【ʙᴀʙ 3】

40 4 4
                                    

"I found you, My Queen."

Aurora bingkas memandang ke sekeliling mencari pemilik suara. Namun satu kelibat manusia langsung tiada disana. Tak mungkin dia salah dengar sedangkan jelas suara tadi itu berasal dari manusia!

"Tuanku! Saya disini!"

Sekali lagi suara tersebut menyapa gegendang telinga Aurora. Aurora berdiri tegak. Dia diam. Air liur ditelan kesat. Segera Aurora memandang ke belakang. Bebola matanya meliar memerhati kawasan rumahnya itu. Sungguh baginya semua ini tak lawak. Dia memandang ke depan. Kali ini dia terkejut hingga kakinya menapak beberapa langkah ke belakang. Diamatinya sesosok benda kecil berwarna putih dan bertelinga dua dihadapannya ini. Dan ..

LOL!

Ianya seekor kelinci! Aurora tergelak perlahan.

"Seriously, aku pikir tadi hantu. Rupa rupanya kelinci comel. Hahaha. Kelinci comel ni ke yang bercak-"

Perkataan Aurora terhenti. Matanya terjegil menyadari perkataan yang akan keluar dari mulutnya.

"Kelinci yang bercakap tadi? Tak tak itu mustahil. Pasti semua ni kebetulan. Ha mungkin sepupu aku yang kerjakan aku lalu dia letak kelinci di sini. Ya , tak mungkin kelinci bercakap. Itu karut!"

Aurora bercakap seorang diri lalu tergelak perlahan. Kelinci bercakap itu tak wujud! Itu hanya dongeng yang dibuat buat untuk menidurkan anak kecil. Itulah yang Aurora tahu dari dulu. Dia tak percayakan magis , dunia fantasi atau apa apa saja yang berbaur dengan mitos dan dongeng.

"Maafkan saya tapi sayalah yang bercakap dengan Tuanku tadi!"

Sekali lagi suara itu datang. Dan apa yang mengejutkan Aurora suara itu berasal dari kelinci putih dihadapannya. Mata Aurora terbeliak, mulutnya ternganga. Lalat pun entah berapa ekor dah masuk dalam mulutnya.

"Kau bercakap?"

Soal Aurora.

"Adakah sesiapa selain kita disini?"

Mendengar saja perkataan kelinci tersebut terus Aurora berpaling dan memerhati sekeliling. Kemungkinan abang nya yang sengaja mengenakan dirinya. Tapi langsung tiada kelibat manusia di kawasan berhampiran dengan nya. Aurora berlutut. Kelinci putih itu di amatinya bersungguh sungguh.

"Tak tak, kau tak mungkin bercakap. Karut! Aku tahu yang kau ni cuma robot kelinci yang boleh bercakap! Itu dia! Kau robot! Come on, zaman sekarang dah modern jadi setakat robot kelinci yang bercakap tu dah biasa!"

Nafi Aurora keras. Kelinci itu diraba. Bulu putihnya ditarik tarik Aurora. Badan yang penuh dengan daging empuk itu di cubit Aurora.

"Eh?! Hahahaha!! He-hentikan!!"

Jerit si kelinci apabila tangan mulus dan putih itu meraba seluruh pelosok tubuh kecil nya itu. Jeritan dan ketawa si kelinci tak membuat Aurora berhenti menarik narik bulu kelinci putih itu. Malah tangan nya makin galak meramas bulunya.

"Mana butang off robot ni? Pasti ada di suatu tempat?"

Gumam Aurora perlahan.

"Tu-tuanku e-eh hahhahahah. Hentikan! Saya ni bukan robot lah! Saya ni lelaki!"

Bantah kelinci itu keras. Dia melompat jauh dari Aurora. Tak nak dia dekat lagi, tak pasal pasal kena raba. Dah lah dia ni lelaki! Tak pernah pula dia diraba oleh perempuan. Aurora memandang pelik kelinci yang boleh bercakap didepannya ini. Dah lah boleh bercakap. Kuat membebel, tak ada butang off nya pula tu. Lepastu tiba tiba mengaku dia adalah lelaki.

Mahu tak mahu, terpaksa dia mengiyakan kejadian didepan matanya ni.

"Okey, aku percaya kau bukan robot. Kau ni apa sebenarnya ha? Lepastu kenapa kau asyik panggil aku 'Tuanku'? Lalu dari mana kau berasal? Alien mana yang hantar kau ha? Atau kau nak serang bumi? Kau clan optimus prime ke apa? Apa tujuan ka-"

Hambur Aurora kepada kelinci didepan nya itu. Belum sempat semua soalan di hambur, kelinci tersebut memotong.

"Maaf atas kelancangan saya tetapi saya tak berniat jahat ke atas Tuanku. Tapi yang pasti kedatangan saya kesini hanya untuk membawa Tuanku pulang."

Pintasnya tenang. Aurora menganga sekali lagi.

"Apa yang kelinci ni merapu?"

Soal Aurora kepada dirinya sendiri tapi mampu didengari si kelinci dek pendengaran nya yang tajam.

"Saya tak merapu! Saya cakap benda yang betul! Tuanku harus pulang!"

Desak si kelinci itu membuatkan Aurora geram.

"Okey dengar sini kelinci. Pertama kelinci yang boleh bercakap tu tak masuk akal dan aku tak tahu macam mana benda yang tak masuk akal ni lah yang aku jumpa di hari ulang tahun aku! Kedua, aku takkan ikut kemana kau nak bawa aku sebab aku tak tahu kau berniat baik atau jahat dengan aku. Dan ketiga! Aku takkan ikut kau balik seperti apa yang kau kata tadi sebab rumah aku disini! Keluarga aku, kawan kawan aku dan kekasih aku. Semuanya ada disini!"

Panjang lebar Aurora menjelaskan semua perkara.

Kelinci terdiam.

"Macam mana aku nak bawa dia pulang sedangkan kewujudan aku pun dia sendiri tak percaya? Apa pun cara nya aku mesti bawa dia balik!"

Desis hati si kelinci. Dia diam seketika.

Saat itu, si kelinci terpandang akan sekotak hadiah yang masih ditangan Aurora. Hadiah itu dari Sam, dia tahu kerana dia memerhatikan semuanya dari awal.

"Itu dia! Barang berharga milik dia! Kalau aku ambil, pasti dia datang mengejar! Aku akan bawa dia ke portal!"

Jerit kelinci dalam hati. Aurora yang sudah merasa geram dengan desakkan kelinci mencuba untuk beredar. Namun baru setapak dia berjalan. Pantas si kelinci melompat lalu mengambil kotak hadiah yang diberikan Sam kepadanya. Aurora memandang kelinci tersebut dengan marah.

"Bagi balik kotak tu! Cepat!"

Tegas saja suaranya berkata. Tangan dihulur kedepan menunggu si kelinci memulangkan kembali hadiahnya.

"Ambil lah sini kalau nak!"

Selesai saja berkata sedemikian, pantas sikelinci melompat meninggalkan Aurora yang sudah kehilangan kesabaran. Pantas kelinci itu dikejar hingga kebelakang rumah mereka yang rata ratanya adalah hutan. Aurora memandang sekeliling. Dia kehilangan jejak si kelinci.

"Sini!"

Jerit si kelinci dibalik pohon tua. Aurora tersenyum. Dekat saja kedudukan mereka. Segera Aurora melompat , tangan didepakan ingin menangkap si kelinci. Seketika kemudian, kelinci tersebut jatuh ke suatu lohong hitam. Aurora yang terlanjur melompat tidak bisa menghindari lohong tersebut. Maka jatuh juga lah dia ke dalam lohong yang gelap. Aurora memandang tempatnya jatuh, makin lama dia makin jatuh ke bawah. Dan cahaya yang berasal dari tempatnya jatuh tadi semakin menghilang. Kini, dia yang masih melayang jatuh hanya bisa memandang kegelapan. Tak berhenti berteriak.

"Aku jatuh ditempat apa?"

Soalnya bila Aurora merasakan yang dia melayang agak lama. Mata dipejamkan serapatnya. Kakinya disilangkan seolah dia sedang duduk bersila di atas lantai.

"Aku jatuh dari tempat tinggi. Masih ada peluangkah untuk selamat?"

Aurora memandang ke bawah. Namun hanya kegelapan yang menghiasi pandangannya. Ke mana dia akan dibawa?

Seketika mindanya teringat akan Chris.

"How I miss you Chris."

『ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ᴛᴡᴏ ᴡᴏʀʟᴅs』Where stories live. Discover now