🌹 55 🌹

5K 241 6
                                    

Keesokannya...

Pon pon !

Bunyi hon di luar banglo itu menghadirkan rasa gembira di dalam hati Alia Melissa. Dia pantas menjenguk ke luar rumah dari pintu utama.

Tengku Zhariff keluar dari kereta BMW nya. Sengaja dia memandu kereta itu memandangkan kereta sportnya hanya memiliki dua seat sahaja.

Dia tersenyum tatkala bertembung mata dengan gadis yang semakin hari semakin melekat di mindanya. Tak sabar dia mahu memperisterikan gadis itu.

"Assalamualaikum." Sapa Tengku Zhariff sambil tersenyum.

Alia Melissa terkesima sekejap. Mukanya mula merona merah.

"Wa.. Walaikumussalam. Err, masuklah." Pelawa Alia Melissa gugup.

"Takpelah.. Saya tunggu kat luar je." Balas Tengku Zhariff.

Dia duduk di buaian yang dibeli oleh Puan Fatini di perkarangan banglo itu.

"Dah sampai?" Tanya Puan Fatini yang baru selesai bersarapan.

"Dah mama." Jawab Alia Melissa sambil mengerling ke arah Tengku Zhariff.

"Jomlah kita bergerak. Dah nak pukul 10 ni." Kata Puan Fatini. Dia mengambil beg tangan hitamnya lalu keluar dari rumah untuk memakai selipar sandalnya.

"Jomlah. Akak mana?" Tanya Alia Melissa lagi. Bebola matanya bergerak-gerak mencari kelibat kakak dan abang iparnya.

"Korang pergi la dulu. Nanti kitorang menyusul." Kata Faiq Firdaus yang datang dari arah dapur.

Alia Melissa menganggukkan kepalanya.

×××××

Alia Melissa beriringan dengan Puan Fatini masuk ke dalam sebuah butik yang ekslusif di dalam Mall Supernova itu. Tengku Zhariff mengikuti mereka dari belakang.

"Korang berdua pilihlah. Berkenan yang mana." Kata Puan Fatini.

"Tema apa?" Tanyanya lagi.

"Err.. Tak tahu." Balas Alia Melissa.

"Tak tahu?!" Tanya Puan Fatini lagi, sedikit tegas. Boleh dia buat tak tahu pulak. Nak kahwin esok lusa dah ni.

"Flower Garden?" Cadang Tengku Zhariff, kesian melihat wajah gugup Alia Melissa.

Laju sahaja kepala Alia Melissa mengangguk. Sebenarnya dia tidak kisah tema apa-apa pun.

"Okey. Kalau macam tu, korang carilah pakaian yang sesuai eh? Kalau nak apa-apa bantuan, panggil mama tau. Mama nak borak-borak dengan kawan mama jap." Kata Puan Fatini sebelum beredar ke bilik pengurus butik tersebut.

"Okey ma." Jawab Alia Melissa perlahan.

"Saya pilih dress awak. Awak pilih saya punya eh?" Kata Tengku Zhariff.

Kening Alia Melissa terjongket.

"Kenapa pulak?" Soalnya.

"Saja." Jawab Tengku Zhariff sambil berlalu ke ruangan yang menempatkan busana perkahwinan perempuan.

Alia Melissa menggeleng kepala perlahan. Kakinya diatur ke ruangan busana lelaki. Dia terpegun melihat setiap pakaian yang tergantung di situ. Semuanya nampak menarik dan cantik. Rambang mata Alia Melissa dibuatnya.

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now