【ʙᴀʙ 6】

31 3 0
                                    

Albert terpinga pinga memandang Aurora yang berlari menuju ke hutan. Teriakkan dan laungan nya langsung tak dipedulikan. Mati! Kalau Aurora hilang, masaklah aku! Keluhnya sendiri.

Benda asing ditangan ditenung. Menarik! Agaknya sihir apa ini? Dia masih leka meneliti handphone ditangan tanpa menyedari Ferris mendekat.

"Aurora mana?"

Soal Ferris mendadak membuat kan Albert terperanjat. Handphone ditangan hampir terlepas namun dengan pantas Ferris menyambut. Dengan riak selamba Ferris meneliti handphone tersebut.

"Benda apa ni?" Soal Ferris. Albert menjongketkan bahu.

"Entahlah. Hebat betul benda tu. Aurora yang bagi."

Perkataan Albert membuat pergerakkan Ferris terhenti. Aurora? Oh ya kemana budak pendek tu pergi? Ferris melilau memerhati sekeliling. Soalan sama ditanya.

"Aurora mana?"

Pandangan matanya tajam merenung Albert. Albert meneguk air liur kesat. Kan dah kata, matilah dia. Ini baru Ferris, kalau Putera lain yang tau?

"Aurora..,"

"Aurora apa? Aurora mana Albert?"

"Aurora lari menuju ke hutan."

Suara Albert bergetar. Mata Ferris terbeliak.

"APAA!!"

****

 Aurora terus berlari hingga tanpa sedar dia sudah sampai di sebuah air terjun. Dia bersandar di sebuah pohon yang daunnya agak lebat. Air mata yang bersisa dikesat. Dia mengatur nafas.

"Aku kena balik. Tapi mana? Mana lohong tadi?"

Rungutnya sambil mata tekun memerhati sekeliling.

"Aku jatuh di kawasan berhampiran tasik. Pasti lohong tadi masih ada."

Aurora membuat andaian sendiri.

Matanya jatuh ke air terjun yang kelihatan segar. Haus la pula. Dengan langkah yang perlahan dia menghampiri kawasan air. Dia menunduk hinggakan dia sendiri dapat melihat refleksi dirinya sendiri. Matanya sembab. Hidungnya merah. Kedua tangan dirapatkan lalu air dicedok perlahan. Segar, air itu terasa segar. Aurora mencedok buat kali kedua.

Ketika dia ingin mencedok lagi, kelihatan sebuah benda sebesar telur ayam berwarna merah bergerak gerak tepat dibawah wajahnya. Aurora mendekatkan muka bagi melihat dengan jelas.

Benda tersebut keluar dari air. Aurora mengundur apabila seekor haiwan sebesar gajah dewasa keluar merangkak dari air terjun. Aurora terkedu hebat. Haiwan didepan nya ini, adalah seekor ketam raksasa!

"Arghhhhhhh!! Besar sial! Ni kalau masak merah sedap ni!"

Jerit Aurora sambil kakinya ligat berlari menyelamatkan diri. Sempat pula dia merapu. Ketam raksasa tadi mengejar Aurora kerana telah menceroboh tempatnya.

Aurora sampai disebuah tempat yang kelihatan seperti sarang. Sarang tersebut pula lebih besar dari ketam tadi. Sarang apa pula ni? Besar gila, ini baru sarangnya. Pemiliknya pula? Aurora menoleh kebelakang. Kelibat ketam raksasa tadi sudah tak lagi mengejar. Akibat rasa ingin tahu yang menebal, Aurora melangkah menghampiri sarang burung tersebut.

Aurora mendongak ke atas. Ketinggian saraang ini sama dengan tinggi sebuah rumah dua tingkat. Dia berkira sama ada ingin meneliti lebih lanjut atau pergi ke tasik tadi. Aurora berpusing karena dia ingin pergi semula ke tasik berwarna zamrud. Itu keputusannya. Ketika dia ingin melangkah kedengaran bunyi kicauan burung.

"Chip! Chip! Chip!"

Aurora meneguk air liur. Bunyi tadi bukan bunyi kicauan biasa. Suaranya bergema menunjukkan yang burung tersebut luar biasa besarnya. Aurora menoleh ke belakanng perlahan lahan. Ketika itu, seekor anak burung yang besarnya mengalahkan ketam raksasa tadi merenung Aurora dengan kepala yang sedikit mereng. Segera Aurora berlari membuka langkah seribu!

"Ini anak burung atau nenek burung sebenarnya!!"

Aurora lari lintang pukang tanpa hala tuju. Si anak burung ingin mengejar tapi memandangkan ianya masih anak, ia hanya kembali ke sarang membiarkan Aurora berlari dengan jeritan histeria.

"Fuh dah satu kilometer agaknya aku lari. Mana nenek burung tu?"

Aurora menghentikan langkah. Kepala menoleh ke belakang. Tiada yang mengejar. Peluh yang menitis di dahi diseka. Dia jatuh  terduduk. Penatnya tak terkata! Cuba kau bayangkan, mula mula dia berlari dari Albert menuju ke hutan. Sampai ke hutan dikejar pula oleh ketam! Sudah si ketam berhenti mengejar, dikejar pula oleh nenek burung yang sebenarnya anak burung!

Aurora menarik nafas sedalam dalamnya. Dia selamat! Baru sahaja dia hendak berdiri, terasa sesuatu sejuk dan tajam diletakkan hampir dengan leher jinjangnya.

"Jangan bergerak."

Suara serak kebasahan tu memberi perintah. Aurora menutup mata pasrah. Dia tahu benda diletakan dilehernya adalah sebilah pedang. Bagaimana? Karena dia tahu, di dunia yang ada  sihir seperti yang dikatakan Albert tadi, semual hal yang tak terduga boleh terjadi. Aurora terlalu penat untuk berlari. Dia pasrah.

****

Seorang lelaki mengepakkan sayapnya dengan lebar. Sayap putih itu tegap dan cantik memukau mata yang memandang. Dengan ketinggian sederhana, dia terbang di atas hutan.

"Katanya, dia dah datang .." dia berkata sendirian.

"Tapi.." jeda.

"Dia di mana?" Soalnya sambil mata hijaunya tak lekang memerhati hutan dibawah.

"Menyusahkan."Keluhnya sendiri.

"Bermata merah .."

"Berambut hitam .."

"Mana? Dimana dia?" Soalnya tak puas hati. Dia terbang sedikit lebih tinggi. Rambut putihnya yang serabai akibat angin disisir ke tepi. Tanpa lelaki berambut putih itu sedari, dia mengeluh.

"Kenapa suruh aku mencari disini? Di hutan? Dasar kelinci tak guna." Si rambut putih masih menggumam tak puas hati. Dia tiba berhampiran dengan air terjun. Dia berhenti sebentar. Sayapnya masih berkibar, matanya memerhati kawasan air terjun.

Pandangannya jatuh kepada kelibat seorang manusia.

Kelihatan seorang gadis berambut hitam sedang meminum air terjun. Si lelaki bermata hijau tersenyum.

"Jumpa!"

『ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ᴛᴡᴏ ᴡᴏʀʟᴅs』Where stories live. Discover now