BETUL/BOHONG 👀

8.9K 252 2
                                    

"Encik Asyraf, saya dah cuba halang cik Qisha tapi.." jelas Aini P.A. Asyraf.
Qisha membetulkan bajunya yang tidak cukup kain dengan senyuman sinis memandang Aina.
"It so kay, Aina." Balas Asyraf mengisyaratkan Aina keluar dari biliknya.
"Okey Encik Asyraf." Faham Aina lalu keluar dari bilik Asyraf.
"Kenapa you tak angkat call I?" Soal Qisha dengan suara manja tergedik-gedik menghampiri Asyraf.
"I busy lah." Jawab Asyraf sambil tangannya sibuk menandatangani fail yang bertimbun di atas mejanya.
"Sayang, jom lunch." Ajak Qisha memegang bahu Asyraf.
"Qisha, please I tak suka you ganggu I waktu kerja." Rimas Asyraf mengalihkan tangan Qisha yang bertenggek di bahunya.
"Kenapa you tiba-tiba berubah ni? I ajak you lunch je." Marah Qisha.
"Berubah apa? I cuma nak siapkan kerja I. I pun bukan makan gaji buta kat office ni." Tengking Asyraf yang juga naik muak dengan perangai Qisha yang suka memaksa.
"Sayang! Kenapa you marah-marah ni?! You tak sayang I ke?" Soal Qisha tidak puas hati.
"Qisha, I anggap you kawan I je tak lebih faham?" Jelas Asyraf berdiri memandang Qisha.
"Kawan? Jadi selama ni you keluar dengan I cuma untuk hilangkan bosan you je?" Soal Qisha tergamam mendapat tahu Asyraf cuma  mempergunakannya selama ini.
"Asyraf you tahu tak I cintakan you? Sanggup you permainkan hati I." Sedih Qisha memandang Asyraf dengan pandangan yang tidak percaya.
"I tak pernah cakap yang I cintakan you. Lupakan perasaan you kat I.You berhak dicintai oleh orang yang betul-betul cintakan you." Kata Asyraf dengan yakin melembutkan hati Qisha.
"Senang lah you cakap, Asyraf you ingat ni sampai bila-bila you milik I, I akan lakukan apa saja untuk dapatkan you." Ugut Qisha melangkah pergi dengan dentuman pintu yang kuat. 
Asyraf menghembuskan nafas lega, lantaklah perempuan gedik tu nak cakap apa, dia malas nak layan.
_________________________________________

"Awal nak balik rumah pengantin baru ni," perli Hariz di sebalik pintu.
"Woi, kau ni buat aku terkejut je." Kaget Asyraf yang tidar sedar Hariz masuk ke dalam biliknya.
"Kau je tak perasan," perli Hariz tersenyum nakal.
"Aku nak ambil wife aku," bagitahu Asyraf mengemas fail-fail penting untuk di bawa balik ke rumah.
"So sweet," usik Hariz dengan muka yang minta penumbuk oleh Asyraf.
"Sweet apenye, dia mana reti bawa kereta." Sangkal Asyraf.
"Kau tak suruh dia naik teksi? " Uji Hariz.
"Aku ni tak lah kejam sangat Hariz, nanti perkara tak elok pulak jadi. Aku juga yang susah." Alasan Asyraf.
"Aku tengok kawan aku ni makin pelik," kata Hariz memandang Asyraf dengan renungan nakal.
"Kenapa aku tak zip seluar ke?" Soal Asyraf binggung melihat zip seluarnya.
"Kau dah jatuh cintakan dengan wife kau kan?" Teka Hariz tersenyum.
"Apa kau merepek ni?" Kata Asyraf tersenyum sinis.
"See. Bro,aku rasa kau ni ego. Cuba kau rendahkan ego kau tu." Nasihat Hariz.
"Aku pun keliru dengan perasaan aku," ujar Asyraf berpeluk tubuh sambil tersenyum memandang Hariz.
"Bro, peluang dah depan mata. Dia isteri kau, kau layak cintakan dia." Yakin Hariz menepuk bahu Asyraf memberi semangat.
"Kau ni, aku tak nak berharap sangat lah Hariz." Kata Asyraf yang tidak mahu meletakkan apa-apa harapan kepada Zahra.
"Ya Allah, berharap apenye, perempuan ni bro cuma nak perhatian kita, kita ni lelaki mesti jadi good listener. Kau faham wife kau, confirm hati wife kau cair." Gerenti Hariz memberi sesi kaunseling.  
Asyraf hanya mengangguk setuju dengan nasihat sahabatnya.
"Tengahari tadi aku nampak Qisha keluar dari office kau, bukan main masam muka dia." Hariz menukar topik.
"Aku tak faham lah dengan minah tu,rimas aku." Luah Asyraf geram.
"Kalau kau tak nak, kau bagi lah kat aku." Hariz menawarkan diri.
"Kau ambil lah, tak nak aku." Asyraf mengelengkan kepalanya bila teringat perangai Qisha.
"Dia tahu tak kau dah kahwin?" Soal Hariz.
"Dia tak tahu," jawab Asyraf mengeleng.
"Kau kena bagitahu dia bro," cadang Hariz sebab itu mungkin menyebabkan Qisha salah faham.
"Aku cuma cakap yang di layak dicintai oleh orang lain so pandai-pandai lah dia fikir." Selamba Asyraf.
"Bro, perempuan mana faham kalau kau tak bagitahu hal sebenar kat dia, confirm lah dia ingat kau reject dia je." Kata Hariz yang membimbing Asyraf faham tentang perempuan.
"Kau handle lah dia." Serah Asyraf yang tidak mahu ada kaitan lagi dengan Qisha.
"Suka hati kau je pass dia kat aku." Balas Hariz.
"Kau juga tadi yang nak kan." Kata Asyraf lagi ketawa.
Hariz terhambur ketawa memandang Asyraf. 
_________________________________________

Zahra dan Zirah pekena popiah sambal di kafeteria sambil menunggu panggilan dari Asyraf untuk menjemputnya.
"Hubungan kau dengan suami kau okey?" Soal Zirah mengangkat kedua-dua keningnya.
"Okey je," jawab Zahra.
"Tak lahir ke perasaan cinta kau kat dia?" Soal Zirah lagi.
"Cinta?" Bulat mata Zahra dengar.
"Kau tahu tak, aku dengan dia macam langit dengan bumi. " Ujar Zahra.
"So bila aku nak dapat anak buah comel ni." Gumam Zirah yang sedih dengan jawapan Zahra.
"Shut, perlahan sikit suara kau." Kata Zahra.
"Apa kau merepek ni." Zahra mencubit lengan Zirah kerana pandai kata yang bukan-bukan dengannya.
"Auch, sakitlah Zahra. Kau tahu tak tangan aku ni dah lebam jadi mangsa sepit ketam kau tu." Rungut Zirah mengusap lengannya yang pedih.
"Padan muka." Ketawa Zahra.
"Makan popiah tak ajak pun aku," sapa seseorang yang mengambil tempat di kerusi kosong di sebelah Zirah.
"Buat apa nak ajak kau pula." Jawab Zirah selamba.
"Aku kan kawan korang," kata Syafiq tersenyum.
"Zahra, lupa aku nak tanya kau,haritu lelaki yang jemput kau siapa eh?" Soal Syafiq.
"Arhh,..." Zahra kelu dengan soalan Syafiq lalu matanya memandang Zirah untuk meminta bantuan.
"Kau ni sibuk je." Zirah mencelah.
"Aku tanya je," Kata Syafiq memandang tepat ke mata Zahra.
"Kawan abang aku, dia nak jumpa aku sebab nak ambil barang abang aku kat rumah." Alasan Zahra.
"Oh, okey." Lega Syafiq mendengar jawapan yang keluar dari mulut Zahra.
Zahra sudah berpeluh menjawab pertanyaan Syafiq, masaklah aku kalau Syafiq balik-balik tanya,terbongkar juga rahsia dia nanti. Gelisah Zahra.

#HAI SEMUA! 😂SIAPA YANG DAH BACA FROM CHAPTER AMBIL BERAT 💙 SEBENARNYA SARAH TU ZIRAH,SIS NI CEPAT LUPA 😂 SO JGN SALAH FAHAM SIS DAH EDIT KAN... SBB ZIRAH JE TAHU ZAHRA DAN ASYRAF SUAMI ISTERI.. MINTA MAAF SANGAT-2 👉👈  COMMENTS KALAU SIS BUAT SILAP K, SEDARKAN SIS NI SIKIT.😂

CINTA X CINTA? Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang