STRATEGI MEMIKAT 💗

8.8K 231 0
                                    

Zahra menunggu Asyraf di tempat biasa Asyraf menjemputnya. Zahra menyoroti seorang lelaki yang menunggang motor Kawasaki Ninja berwarna hitam menghampirinya. Terbeliak mata Zahra mengecam wajah lelaki tersebut.
"Kenapa awak naik motor?"
"Kereta aku rosak, dah cepatlah naik." Bagitahu Asyraf menghulurkan helmet kepada Zahra.
Zahra menyambut dengan malas, lecehlah! Nasib aku pakai seluar slack harini, kalau aku pakai baju kurung tak terbang kain aku. Zahra memandang kiri dan kanan lalu menyarungkan helmet tersebut.
"Rosak tudung saya." Sedih Zahra.
"Alah, nanti kau boleh betulkan balik." Jawab Asyraf selamba.
Muka Zahra sudah berkerut, dia naik ke atas motor dengan berhati-hati.Zahra memaut bahu Asyraf seimbangkan badannya.
"Peluk aku kuat-kuat nanti jatuh." Pesan Asyraf.
Zahra hanya menurut saja, demi keselamatan dirinya. Asyraf  menahan ketawa, dia tahu Zahra memang patuh bab keselamatan.
Ada sepasang mata melihat mereka dari jauh.
"Awak! Rumah kita kat sana lah." Zahra menepuk bahu Asyraf menunjuk arah jalan ke rumah mereka.
"Kita makan angin dulu." Bagitahu Asyraf memecut laju.
"Makan angin bukannya kenyang pun," getus Zahra memeluk erat pinggang Asyraf.
_________________________________________

"Awak, macam mana nak buka ni?" Soal Zahra yang dari tadi bergelut membuka helmetnya.
"Kat rumah nanti baru aku tolong kau buka kan." Usik Asyraf yang sudah tersenyum nakal.
"Tak kan lah saya nak naik lif macam ni." Zahra mengeluh.
"Awak tak kesian ke tengok bini awak ni, nanti orang ingat saya baru keluar dari hospital tanjung rambutan." Rayu Zahra.
"Orang tak kenal pun kau kat sini." Jawab Asyraf mengejek. 
"Saya jerit nama awak satu apartment ni confirm orang kenal saya." Ugut Zahra.
"Try lah, aku nak tengok." Cabar Asyraf.
"Mohd Asyraf Nafiuddin!" Bergema suara Zahra satu apartment.
"Ish kau ni, tak malu eh." Asyraf menutup mulut Zahra.
"Awak kan cabar saya, cepatlah bukakan ni." Zahra mengalihkan tangan Asyraf dari mulutnya.
"Meh sini, masalah betul lah kau ni." Sinis Asyraf.
"Helmet awak ni yang rosak," geram Zahra.
"Excuse me, helmet aku ni mahal. Kau yang tak tahu buka, nak salahkan helmet aku pulak." Asyraf.
"Mahal-mahal pun tak guna buat apa," perlahan Zahra mengutuk.
"Membebel apa lagi tu, jalanlah" usik Asyraf.
"Ye lah Encik Asyraf," jawab Zahra.
_________________________________________

Asyraf menunggu Hariz di salah sebuah restoran nasi briyani kegemarannya. Hariz mengajaknya makan tengahari bersama kerana asyik sibuk menguruskan projek  sampai tiada masa untuk berbual. Asyraf memesan makanan mereka terlebih dahulu bagi menjimatkan masa. Hariz dari luar restoran berlari anak menuju ke arah Asyraf.
"Wei bro, sorry aku lambat. Ada fail pulak nak kena urus tadi." Maaf  Hariz lalu mengambil tempat di hadapan Asyraf.
"Kalau tak ada batang hidung kau tadi, aku tak nak keluar lunch dengan kau lepasni." Kata Asyraf dengan muka serius dibuat-buat.
"Jangan macam tu, nanti kau juga rindu aku." Hariz ketawa.
"Rindu? Nak termuntah aku." Jawab Asyraf terhambur ketawa.
"So cam mana wife kau, korang dah semakin sayang-menyayangi?" Usik Hariz.
"Kau ni sibuk jer," jawab Asyraf sambil melipat lengan bajunya.
"Kau cepatlah kahwin. Aku tak sabar makan nasi minyak kau ni." Kata Asyraf.
"Aku tengah kayuh lah ni." Jawab Hariz.
"Banyak lah kau punya kayuh." Gelak Asyraf.
"Kau rasa apa hadiah yang selalu  perempuan suka?" Asyraf meminta pandangan dari Hariz. Hariz memang tahu semua bab perempuan, al maklumlah orang hensem tapi  tidaklah sampai menyakiti hati wanita, malah dia seorang menghormati wanita.
Hariz sudah tersenyum, Asyraf  kalau hal perempuan memang kelaut.
"Perempuan, hadiah paling dorang suka bunga, gelang emas, rantai, make up, tapi wife kau jenis yang macam mana? " soal Hariz.
"Dia ni pelik wei, dia mana suka pakai make up. Aku tak sure kalau gelang, rantai tu tapi dia suka makan." Asyraf memang tahu Zahra memang sukan makan. Pantang nampak makanan semua di lahap.
"Senang cerita kau ajak dia pergi makan kat restoran mewah, kau belikan dia rantai, buat suprise sikit. Mesti dia suka." Cadang Hariz.
"Bagus juga idea tu." Setuju Asyraf.
"kau mesti buat bersungguh-sungguh bagi nampak effort kau. Perempuan macam wife kau dia tengok hati bukan tengok duit kau. Faham?" Nasihat Hariz.
"Banyak kali kot aku sakitkan hati dia, kutuk dia tapi dia buat tak tahu je, kalau dia marah pun just diam and tengok drama korea dia." Bagitahu Asyraf.
"Bahaya tu bro, wife kau tu makan dalam, silap hari bulan meletus gunung berapi dia. Kau tadah je lah telingga kau dengar nanti." Amaran Hariz.
Asyraf mengangguk mengerti apa yang Hariz semua yang Hariz katakan, semua nasihat selalu berkesan. Apa nak jadi dengan diriny Ya, di sudah jatuh cinta dengan isterinya sendiri tapi entah bagaimana dia harus luahkan isi hati hatinya? Zahra, akan aku buka hatimu untuk ku. Nekad Asyraf.

CINTA X CINTA? Where stories live. Discover now