MERAJUK MANJA 😝

9.1K 262 6
                                    

Asyraf memakai jam tangan sambil mengerling Zahra di dapur yang sedang mengemas meja.Selesai mengemas, Zahra segera mengambil beg laptopnya dan memastikan kipas dan lampu tertutup sebelum mereka keluar dari rumah.
"Kenapa kau bergaya sakan harini?" Soal Asyraf pelik dengan penampilan Zahra yang agak cantik, sememangnya cantik dengan mengenakan baju kurung cotton berwarna putih bercorak bunga kecil berwarna merah dan bertudung bawal.
"Mana ada, macam biasa je." Zahra meneliti pakaiannya.
"Siap pakai gincu ni apahal?" Usik Asyraf lagi.
"Ya Allah, saya pakai lip balm je." Sangkal Zahra.
"Hari ni ada program formal, salah ker saya nak cantik sikit." Jujur Zahra.
"Jangan cantik sangat, kau nampak hodoh." Kutuk Asyraf sambil tangannya mengunci pintu rumah.
"Hodoh? tapi Syafiq selalu cakap saya cantik" bagitahu Zahra menjegil matanya.
"Syafiq? Oh, yang temankan kau haritu." Teka Asyraf.
Zahra mengangguk sambil tersenyum, sengaja dia mahu menyakitkan hati Asyraf.
"Kau jangan percaya sangat lelaki, dia sengaja je tu puji kau lebih-lebih." hasut Asyraf berbaur cemburu. 
"Awak pun lelaki, so saya pun tak boleh percayakan awak sangatkan?" Zahra
"Aku lain, kalau kau percaya sangat kat dia kenapa dia tak masuk meminang kau?" Soal Asyraf mengangkat keningnya.
Zahra hilang kata-kata, kalau dia bertikam lidah dengan Asyraf memang sah dia kalah sebab Asyraf pandai mengatur ayat untuk kenakan dia.
_________________________________________

"Baiklah hadirin sekalian, mari kita alu-alukan tetamu kita pada hari ini, Encik Mohd Asyraf Nafiuddin bin Dato Muaz Zulkarnain. CEO Mirwana Holding." Memperkenalkan pengacara majlis.
"Wei, aku salah dengar kan?" Soal Zahra kepada Zirah di sebelahnya.
"Husband kau tu Zahra," Tunjuk Zirah.
Zahra terngaga, apa mamat sengal tu  buat kat sini? Mak aih, tak ada orang lain ke nak panggil? Dato Aliff Shukri ke,Caprice ke,tak pun King Afiq sedap sikit mata memandang. Kenapa dia?!
Zahra menundukkan pandangannya, takut bertentangan mata dengan Asyraf.
"Nama saya Mohd Asyraf Nafiuddin, boleh panggil saya Asyraf, Raf, bro." Sapa Asyraf mesra.
Suasana bertukar riuh kerana Asyraf petah berkata-kata dan pandai buat lawak. Banyak suara wanita-wanita mendominasi dewan tersebut, Asyraf pun naik minyak melayan mereka dalam sesi soal jawab. Zahra sudah seperti cacing kepanasan, mahu melarikan diri tapi niatnya di halang oleh Zirah.
"Cik adik manis yang pakai baju kurung cotton bunga-bunga tu, berdiri sekejap." Tunjuk Asyraf sambil tersenyum. Dari tadi dia perhatikan Zahra, tiba masanya untuk mengusik Zahra.
Zirah menyiku Zahra di sebelahnya, Zahra tundukkan wajahnya. Dia tidak mahu memandang wajah kemenangan Asyraf. Memang Asyraf sengaja mahu kenakan dia. Geram Zahra.
"Tak payah malu lah dik, semua bagi tepukan semangat kat kawan kamu." Kata Asyraf memandang Zahra.
Zahra mengumpul kekuatannya lalu berdiri sambil tersenyum bererti kepada Asyraf.
"Perkenalkan diri adik," suruh Asyraf.
"Urm, nama saya Fatimah." Bagitahu Zahra tersenyum.
Semua orang dalam dewan tergelak, Mulalah bunyi sekumpulan monyet menjerit.
"Nama dia Zahra!"
Muka Zahra sudah berkerut, kacau daun betul lah korang ni. Geram Zahra.
"Okey guys, kenapa sorok nama adik? Kan sedap nama Zahra, macam nama isteri saya." Sindir Asyraf.
Semua orang terkejut, ada juga suara sumbang kedengaran. Darah merah sudah meyerbu ke muka Zahra. Asyraf!!! Jerit Zahra dalam hati. 
"Baiklah, Zahra boleh duduk and fokus kat abang, jangan pandang tempat lain sebab abang nak sampaikan ilmu ni." Tegas Asyraf padahal dalam hati dia sengaja mahu tengok muka cuak Zahra.
Abang?! Kenapa mamat sengal ni? Salah makan ubat ke apa. Zahra hanya tersengeh kelat lalu melabuhkan punggungnya kembali.
"Fokus kat abang, abang nak sampaikan ilmu ni." Zirah mengajuk kembali ayat Asyraf lalu ketawa terbahak-bahak.
"Kau jangan nak perli aku," Zahra mencubit lengan Zirah.
"So sweet." Kata Zirah, terkebil-kebil matanya dan tersenyum-senyum persis orang kurang siuman.
"Aku tak nak kawan kau, kau pergi main jauh-jauh. Aku nak fokus ni." Zahra menolak bahu Zirah pura-pura merajuk.
Zirah hanya menahan ketawa, sehingga habis program tersebut dia masih membahan Zahra. Whatsapp dari Asyraf masuk, Zahra terus gelabah meninggalkan Zirah.

Aku tunggu kau kat tempat letak kereta.Cepat sikit! Kang aku tinggal -My Raf's. 


Tunggu saya! -Zahra

"Zahra!" Panggil Syafiq.
"Sorry Syafiq, saya kena gerak dulu." Alasan Zahra, melangkah laju ke tempat letak kereta.
Syafiq hanya menyoroti kelibat Zahra hilang dari pandangannya.Comel!

Zahra masuk ke dalam kereta Asyraf dengan tercungap-cungap. Fuh, entah tenaga apa dia guna sehingga dia tidak sedar bagaimana dia boleh sampai secepat itu. Kesannya, kakinya terasa lenguh bila sudah di dalam kereta Asyraf.
"Jauh juga awak parking," rungut Zahra yang sudah keletihan.
"Aku bagi kau exercise sikit." Jawab Asyraf sambil merenung wajah Zahra.
"Kenapa awak tak bagi tahu saya, awak pun telibat dalam program tu?" Soal Zahra.
"Aku memang tak nak bagitahu kau pun." Jawab Asyraf yang masih memandang Zahra.
"Awak memang sengaja nak kenakan saya tadi." Geram Zahra merenung mata Asyraf.
"Ye lah,kau asyik berangan je aku tengok" kata Asyraf.
"Saya tak berangan pun, awak memang nak cari pasal dengan saya tadi and ya awak berjaya Encik Asyraf." Geram Zahra.
"Dah lah, pakai seat belt ye Puan Fatimah. " Kata Asyraf sambil tangannya mencapai tali pinggang keledar di tepi Zahra.
"Saya boleh buat sendiri." Zahra menepis tangan Asyraf. Merajuk? Memang dia merajuk, siapa yang tak sakit hati kena buat macamtu.

Asyraf memandang Zahra di sebelahnya sekilas, memang kali ni Zahra betul-betul marah padanya. Sunyi suasana antara mereka tanpa celoteh Zahra seperti selalu.
"Esok kau ada class tak? Soal Asyraf memecah kesunyian antara mereka. 
"Kalau esok kau tak ada class, kita pegi tengok mama dan papa." Bagitahu Asyraf.
Zahra membuang pandangannya ke luar cermin, apa yang Asyraf katakan langsung dia tidak berminat. Dia memang letih berlari tadi, tambah pula dengan perangai Asyraf. Asyraf meraih tangan Zahra lalu bermain dengan jari jemarinya. Zahra tersentak, dia hanya membiarkan jemari Asyraf bertaut. Kemarahan Zahra sudah hilang apabila menanggapi pujukan lembut Asyraf. Kenapa Asyraf sering membuat jantungnya berdengup tidak seirama? Zahra merenung wajah Asyraf.Lelaki ni, benarkah dia betul-betul cintakan aku ataupun sekadar simpati.
"Awak tengah memandu, bahaya macam ni." Zahra bersuara lalu meleraikan pautan Asyraf.
"Aku selesa macam ni." Asyraf selamba mengeratkan lagi tautannya.
"Kau dah makan?" Soal Asyraf.
"Tak sempat," jawab Zahra.
"Kau nak makan apa?" soal Asyraf lagi.
"Urm, saya nak makan burger." Pinta Zahra.
"Okey,mari kita burgembira." Asyraf memandang sambil tersenyum.
"Apa pulak burgembira," Zahra ketawa.
Bagi Asyraf, memujuk Zahra adalah perkara yang mudah mungkin sebab Zahra seorang yang positif. Sekarang dia faham, kenapa daddy berkeras mahu dia mengawini Zahra, sebab Zahra sahaja yang boleh bertahan dengan karenanya dan mampu mengawal emosinya. Berkemungkinan juga mereka pernah berjumpa. Tapi di mana?

#HAI! LAMA TAK TEGUR KORANG 😅 SORRY,SELALU LAMBAT UPDATE, BANYAK BENDA NAK KENA BUAT KAT RUMAH AND YA OTAK NI KADANG-2 GAGAL BERFUNGSI 😂 INSYAALLAH, NEXT CHAPTER AKAN DI UPDATE SECEPAT YANG MUNGKIN K.😊 COMMENT LAH KALAU KORANG NAK BAGI IDEA NAK MASUK KAN DALAM STORY NI. TQ FOR SUPPORT AND VOTES MY STORY! 💕

CINTA X CINTA? Where stories live. Discover now