PENGIKAT CINTA ❤

9.1K 248 10
                                    

Zahra mengira hari bulan di kalender yang terletak di atas meja soleknya, usia kandungannya baru masuk lima minggu lebih. Alhamdulillah dia bersyukur, bayi dan dirinya sihat, malah berat badan semakin bertambah maklum saja lah apa yang dia mengidam pasti Encik Zulkifli dan Puan Salmah tunaikan.Asyraf tidak menghantar pesanan whatApps membuatkan dia berasa sedikit beremosi, mungkin cinta Asyraf semakin pudar terhadapnya, ya dia mengaku dia yang mudah mengalah melepaskan cintanya tapi sekarang hatinya pula kecewa.
Zahra menuruni anak tangga untuk menuju ke dapur untuk sarapan sebelum dia ke kelas, Encik Zulkifli awal pagi sudah ke pejabat. Puan Salmah pula sedang menyiram pokok bunga di laman rumah. Zahra mencedok nasi goreng ke dalam pinggannya dan menuang susu ke dalam gelasnya.
"Adik balik jam berapa harini?" Soal Puan Salmah yang baru masuk ke dapur lalu mencuci tangannya di sinki.
"Tak tahu lagi ma, petang kot adik balik." Jawab Zahra lalu menghabiskan susunya yang bersisa.
"Jangan balik lewat sangat, mama risau." Kata Puan Salmah yang bimbang akan Zahra yang sering sibuk belajar sehingga lewat pulang ke rumah.
"Mama jangan risau k, petang nanti Zirah hantar adik pulang." Zahra memetik nama Zirah meyakinkan Puan Salmah.
"Adik pergi dulu ma," pinta Zahra mencium tangan Puan Salmah.
"Hati-hati jalan tu," pesan Puan Salmah.
_________________________________________

Zahra dan Zirah mengambil tempat di kafeteria untuk menikmati makan tengahari, Syafiq juga menyertai mereka. Selepas Zirah dan Syafiq berdamai mereka semakin rapat, mulanya hanya berbincangkan urusan pelajaran, rupanya diam-diam, ubi berisi. Syafiq menghantar rombongan meminang dan insyaAllah hujung minggu mereka akan bertunang.
"Lambat lagi ke nasi ayam penyet ni," keluh Zahra kerana perutnya sudah berbunyi.
"Sabar eh Zahra, aku tahu kau lapar." Balas Zirah ketawa dengan karena mak buyung yang lapar.
"Zirah aku nak popiah sambal," teringin Zahra.
"Aku pergi belikan," faham Zirah.
"Eh, awak duduklah biar saya yang pergi beli." Syafiq menawarkan diri.
"Terima kasih awak," ucap Zirah tersenyum.
Zahra memberi jelingan nakal kepada Zirah, Zahra suka menyakat mereka berdua, orang masih angau bercinta lah katakan.
_________________________________________

"Zahra kuatnya kau makan," terkejut Syafiq. Popiah sambal yang dibelinya lima ringgit tinggal dua biji untuk dia dan Zirah yang lain lesap dimakan oleh Zahra.
"Aku lapar lah." Jawab Zahra. Syafiq belum tahu yang dia mengandung, cuma Zirah saja yang tahu.
"Pipi kau tu dah macam pau aku tengok." Gelak Syafiq.
"Kau jangan nak kutuk aku eh," Zahra buat-buat marah.
Zahra bangun untuk mencuci tangan, bila dia kembali ke tempat duduk Syafiq memandangnya dengan pandangan pelik. Air muka Zirah pula sudah pucat.
"Kau apa hal pandang aku cam tu?" Soal Zahra pelik.
"Kenapa kau tak bagi tahu aku yang kau pregnant, boleh aku beli popiah sambal lebih tadi." Kata Syafiq membuat Zahra pantas menoleh melihat Zirah disebelahnya. Zirah pura-pura tidak memandang Zahra dan menyedut air.
"Okeylah sorry aku tak bagitahu kau, baru lah masih. Tak elok kalau aku hebahkan." Kata Zahra rasa bersalah kepada Syafiq.
"Aku faham, tahniah Zahra." Ucap Syafiq.
"Terima kasih Syafiq." Balas Zahra tersenyum.
"Kalau kau nak makan apa-apa bagitahu je, insyaAllah aku boleh belikan." Syafiq menawarkan diri.
"Ish, tak payahlah. Aku tak nak susahkan kau, nanti kacau pulak kau nak dating dengan minah ni." Sakat Zahra.
"Kau ni, apa-apa hal kau inform kat kitaorang. Tak ganggu pun." Tegas Zirah.
"Betul tu," sampuk Syafiq.
"Okey- okey, kalau aku nak apa-apa aku roger korang k" akur Zahra diakhiri dengan ketawa.
_________________________________________ Zahra duduk di perhentian bas menunggu teksi yang selalu menjemputnya pulang, setiap hari dia akan menaiki teksi yang di pandu oleh lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an yang mahu dikenali sebagai Pak Ali ke universiti. Oleh itu, setiap hari Pak Ali akan mengambil dan mengahantarnya pulang.
Tiba-tiba kereta Audi yang seperti dikenalinya berhenti di depan perhentian bas, Zahra hanya buat tidak tahu mungkin kereta orang lain. Seorang lelaki turun daripada kereta dan menghampiri Zahra. Zahra terkedu melihat wajah lelaki itu, jantungnya sudah berdegup laju, alamakkk rileks Zahra. Zahra mengalihkan pandangan supaya tidak bertentangan mata dengan sepasang mata yang telah menggugat ketenteraman jiwanya.
"Assalammualaikum," Asyraf memberi salam lalu mengambil tempat di sebelah Zahra.
"Walaikummussalam," jawab Zahra tidak memandang wajah Asyraf. Berdosa tak jawab salam.
"Sayang sihat?" Soal Asyraf lembut.
Zahra mendiamkan diri, soalan Asyraf dibiarkan sepi.
"Sayang dah makan ke belum?" Soal Asyraf lagi.
"Jom kita pergi makan." Ajak Asyraf dalam nada memujuk.
"Saya rasa tak perlulah Encik Asyraf nak ambil berat tentang saya lagi." Kata Zahra.
"Kenapa abang tak perlu ambil berat tentang Zahra lagi?" Soal Asyraf yang cuba mencari sepasang mata yang amat dia rindui.
"Sebab Encik Asyraf banyak tanggungjawab lagi nak buat." Getus Zahra melarikan anak matanya.
"Ya betul tu, tanggungjawab abang pada sayang." Kata Asyraf meraih jari jemari Zahra tapi pantas Zahra menarik tangannya.
Zahra berdiri setelah teksi Pak Ali sudah tiba di hadapan perhentian bas, pantas Asyraf menghalang jalan Zahra.
"Nur Zahra, masuk kereta sekarang." Suruh Asyraf mendepakan tangannya.
"Saya nak pulang naik teksi, jangan halang laluan saya." Lawan Zahra menolak tangan Asyraf yang cuba menghalang laluannya.
"Jangan sampai abang buat sesuatu yang Zahra tak jangka, masuk kereta sekarang." ugut Asyraf.
Langkah Zahra terhenti. Zahra merenung mata Asyraf, bukan dia tidak kenal Asyraf, orangnya pantang dicabar, Zahra tidak mahu Asyraf menimbulkan masalah. Zahra memberitahu Pak Ali yang dia sudah dijemput oleh seseorang, Pak Ali sempat memberikan senyuman kepada Asyraf dan Asyraf juga membalas dengan senyuman.
Zahra masuk ke dalam kereta Audi Asyraf, semua perasaan bercampur baur. Dia mendiam diri dan merenung keluar tingkap melihat tepi lebuh raya, lidahnya keluh untuk bertanyakan khabar Asyraf.
"Zahra nak makan apa?" Soal Asyraf.
"Saya tak lapar," jawab Zahra.
"Kenapa Zahra tak balas whatApps abang?" Soal Asyraf lagi.
"Saya tak nak ganggu Encik Asyraf, Encik Asyraf kan busy." Jawab Zahra.
"Sayang..." panggil Asyraf.
"Encik Asyraf stop panggil saya sayang," marah Zahra.
"Abang sayang Zahra tu lah abang panggil sayang." Jawab Asyraf.
"Suka hati Encik Asyraf lah." Geram Zahra.
Hujan turun dengan lebat petang itu, Asyraf mematikan enjin keretanya setelah tiba di hadapan rumah ibubapa mentuanya. Asyraf mengambil payung di bonet keretanya lalu pantas dia membukakan pintu kereta untuk Zahra. Zahra yang ketika itu hanya menurut saja selepas melihat Asyraf sudah sedia dengan payungnya. Ikutkan hati dia mahu saja redah hujan.Asyraf meraih pinggang Zahra rapat ke tubuhnya, dia tidak mahu tempias hujan terkena Zahra.
"Jangan nak ambil kesempatan," marah Zahra lalu menyiku pinggang Asyraf dan mengawal riaksi mukanya. Haruman minyak wangi Asyraf menusuk ke dalam rongga hidungnya, wangi. Bangun Zahra! Jangan tergoda.
"Kesempatan apa pulak, nanti Zahra demam abang juga yang risau." Asyraf menahan sakit serangan dari Zahra.
"Tak payah risau pasal saya, Cik Qisha yang Encik Asyraf perlu risau sekarang." Kata Zahra sedas.
Asyraf terpanar, baru sahaja dia mahu membalas kata-kata Zahra, Puan Salmah sudah terpancul di depan mereka.
"Eh, Raf!" sapa Puan Salmah teruja.
"Assalammualaikum ma," salam Asyraf lalu menyalami Puan Salmah.
"Walaikummussalam, habis basah kuyup. Masuk, tukar baju dulu nanti demam." Arah Puan Salmah.
"Kalau mama tak kisah Raf nak tumpang solat Asar kejap." Pinta Asyraf yang belum menunaikan kewajipannya.
"Raf, pintu rumah mama ni sentiasa terbuka untuk kamu.kita makan malam kat sini sama-sama ye." Pelawa Puan Salmah gembira.
"Raf pun rindu dengan masakan mama," kata Asyraf menjeling Zahra disebelahnya.
Zahra hanya menjadi pendengar, sebenarnya dia mahu melihat wajah Asyraf selama yang mungkin sebagai ubat rindunya.
"Tercegat kat situ buat apa, Zahra cepat bawa masuk suami kamu." Tegas Puan Salmah.
"Dia ada kaki lah ma, tak kan Zahra nak angkat dia masuk." Jawab Zahra selamba.
Puan Salmah menjegilkan matanya kepada Zahra.
"Masuklah," ajak Zahra menepuk bahu Asyraf.
Asyraf pantas membuka kasutnya sambil tersengeh kepada Zahra.
_________________________________________

Encik Zulkifli rancak berbual dengan Asyraf di ruang tamu sambil menunggu hidangan malam dihidangkan. Puan Salmah tersenyum bila Zahra bersemangat menyediakan masakan bersamanya.
"Adik dah bagitahu Raf belum?" Soal Puan Salmah.
"Urm..belum lagi ma." Jawab Zahra yang masih tidak tahu macam mana dia mahu beritahu Asyraf tentang zuriat yang ada di dalam perutnya.
"Adik kena bagitahu Raf, kesian mama tengok dia." Kata Puan Salmah.
"InsyaAllah nanti adik bagitahu," Jawab Zahra dalam mengendur. Bukannya dia tidak mahu beritahu tapi dia tahu caranya.
"Mah,lambat lagi ke nak siap. Perut kami ni dah berkeroncong dah." Usik Encik Zulkifli.
"Siap dah, abang je tak ingat nak makan bila berbual dengan Raf" kata Puan Salmah sambil mencedok nasi ke dalam pinggan Encik Zulkifli.
Asyraf berjalan ke meja makan dan mengambil tempat di sebelah Zahra, Zahra menyendukkan lauk kari ayam ke dalam pinggan Asyraf. Asyraf memerhati pergerakkan Zahra tapi sikit pun Zahra tidak peduli.
"Sayang ambilkan abang sambal petai tu," tunjuk Asyraf.
"Tak boleh, ni saya punya." Kata Zahra mengalihkan pinggan yang berisi sambal petai disisinya.
"Adik..." tegur Puan Salmah menjegilkan matanya dengan sikap kebudak-budakkan Zahra yang belum berubah.
"Raf kena biasakan diri dengan orang mengandung ni, perangai dorang memang lain macam tapi kita sebagai suami hadap je lah." Nasihat Encik Zulkifli.
Zahra menelan air liurnya bila Encik Zulkifli sudah membuka cerita.
"Mengandung?" Soal Asyraf pelik.
Zahra meletakkan sambal petai di dalam pinggan Asyraf.
"Urm,Betul tu pa," jawab Asyraf terkebil-kebil memandang wajah Zahra di sebelahnya. Zahra pura-pura buat muka tidak tahu. Walhal jantungnya bagaikan mahu tercabut. Mengandung? Ya Allah! Aku bakal jadi ayah. Syukur Asyraf dalam hati.
_________________________________________
Zahra perlahan-lahan menaiki anak tangga, Asyraf dari belakang meraih tangan Zahra berjalan pantas menarik tangan Zahra seiring dengan langkahnya. Zahra sudah resah, marahkah Asyraf dengannya kerana tidak memberitahu hal tersebut. Setelah mereka masuk ke dalam bilik Asyraf menutup pintu dan menyandarkan badan Zahra di belakang pintu, timbul idea nakal mengusik Zahra. Zahra sudah dibelenggu dengan perasaan takut, mata Asyraf tidak mampu ditentang. Asyraf mendekat mukanya ke muka Zahra.
"Kenapa tak bagitahu abang?" Soal Asyraf dengan nada serius dibuat-buat.
"Bagitahu apa?" Soal Zahra takut menundukkan wajahnya memandang lantai.
"Tentang anak kita," jawab Asyraf.
"Encik Asyraf tak payahlah nak risau, saya tak akan menyusahkan Encik Asyraf lagi." Getus Zahra yang cuba untuk memandang wajah Asyraf.
"Menyusahkan? Sayang tanggungjawab abang macamana abang tak risau." Asyraf
"Encik Asyraf patut bertanggungjawab atas apa yang Encik Asyraf buat kat Cik Qisha." Marah Zahra.
"Sayang dengar dulu penjelasan abang, abang dengan Qisha tak ada apa-apa hubungan. Kami hanya berkawan tak lebih dari tu."
"Tipu, abang tipu, anak tu, anak abang." Zahra tidak percaya.
Air matanya sudah membasahi pipinya.
"Abang ada bukti yang Qisha tak mengandung, dia berlakon je semua tu depan Zahra" Asyraf mengeluarkan telefon bimbitnya dan mencari gambar di dalam galerinya lalu dihulurkan kepada Zahra. Zahra mencapai telefon bimbit Asyraf.Allahu,Zahra terkejut melihat gambar tersebut, perut Qisha kempis, tidak seperti Qisha yang dia jumpa. Dalam gambar tertera tarikh gambar tersebut diambil memang dua minggu selepas mereka berjumpa. Dia terperdaya dengan rayuan wanita itu. Zahra hilang kata-kata, telefon bimbit Asyraf dikembalikan semula, dia memandang Asyraf dihadapannya. Dia tidak tahu mahu kata apa lagi. Dia rasa bersalah menuduh Asyraf yang bukan-bukan.
"Sekarang Zahra percaya abang tak?" Soal Asyraf mengulas lembut jari jemari Zahra.
"Zahra minta maaf," itu saja yang terkeluar dari mulut Zahra.
"Abang dah maafkan sayang, stop nangis, nampak hodoh." Usik Asyraf sambil mengusap air mata Zahra dengan tangannya.
Zahra tidak boleh menahan ketawanya.
"Ketawa pulak gila eh?" Asyraf mengerut dahinya bila Zahra ketawa.
"A'ah Zahra gila, gila rindukan abang." Jawab Zahra selamba.
"Abang pun rindukan sayang juga." Bisik Asyraf mencium lembut embun-embun Zahra. Alhamdulillah, hubungannya dengan Zahra sudah pulih. Syukur Asyraf.Lega hatinya, dia mahu menempuh hari-hari seterusnya bersama Zahra. Selamanya.❤

#hai semua! Selamat menyambut bulan ramadhan.😊Sorry, sis lambat update 😭 but don't worry this chapter panjang and harap korang tak marah. 👉👈 maaf sekali kalau cerita ni tak menepati cita rasa pembaca semua,🙏 btw comments pendapat dan luahan hati korang (sis baca k 😉) jgn lupa votes! Tq! 😘

CINTA X CINTA? Where stories live. Discover now