Zhariff, ingin memahami apa yang ditanya suaminya itu.

"Huh?"

"Yeahh.. First night." Jawab Tengku Zhariff.

Alia Melissa terdiam. Pipinya muka merona merah. Dia tunduk memandang dada Tengku Zhariff.

"Takpe.. Abang takkan paksa. Abang faham sayang masih trauma dengan abang kan?" Tutur Tengku Zhariff perlahan sambil mengeluh berat. Menyesal dengan perbuatannya dahulu.

Alia Melissa kembali memandang wajah sugul itu.

"Takpe. Saya dah lupakan yang tu. Errr... Saya.. Saya okey je. Cuma... S-saya dah takde dara." Alia Melissa tunduk bermain-main dengan jari-jemarinya.

Tengku Zhariff tersengih mendengar pengakuan berani mati isterinya itu. Dia membalikkan tubuhnya. Kini, Alia Melissa berada di bawahnya.

"No , you're still virgin." Balas Tengku Zhariff sambil mengucup dahi Alia Melissa.

Alia Melissa agak terkejut.

"Tapikan..-"

"Mana sayang tahu? Sayang tu selalu je pengsan 24 jam. Baru nak usik sikit, pengsan. Letih abang nak jaga tau? Abang acah je hari tu." Kata Tengku Zhariff membuahkan kejutan besar di hati Alia Melissa.

"Ish! Siapa je yang nak dia kena tu  ha? Kenapa tak bagitau awal-awal?" Marah Alia Melissa. Dia menolak sedikit dada suaminya itu.

"Dah sayang tak tanya." Jawab Tengku Zhariff selamba.

Alia Melissa menarik nafas lega. Patutlah tak lekat benih.. Alhamdulillah  , kesuciannya masih terjaga.

"Sorry sayang." Ujar Tengku Zhariff lagi.

"Hmm.. Disebabkan saya masih lagi suci, saya maafkan awak." Balas Alia Melissa sambil tersenyum. Dia menarik hidung suaminya.

"Auchh! Nakal eh? Boleh abang tebus malam ni tak?" Tanya Tengku Zhariff sambil tersenyum nakal.

Alia Melissa mengangguk perlahan.

Malam itu, bersaksikan bulan dan bintang, Alia Melissa menjadi isteri Tengku Zhariff dalam erti kata yang sebenar. Semoga mereka kekal bahagia bersama-sama di dunia dan juga di akhirat. Dan semoga mereka mampu menempuhi setiap rintangan dalam berumah tangga dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Lillahi taala. Inshaallah...


TO BE CONTINUED

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now