【ʙᴀʙ 7】

25 0 0
                                    

"Jumpa!"

Lelaki bermata hijau tersengih menampakkan gigi putihnya yang tersusun. Dia belum berniat untuk menghampiri Aurora.

"Bodoh. Dia tak sepatutnya minum air di tempat tinggal Raja Ketam. Mari tengok apa jadi."

Dia berpeluk tubuh. Senyuman sinis terlakar diwajah nan putihnya. Tak lama kemudian betul sangkaannya. Raja Ketam keluar dari kawasan lalu mengejar Aurora. Si mata hijau tersenyum geli hati. Lagaknya bagai anak kecil menonton wayang.

"Arghhhhhhhh!! Besar sial! Ni kalau masak merah sedap ni!"

Jeritan Aurora terdengar di segenap arah. Si mata hijau menepuk tangan terhibur. Dia ketawa halus.

"Dia nak masak Raja Ketam? Silap hari bulan dia yang dimasak!"

Si mata hijau masih memerhati. Kini Aurora tidak lagi dikejar Raja Ketam. Dia tiba pula di sarang Ratu Burung Pipit.

"Kenapa masuk ke sana? Hm!"

Si mata hijau tersenyum. Gerak gerik Aurora yang memerhati sarang raksasa itu diperhati. Tanpa Aurora sedari, anak Ratu Burung Pipit memerhati dibelakang. Si mata hijau menepuk tangan apabila Aurora melarikan diri ketika dia menyedari anak Ratu Burung Pipit memerhati dirinya.

"Ini anak burung atau nenek burung sebenarnya!!"

Jeritan Aurora terdengar bagai melodi irama yang indah di pendengaran si mata hijau. Dia tergelak kuat melihat Aurora berlari sambil menjerit histeria padahal anak burung tersebut langsung tak mengejar. Si mata hijau terbang diatas sambil mengikuti Aurora yang berlari pantas.

Aurora tiba dihutan yang pepohonannya agak jarang. Dia terduduk disana. Si lelaki mencebik kebosanan.

"Sampai sini je? Hmm bosan."

Dia mengeluh perlahan. Lalu senyuman terlakar dibibirnya.

"Baiklahhh. Mari kita menyapa sang Ratu!"

Pedang yang tersisip di pinggang disentuh perlahan. Senyuman nakal terukir di bibirnya. Dia terbang lebih rendah berhampiran dengan Aurora. Sayap yang berkibar perlahan itu hanya menghasilkan bunyi yang halus. Daun daun berhampiran berterbangan tatkala sayapnya mengibar sedikit lebih kuat ketika mendarat.

Pedang dikeluarkan dari sarungnya. Kaki mengorak langkah menuju Aurora yang duduk membelakangi dirinya. Baru saja Aurora hendak berdiri, si mata hijau mengacukan hujung pedang tepat di leher Aurora.

"Jangan bergerak."

Pergerakkan Aurora serta merta terhenti. Mata Aurora terpejam rapat. Pasrah. Debaran jantung pula kian menggila. Adakah ajalnya sudah tiba?

Lelaki bermata hijau menahan gelak melihat wajah pasrah Aurora. Heh, inikah Ratu yang dinanti nantikan? Lemah. Budak mentah. Segera pedang ditangan dialih. Dan tawa si lelaki bermata hijau pecah jua. Aurora yang mendengar suara tawa terus memusingkan badan. Dan terkejut beruklah dia apabila makhluk dihadapannya adalah seorang lelaki berambut putih, bermata hijau serta bersayap putih suci! Aurora tergamam memerhati lelaki dihadapannya.

Bagai malaikat. Rupa tak usah dikatakan lah. Memang merecik habis! Mukanya merah habis mentertawakan Aurora. Perut ditekan tekan. Aurora hanya memerhati. Masih terpegun dengan sayap dibelakang badannya. Sayap tersebut benar benar memukau.

"HAHAHAHAHA! Hah penat aku gelak."

Lelaki bermata hijau bersuara sambil menarik nafas dalam dalam. Lalu merenung Aurora dengan renungan serius. Aurora turut merenung si pemilik mata hijau.

"Siapa kau?"

Aurora terlebih dahulu bersuara. Sebelah kening si lelaki ternaik.

"Kau rasa siapa aku?"

Soalan dibalas soalan. Ish bukannya soalan dibalas dengan jawapan ke. Aurora mengemam bibir.

"Manalah aku tahu kau siapa! Sebab tu aku tanya!"

Marah Aurora.

"Hmph, jenis panas baran ya?"

Si lelaki berpeluk tubuh memerhati wajah Aurora. Selamba saja wajahnya. Aurora pula bagaikan gunung berapi yang lavanya akan meletus bila bila masa sahaja.

"Ish malas aku layan kau. Baik aku pergi."

Aurora mula membuka langkah pergi. Badan dipusing kebelakang. Baru beberapa tapak melangkah, suara lelaki tadi menerpa halwa telinga.

"Kau nak pergi mana? Bukannya kau bukan berasal dari sini? Kau tahu ke selok belok hutan ni?"

Soalnya perlahan. Aurora mengerutkan dahi. Betul juga apa yang makhluk bersayap tu kata. Tapi Aurora masih tercegat di posisinya.

"Kau dah dikira bernasib baik sebab cuma berjumpa dua makhluk tadi. Lepasni? Mungkin kau jumpa harimau raksasa pula. Terus kau jadi pencuci mulut dia. Dan, tadaaa!! Akhir yang bahagia!"

Balas lelaki itu dengan nada mengejek. Aurora terkedu. Betul. Dia cuma bernasib baik. Tapi .. macam mana lelaki ni tahu semua ni? Aurora berpusing kebelakang. Wajah lelaki yang masih berpeluk tubuh itu ditatap.

"Kau perhati aku ke dari tadi?"

Soalnya lalu mendapat anggukan dari lelaki bermata hijau. Aurora menyepikan diri.

"Nama aku, Zachary. Panggil aku Zach."

Zachary memperkenalkan diri setelah lama Aurora hanya berdiam diri.

"Lebih baik ikut aku. Di sini bahaya. Banyak ancaman."

Arah Zachary lagi ketika Aurora langsung tak memberikan respon. Aurora masih sama. Menunduk memandang rumput. Zachary berdecit geram. Dia berjalan perlahan menuju Aurora. Aurora tak perasan kerana dirinya sibuk memikirkan tentang apa yang harus dilakukannya. Zachary segera mencempung badan Aurora. Dia mengepakkan sayapnya laluu  mula terbang ke atas. Mata Aurora terbeliak bila dia merasakan sepasang tangan kekar mencempung dirinya. Lalu dia merasakan yang dia di bawa terbang!

"Woi gila apa yang kau buat ni ha!"

Aurora meronta.

"Diam jelah."

"Lepaskan aku lah!"

"Kita tengah terbang. Kau nak sangat ke aku lepaskan kau biar jatuh kebawah?"

Bidas si lelaki bermata hijau dengan geram. Aurora terdiam. Ya tak ya jugakan. Dia tengah terbang, nanti kalau dilepaskan jatuhlah dirinya kebawah. Aurora memandang kebawah. Gulp. Tinggi.

"Argh tingginya!"

Jerit Aurora. Leher Zachary dipaut rapat. Takut. Zachary memerhati Aurora yang ketakutan. Huh dasar perempuan. Kuat membebel. Zachary tersenyum nakal. Dia terbang lebih tinggi hingga dapat merasakan awan sejuk disekitar. Mata Aurora terbeliak. Kawasan sekeliling diperhati.

"Gila! Boleh tak kau terbang rendah sikit! Tak pandai  mengendara ke apa?"

Rambut putih Zachary dijambak kuat. Si lelaki meringis kesakitan.

"Kau ingat kau tengah naik kapal sampai suruh aku mengendara bagai?"

Ujar Zachary dengan geram. Rambut putihnya masih berada dalam cengkaman Aurora. Zachary merengus. Perlahan dia merendahkan diri. Barulah Aurora melepaskan cengkamannya bila merasakan dia terbang tak terlalu tinggi. Eh salah, Zachary yang terbang sebenarnya. Sedangkan si gadis hanya tahu merengek.

"Perangai macam lelaki. Huh!" Keluh Zach dalam hati.

『ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ᴛᴡᴏ ᴡᴏʀʟᴅs』Where stories live. Discover now