RANCANGAN JAHAT SI PENGACAU💥

8.2K 231 9
                                    

Zahra terjaga daripada tidurnya apabila sedar ada tangan melingkari pinggangnya. Pantas Zahra membuka matanya. Zahra menoleh pantas kekirinya. Dilihatnya Asyraf lena tidur dengan berbantal peluk dirinya. Zahra perlahan-lahan mengalihkan tangan Asyraf, lalu terduduk sebentar. Macam mana di boleh masuk ke bilik Asyraf pulak, semalam dia teman Asyraf menonton filem seram. Lepastu aku buat apa? Fikir Zahra.
"Zahra dah pukul berapa?" Soal Asyraf yang terjaga.
"Nak masuk subuh dah, macam mana Zahra ada kat dalam bilik abang?" Soal Zahra merenung mata Asyraf mahu mendapatkan kepastian.
"Sayang yang masuk sendiri," sengaja Asyraf.
"Jangan nak bohong," Zahra mahu mencubit lengan Asyraf tapi sempat di elak oleh Asyraf.
"Betul, Zahra sendiri yang ketuk bilik abang. Zahra sendiri merayu nak tidur ngan abang sebab takut ada hantu."  Usik Asyraf yang menahan gelak selepas melihat muka cuak Zahra.
"Dengan Zahra abang jangan kelentong, sengaja nak ambil kesempatan dalam kesimpitan kan." Getus Zahra membaling bantal ke arah Asyraf lalu melangkah pergi ke biliknya untuk bersedia menunaikan solat subuh.
"Lepas ambil wudhuk,masuk dalam bilik abang," kata Asyraf menangkap balingan bantal Zahra sambil terkekek-kekek ketawa. Bukan niatnya mahu menyakitkan hati Zahra tapi dia memang suka bila bergurau dengan Zahra, terasa hubungannya dengan Zahra semakin mesra.
_________________________________________

"Aku nak korang uruskan perempuan ni supaya jauh kan diri dia daripada tunang aku." Arah Qisha melemparkan gambar Zahra di atas meja.
"Sorry bos, kalau nak belasah perempuan kami tak berani sebab kami masih respect dengan perempuan. Kami tak nak lah jadi lelaki dayus." Tolak lelaki berjaket kulit.
"Korang ni gangster jenis apa, aku suruh ugut bukan belasah dia. Fikir lah guna otak bukan guna lutut." Kasar Qisha.
"Kami ni bukanlah bodoh sangat tapi bos sepatutnya bagi arahan tu jelas sikit, baru senang kami nak buat kerja." Ujar seorang lagi lelaki yang memakai topi.
"What ever, aku tak nak tahu korang cerdik ke bodoh, apa yang aku nak perempuan tu tinggalkan tunang aku." Kata Qisha mengubah topik kepada matlamatnya.
"Itu bos jangan risau, kami akan uruskan." Yakin lelaki berjaket kulit.
Qisha hanya tesenyum sinis, rancangannya untuk mendapat Asyraf baru saja bermula.
_________________________________________

Hariz tersenyum memandang Asyraf yang sedang ligat menaip komputer. Asyraf mengelengkan kepalanya bila menyedari kehadiran Hariz di muka pintu.
"Tak sedar pun aku ketuk pintu." Ketawa Hariz mengambil tempat di kerusi hadapan Asyraf.
"Hahaha kau dok tercongok depan pintu tak bagi salam macam mana aku nak sedar." Jawab Asyraf.
"Happy semacam je aku tengok," usik Hariz mengangkat kedua-dua kening.
"Mestilah happy tak kan nak murung pulak," tempelak Asyraf.
"Macam mana dengan project kita kat Sabah tu?" Soal Asyraf. 
"Our project in Sabah everthing is good but next weeks kita kena ada kat sana untuk settle kan semuanya." Bagitahu Hariz perkembangan projek mereka di Sabah.
"Berapa lama?" Soal Asyraf ingin tahu.
"One month." Jawab Hariz ringkas.
"Kenapa rindu kat isteri ke?" Perli Hariz.
"Kau kalau tak ada bahan nak kenekan aku memang tak sah kan." Jawab Asyraf yang sudah bersedia mahu membaling pen kearah Hariz.
"Asyraf jom pergi lunch," ajak Hariz memegang perutnya.
"Kat mana?" Soal Asyraf.
"Kat restoran nasi kukus kat bangunan sebelah." Cadang Hariz, kalau bab tempat makan memang kepakarannya.
"Kau belanja aku." Selamba Asyraf sambil tersengeh.
"Alah setakat belanja, tak ada hal lah." Jawab Hariz sambil memetik jarinya.
"Okey!" Setuju Asyraf pantas menutup komputer pejabatnya.
"Makan free laju je." Gurau Hariz memandang Asyraf seperti lipas kudung.
"Ofcourse lah," balas Asyraf ketawa.
_________________________________________

Zahra menunggu Asyraf di tempat parking kereta berdekatan dengan  fakultinya. Tiba-tiba sebuah proton saga berwarna hitam menghampirinya lalu dua orang lelaki keluar daripada kereta dan berjalan kearahnya dengan lagak seperti gangster. Zahra tekejut bila salah seorang lelaki memandang dengan pandangan tajam.
"Encik ada masalah ke dengan saya," soal Zahra takut yang mengundur dirinya ke belakang menjauhi lelaki itu.
"Ya memang kami ada masalah, tolong jauhkan diri Cik dari Encik Asyraf." Gertak seorang lelaki memakai baju t-shirt hitam.
"Kenapa saya perlu jauhkan diri dari suami saya pulak?" Soal Zahra mengerut keningnya tidak faham, Zahra sudah bersedia membuka langkah untuk keluarkan silat bertaburnya jika lelaki itu cuba mengasarinya.
"Itu cik tak perlu tahu, cik cuma perlu jauhkan diri. Kalau cik tak jauhkan diri, Cik yang akan menyesal." Ugut lelaki dengan riak muka yang menakutkan.
"Oi, kenapa korang ni?!" jerkah Syafiq kebetulan melalui kawasan itu.
"Rileks lah bro, chill." Jawab lelaki yang memakai cermin mata hitam sambil menyapu sisi baju Syafiq dan melangkah pergi.
"Ingat tu Cik!" Pesan lelaki tersebut dari dalam kereta sebelum beredar.
Zahra hanya terdiam seribu bahasa tanpa sedar air matanya jatuh, tiba-tiba diugut oleh yang dia tidak kenali. Silap hari bulan nyawanya yang terancam. Zahra mengelap air matanya dan cepat-cepat mendail nombor Asyraf.
"Abang kat mana? Zahra takut." Kata Zahra bila panggilannya disambut oleh Asyraf.
"Sayang tunggu kat situ, siapa ada kat sana dengan Zahra?" Soal Asyraf bimbang tapi dia cuba untuk bertenang.
"Syafiq, dia tolong Zahra tadi." Jawab Zahra lambat takut Asyraf salah faham, memang kalau Syafiq tiada di situ mungkin dia diangkut oleh dua orang lelaki tadi, tak pasal-pasal kena jual kat Thailand.
"Abang datang." Kata Asyraf lalu mematikan taliannya.
"Zahra, kau okey tak?" Risau Syafiq dengan keadaan Zahra yang sudah pucat lesu.
"Aku okey, ya Allah Syafiq terima kasih sebab tolong aku tadi." Ucap Zahra bersyukur.
"Kau kawan aku Zahra, apa-apa terjadi kat kau buat aku risau." Balas Syafiq. Dia dapat terima hakikat yang Zahra dan dia memang tiada jodoh tapi dia masih menganggap Zahra sebagai sahabatnya.
Asyraf keluar dari keretanya dan mendapatkan Zahra lalu membawa Zahra masuk ke dalam kereta. Asyraf menghampiri Syafiq, pantas Syafiq menghulurkan tangannya untuk berjabat, disambut  baik oleh Asyraf.
"Terima kasih sebab tolong Zahra tadi," ucap Asyraf. Walaupun dia sudah bertumbuk dengan Syafiq tapi dia faham niat baik Syafiq untuk  membantu Zahra.
"Sama-sama, tak ada hal lah." Jawab Syafiq tersenyum mesra.
"Aku nak minta maaf tentang kejadian tempoh hari." Maaf Syafiq, dia sedar yang dia sudah hilang pertimbangan ketika itu.
"Aku pun sebenarnya nak minta maaf sebab tumbuk muka kau yang handsome tu." Asyraf juga mengakui kesilapannya.
Syafiq hanya ketawa bila Asyraf cepat memujinya.
"By the way,nama aku Asyraf." Kenal Asyraf menghulurkan tangannya.
"Aku kenal lah yang bagi talk haritukan. Syafiq." Sambut Syafiq.
Zahra menjadi pemerhati dari dalam tingkap kereta melihat mereka berdua, jangan pulak dorang nak bertumbuk kat situ. Aih, kenapa pulak Syafiq ketawa tu. Pelik Zahra. Asyraf masuk ke dalam kereta audinya dan memandang Zahra lalu di raih jari jemari Zahra, mengalirkan kehangatan tubuhnya ke tangan Zahra yang sudah sejuk kerana ketakutan. Dia faham Zahra perlu masa untuk bertenang setelah menghadapi situasi begitu, bila Zahra sudah bersedia untuk bercerita, baru dia akan mengambil langkah seterusnya. 

#HAI SEMUA 😊 SIHAT? *PURA-PURA TANYA LAH SIS NI* SIS HARAP CHAPTER NI OKEY UNTUK BAGI CHANCE WATAK QISHA..😈  OMPUTEH SIS PUN K.O. KALAU SALAH TANG MANA-MANA BAGITAHULAH SIS.😅 YEAY, ASYRAF DAN SYAFIQ DAH BERBAIK 😌 SIAPA NAK DORANG BERKAWAN BAIK? 🙋 NAK TAHU AL KISAH DORANG LAGI, COMMENTS DAN JANGAN LUPA VOTES! 🙆💕 TQ😘

CINTA X CINTA? Where stories live. Discover now