JEJAKA MOCHA ☕❄

10.3K 276 25
                                    

"Aku tak boleh Zirah, aku tak nak kahwin! Kau tahu kan aku nak habiskan study dulu, hati aku ni berkecai bila papa aku bagitahu yang dia nak jodohkan aku dengan anak bestfriend dia. Aku pun tak kenal  anak dia siapa." Luah Zahra kepada kawan baiknya Zirah kerana dia sudah tidak tahan menyimpan semua itu sendiri. 
"Ya aku tahu. Cuba kau tarik nafas dulu,in,out,in,out." Suruh Zirah supaya kawannya bertenang dengan masalah yang dihadapi bukan dia tidak kenal Zahra bila sudah gelabah, berjam- jam dia tidak akan berhenti bercakap silap hari bulan boleh buat seminar.
"Okey-okey." Ikut Zahra lalu mengikuti kaedah pernafasan yang dibimbing oleh Zirah.
"Haus lah pula,aku nak minum Mocha kau nak minum apa?" Soal Zahra kepada Zirah dihadapannya yang masih dalam kelas kaedah pernafasan. Terasa kering pula tekak Zahra setelah penat berleter. 
"Aku pun nak Mocha juga." Sengeh Zirah.
Dua cawan Mocha dipesannya sudah siap, baharu saja Zahra menoleh kebelakang, pash! Isi di dalam cawan ditangannya sudah tiada, mata Zahra terbutang melihat seorang jejaka sudah basah lencun jadi orang-orang Mocha. Ya Allah, dah lah baju dia warna putih. Takut Zahra dalam hati.
"Saya minta maaf,saya tak sengaja." Ucap Zahra sambil tangannya mengelap baju kemeja lelaki tersebut dengan sapu tangannya. Alamakkk, makin lap makin bertambah comot.
"Don't touch me!" Tepis jejaka tersebut kasar membuatkan badan Zahra terundur ke belakang kerana ketakutan dan hampir terjatuh tetapi nasib baik lengannya ditarik oleh jejaka itu kembali.
Zahra melepaskan tangannya setelah badannya kembali seimbang. Semua mata di dalam cafe itu memandang mereka termasuklah Zirah yang ternganga melihat kejadian tersebut.
"Menyusahkan betul," kata jejaka tersebut sinis berlalu keluar daripada cafe.
"Zahra, kau okey tak?" Risau Zirah  melihat muka Zahra yang sudah berubah pucat lesu kerana kejadian tadi.
"Aku okey, kotor sikit tapi kesian mamat tadi habis basah kena Mocha kita." Kata Zahra kerana dia sangat rasa bersalah tentang baju kemeja jejaka tersebut dari warna putih bertukar menjadi coklat.
"Kenapa kau nak kesian sangat kat dia? Suka hati dia je pegang-pegang kau." Marah Zirah dengan tindakan jejaka tersebut terhadap kawannya yang terlalu naif. 
"Sebenarnya kan Zirah, dia tolong aku yang hampir nak terjatuh tadi nasib aku tak terlentang kat lantai macam katak terbang lagi aku malu. " Beritahu Zahra kebenaran agar Zirah tidak salah faham dengan jejaka tersebut.
"Owh ye ke, aku ingatkan dia sengaja nak ambil kesempatan kat kau. Tak pe lah, kau pergi duduk dulu biar aku yang order kan air untuk kau." Lega Zirah lalu menyuruh Zahra ke tempat duduk mereka untuk Zahra menenangkan diri kerana dia pasti Zahra masih terkejut dengan kejadian sebentar tadi. 

"Aih, baru pergi office dah balik." Pelik Dato Muaz mengerling jam tangannya yang menunjukkan baru pukul sembilan pagi.
"Daddy tengok ni, baju Raf habis kotor." Tunjuk Asyraf baju kemejanya yang berwarna putih sudah bercorak indah dengan seni coklat.
"Ya Allah, kamu main apa sampai comot macam ni? " soal Dato Muaz terhambur ketawa melihat baju anak lelakinya sebegitu comot. Dia tahu Asyraf memang seorang yang mementingkan penampilannya ke pejabat malah sangat cerewet mengenakan pakaiannya.
"Accident kat cafe tadi." Beritahu Asyraf pendek sambil membuka butang kemejanya kerana badannya  sudah melekit dan tidak selesa.
"Kamu pergilah mandi and masuk office cepat sebab kita ada meeting dengan client tentang projek kat Sabah." Beritahu Dato Muaz tentang projek terbesar mereka yang terbaru.
"Okey, thank you daddy." Ucap Asyraf lalu berlari menaiki anak tangga ke biliknya.
"Perempuan memang menyusahkan," kata Asyraf sinis sambil tangannya membutang kemeja baharunya yang berwarna royal blue.

#okeyXokey? perempuan menyusahkan ker? Comment untuk idea yg membina.. tq 💕

CINTA X CINTA? Where stories live. Discover now