🌷 23 🌷

5.6K 245 5
                                    

"Errr... Apa yang awak bincangkan tadi?" Soal Aimin berani.

"Tak payah sibuklah." Balas Firdaus tegas. Matanya difokuskan ke depan.

"Tapi apa salahnya? Sayakan-.."

"Ye.. Kau isteri aku. Hei tolonglah Aimin.. Aku terima kau pun dengan paksaan. Tolong jangan nak beria sangat eh? Aku menyampah tengok perangai kau macam ni." Potong Firdaus dengan nada yang tinggi.

Terhinjut bahu Aimin dibuatnya. Tersentap hatinya mendengar setiap perkataan yang meniti di bibir suaminya itu. Dia mengetap bibir, cuba untuk mengawal hibanya.

"Huhh.. Tahu pun duduk diam." Keluh Firdaus kasar. Di fikirannya masih teringat perbualan antaranya dengan Putri tadi.

"I am pregnant." Dengan penuh bersahaja Putri berkata.

"What?! Sampai hati you curang belakang I.. I setia dengan you. Ini yang you balas?" Rintih Firdaus. Dia memandang bakal tunangnya itu dengan sayu. Selama ni dia berusaha untuk lupakan Aimin dari ingatannya. Bila dah sepenuhnya lupakan dia, Putri pula buat perangai.

"Hello? You tanya siapa bapak baby ni? You pura-pura tak tahu ke apa ni? Nilah lelaki, habis je tebuk dara orang, terus nak lepas tanggungjawab."  Jawab Putri lancang.

Firdaus membeliak.

"You nak cakap, I bapak budak tu? Hell no! Kita belum terlanjur lagi okey?! I still tahu batas dia. Hari tu pun you yang goda I. I bukan bapak dia! Jangan pandai-pandai nak tuduh eh?! Bukti pun takde!" Bantah Firdaus keras. Perempuan ni memanglah..

"Bukti?" Seraya itu, dia menghulurkan sekeping sampul berwarna koko.

Firdaus yang tertanya-tanya terus mengambil sampul tersebut lalu membukanya. Dia mengambil isi sampul itu.

Terbeliak matanya melihat gambar yang berada di tangannya itu. Terasa darahnya bagaikan menggelegak. Putri dipandang dengan tajam. Timbul rasa benci di hatinya terhadap gadis yang dipujanya itu.

"WHAT THE HECK!"

"Well, tu lah bukti yang paling jelas kan?" Putri tersenyum sinis kerana berjaya mempengaruhi Firdaus tempoh hari. Sekaligus memudahkan kerjanya menjatuhkan Firdaus. Dengan itu, dia akan melunaskan dendam sepupunya yang meninggal dunia tak lama dahulu kerana cintanya ditolak mentah oleh lelaki itu.

Flowers Of Love ✔Where stories live. Discover now