KENA KAHWIN PAKSA :')

19.9K 453 18
                                    

"Kahwin?!" Terkejut Zahra.
"Hujung bulan ni kamu akan bertunang dengan dia." Beritahu Encik Zulkifli.
"Tapi pa, bukan tak terlalu awal ke adik patut kahwin?" Alasan Zahra dalam nada memujuk untuk mengubah fikiran Encik Zulkifli.
"Tak kira,awal ke lambat adik kena juga kahwin dengan pilihan papa," tegas Encik Zulkifli.
"But why? Adik tak faham kenapa adik yang mesti ikut semua kehendak papa, adik ni anak pungut ke?" Memberontak Zahra yang tidak puas hati dengan situasinya.
"Zahra,kenapa cakap macamtu?." Puan Salmah menjeling kearah Zahra.
"Tak la ma,Along dengan Angah elok sambung belajar kat overseas sedangkan adik kat sini kena paksa kahwin pulak" geram Zahra menyumbat roti kedalam mulutnya.
"Dorang lelaki,adik tu perempuan papa buat semua ni sebab papa sayangkan adik,papa tak nak adik terpengaruh dengan orang yang bukan-bukan." Jelas Encik Zulkifli supaya anak perempuannya faham isi hatinya sebagai seorang ayah yang tidak sanggup terjadi perkara yang tidak elok terhadap anak perempuan kesayangannya.
"Pa,adik pandai jaga diri sendiri lagipun adik dah besar. Please pa, adik pun ada impian adik sendiri." Rayu Zahra lalu membuat muka kesian kepada Encik Zulkifli.
"No,keputusan papa muktamad." Noktah Encik Zulkifli berlalu pergi meninggalkan meja makan.
"Mama kena tolong adik,adik tak nak kahwin!"rayu Zahra menekup mukanya dengan kedua belah tangannya dan menjerit.
"Mama pun tak boleh buat apa-apa,itu keputusan papa." Beritahu Puan Salmah memeluk anak bongsunya yang manja.
"Tapi ma,..."belum sempat Zahra habis cakap Puan Salmah sudah melarikan diri tidak mahu Zahra merengek kepadanya.
Zahra menghempas badannya diatas katil sambil merenung siling biliknya dengan fikiran yang berserabut. Ah!kahwin? Umur aku baru 20 tahun kot dah nak jadi isteri orang. Tahu lah sekarang ni dah macam trend kahwin muda tapi boleh jamin ke aku bahagia? Masalah paling besar,aku pun tak kenal dia langsung. Orang sibuk belajar, kerja ada kerjaya,aku pula sibuk jaga anak. Tidakkkkk! jerit hatinya geram.

"Married?!" Tersembur jus oren dalam mulut Asyraf selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Dato Muaz.
"No,Raf tak nak." Bantah Asyraf sambil mengelap mulutnya.
"This is my decision and Raf kena ikut." Tegas Dato Muaz dengan riak wajahnya yang semakin serius.
"But why?" Soal Asyraf yang masih tidak faham kenapa dia tiba-tiba dipaksa untuk kahwin.
"Daddy terhutang budi dengan bestfriend daddy, so why not daddy balas budi dia kan." Terang Dato Muaz kepada anaknya.
"And now, I'am the black sheep? I don't want to do this." Tolak Asyraf dengan cadangan mengarut Dato Muaz. Asyraf yang tadi duduk sekarang sudah berdiri seperti cacing kepanasan.
"Saham Mirwana Holding, everything about company Mirwana Holding daddy serahkan kepada Asyraf." Janji Dato Muaz asalkan anaknya setuju dijodohkan dengan anak perempuan kawannya.
"Bagi Raf masa untuk fikir," balas Asyraf melurut rambutnya sehingga kusut masai kerana fikiran bercelaru.

Fail-fail dokumen di atas mejanya disusun semula, Asyraf tidak ada mood untuk melakukan kerja-kerja di rumah. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendail nombor sahabat baiknya, Hariz.
"Assalammualaikum,kau buat apa?" Soal Asyraf setelah taliannya disambungkan.
"Walaikummussalam,aku nak masuk tidurlah." Beritahu Hariz di corong telefon.
"Aku tengah stress sekarang ni kau tahu tak," luah Asyraf agar sahabatnya sudi mendengar.
"Aku mana lah tahu kau tengah stress, ah sekarang baru aku tanya kenapa kau stress sangat ni?" Soal Hariz yang bingung kenapa Asyraf menelefonnya tengah malam buta.
"Aku kena paksa kahwin." Beritahu Asyraf dengan nada mengendur.
"Paksa kahwin?! Okey lah tu kahwin free." Terkejut Hariz disudahi dengan ketawa besar.
"Kalau makan free aku sanggup lagi,ni khawin, K.A.H.W.I.N."Geram Asyraf sehingga mengeja ejaan kahwin seperti budak tadika.
"Bro, kau terima je lah cadangan daddy kau,lagipun kau single kan ataupun kau suka kat Qisha?" Tanya Hariz yang mengusik Asyraf mempunyai hubungan dengan Qisha iaitu seorang model yang cantik dan seksi tetapi terlalu obses dengan Asyraf membuat Asyraf naik rimas.
"Kau jangan nak kenenkan aku dengan Qisha pula, kepala aku ni dah cukup serabut sekarang, jumpa kat office esok." Geram Asyraf mematikan talian.

Argh! Kahwin?! Memang tak lah, bagus lagi aku kerja sampai tua daripada kahwin. Dah nama perempuan memang menyusahkan dan perempuan sama pisau cukur, lepas apa dorang dapat,dorang blah, ni Asyraf Wafiuddin lah tak akan goyah dengan perempuan murahan macam tu tapi kenapa daddy beria-ria nak aku kahwin dengan anak perempuan kawan dia ni? Sampai sanggup bagi Mirwana Holding? Ah! Serabut.
#Hai semua, ni nukilan saya yang pertama so please comment jika ada tersalah tatabahasa, typo entah pape and boleh bagi idea yang menarik. Jangan lupa vote jika nak tahu sambungan kisah cinta Asyraf dan Zahra k! 😊💕

CINTA X CINTA? Where stories live. Discover now