CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN 👏

8.4K 190 0
                                    

Zahra mengetuk pintu bilik Asyraf yang terbuka luas, Asyraf yang ketika itu sedang baring sambil melihat telefon bimbit terus  terduduk bila melihat kelibat Zahra di depan pintu.
"Masuklah sayang, jangan malu-malu." Pelawa Asyraf dalam nada bergurau.
"Buat apa Zahra nak malu," sangkal Zahra walhal hatinya tidak keruan bila berhadapan dengan lelaki itu.
"Sini duduk sebelah abang." Asyraf menepuk-nepuk katilnya.
Zahra melabuhkan punggungnya di sebelah Asyraf.
"Zahra cuma nak tanya abang satu soalan, tapi abang kena jawab dengan jujur." Pinta Zahra. Dia nekad mahu mengetahui siapa sebenarnya Cik Qisha dan perasaan Asyraf terhadapnya.
"Okey,abang akan jawab dengan sepenuh hati abang." Janji Asyraf meletakkan tangannya di dada.
"Ada siapa lagi dalam hati abang selain Zahra?" Soal Zahra lalu memandang wajah Asyraf.
"Buat masa ni dalam hati abang cuma ada Zahra seorang je lah." Jawab Asyraf selamba.
"Oh, buat masa ni ada Zahra je lah. Masa lain mungkin ada orang lain kan." Sindir Zahra mengangguk kan kepalanya tanda faham.
"Kalau macam tu goodnight, Zahra nak tido." Zahra bangun setelah mendengar jawapan yang dari Asyraf. Asyraf pantas menyambar tangan Zahra membuatkan Zahra terkejut lalu terbaring di atas katil.
"Hanya Zahra dalam hati abang," bisik Asyraf romantis.
Zahra tersenyum malu bila Asyraf mengugat kententeraman hatinya. Seirama dan naluri rasa, Asyraf meraih Zahra ke dalam dakapannya. Sakinah Mawaddah Warahmah.....
_________________________________________ Asyraf yang melalui pintu bilik Zahra melihat Zahra sudah siap memakai baju kurung untuk ke universiti. "Sayang tak payah lah pergi class, abang risau apa-apa terjadi kat Zahra lagi." Bimbang Asyraf.
"Tak kan Zahra nak ponteng, kalau asyik ponteng je macam mana Zahra nak pass final exam nanti." Terang Zahra.
"Zahra ambil P.J.J je lah." Cadang Asyraf.
"Senang lah abang cakap, sampai  rambut berubanlah Zahra belajar." Perli Zahra.
"Tetap cantik rambut panjangmu, meskipun nanti tak hitam lagi." Nyanyi Asyraf mengerling Zahra yang sedang mengikat rambutnya.
"Tak payahlah abang nak ambil hati Zahra dengan menyanyi, suara pun macam burung kakak tua." Usik Zahra menjeling ke arah Asyraf, sebaliknya tidak dinafikan suara Asyraf merdu bila mendendangkan lagu tersebut.
"Amboi,apa Zahra cakap, burung kakak tua?" Geram Asyraf menarik hidung mancung Zahra.
"Sakitlah," aduh Zahra mencebik mulutnya.
"Penjahat yang serang Zahra semalam suruh Zahra jauhkan diri daripada abang." Beritahu Zahra.
"Kenapa pulak Zahra kena jauhkan diri dari abang, Zahra kan isteri abang." Jawab Asyraf.
"Zahra pun tak faham, siap ugut-ugut Zahra. Kalau Zahra tak jauhkan diri daripada abang, Zahra akan menyesal." Cerita Zahra lagi.
"Ataupun abang join geng kunyit?" Soal Zahra terhambur ketawa.
"Ya Allah, sayang ni ke situ pulak. Tak baik tau tuduh abang macam tu. Orang lurus macam ni dia kata kunyit." Asyraf tercengang bila Zahra yang sudah fikir yang bukan-bukan.
"Sorry lah,Zahra main-main je." Pujuk Zahra kembali dengan ketawanya yang masih bersisa. 
"Nasib abang sayang," manja Asyraf mengusap kepala Zahra.
_________________________________________

Qisha bertemu dengan sahabat lamanya iaitu Dr. Tina. Qisha memeluk erat tubuh sahabatnya, lama benar mereka tidak berjumpa selepas Tina ke luar negara untuk belajar dalam bidang perubatan.
"Rindunya aku kat kau!" Gembira Qisha.
"Aku pun rindu kau juga." Tina membalas pelukan Qisha. 
"Selain rindu, ni aku dah uruskan dokumen yang kau minta." Hulur Tina sepucuk sampul surat.
"Thank you Tina, kau lah sahabat aku." Ucap Qisha riang menyambut sampul surat tersebut.
"But dokumen ni tak ada tanda tangan aku, sebab kau pun tahu kan benda ni salah di sisi undang-undang. Silap hari bulan lesen aku kena tarik." Terang Tina yang juga takut dengan undang-undang.
"Don't worry beb, aku akan pastikan yang kau tak akan ada masalah." Qisha menyakin sahabatnya.
"Kenapa kau buat ni Qisha?" Soal Tina yang mahu mengetahui agenda Qisha yang sebenar. Dia kesian terhadap kawannya yang sanggup buat perkara itu.
"Aku nak dapatkan orang yang aku cinta Tina, so ini je lah cara untuk dapatkan dia." Beritahu Qisha.
"Qisha, sebab kan cinta kau sanggup buat kerja kotor ni. Aku nasihatkan kau lupakan je lah dia, banyak lagi lelaki kat luar sana yang nak kan kau." Terkejut Tina.
"Kau supermodel beb, jangan sebabkan ni kau tersasar jauh Qisha." Nasihat Tina.
"Aku tahu Tina, tapi aku terlalu cintakan dia." Jawab Qisha.
"Lantak kau lah, kau jangan cakap aku tak nasihatkan kau." Akur Tina yang tidak boleh mengubah pemikiran Qisha yang tekad dan keras kepala.
Qisha hanya tersengeh dan tidak mengambil kesah dengan nasihat sahabatnya kerana dia juga tahu risiko yang bakal dia hadapi tetapi sebabkan cinta dia kepada Asyraf sanggup gunakan taktik kotor. Demi cintanya terhadap Asyraf, lautan berapi tetap dia renangi ceh.

#Bawa bersabar sayang-sayang sis sekalian..😂 next chapter menyusul.... 🙏

 

CINTA X CINTA? Where stories live. Discover now