【ʙᴀʙ 12】

19 0 0
                                    

Aku menekup mulut. Perasaanku kini bercampur baur. Aku masih tergamam memandang sekeliling. Tiada kata kata yang mampu ku ucapkan sekarang. Mulut terasa digam. Hanya mata yang masih memerhati suasana didewan ini. Apa yang dah jadi? Dewan utama yang mampu menampung lebih dari lima puluh ribu orang kini dipenuhi lautan manusia yang terbaring kaku.

Aku memandang Harold. Aku tau, dia pasti tahu apa yang terjadi. Apa semua ni. Dan,apa mungkin ini yang dimaksud Harold tadi? Hanya aku? Harold kelihatan teragak agak untuk berbicara. Dia melepaskan keluhan. Dari riak wajahnya, aku tau dia menyimpan kesedihan.

"Apa mereka semua juga tidur?" Aku menyoal memecahkan keheningan. Kepala lelaki yang ada dipangkuan ku letakkan perlahan kembali ke lantai. Dia masih lena. Pernah dengar cerita tentang snow white yang termakan epal beracun lalu tertidur lena? Ya mereka semua seperti itu. Tidur yang lena, menunggu cinta sejati datang. Tapi aku pasti, mereka berbeza. Mana mungkin kesemua mereka termakan epal lalu tertidur?

"Ya mereka hanya tidur." Harold menjawab pendek. Aku berdiri kembali. Kepala dipusing untuk melihat kelibat Harold.

"Berapa lama?"

"Hampir bertahun lamanya." Jawapan Harold membuat aku kaget. Bertahun?

"Puncanya? Tolong jelaskan!" Harold mengeluh.

"Dulu, sewaktu dunia masih mempunyai pemerintah. Tekanan kuasa di alam Landia normal, bahkan para manusia mampu tinggal disini kerana tekanan kuasa yang amat rendah. Ini semua kerana kuasa Raja dan Ratu kerajaan Tressia. Kuasa mereka bukanlah sembarangan kuasa. Kuasa mereka mampu menormalkan tekanan kuasa yang kuat di alam ini. Hanya keturunan diraja kerajaan Tressia yang mampu melakukannya. Tapi.."

"Tapi apa??" Aku menyoal tak sabar.

"Sepuluh tahun yang lalu Ratu dan Raja kerajaan Tressia telahpun meninggal dunia. Ini kerana kemurungan dan kesedihan yang amat dalam atas kehilangan satu satunya puteri mereka serta satu satunya pewaris kerajaan. Maka, hilangnya puteri serta meninggalnya Raja dan Ratu membuat tekanan kuasa memburuk. Ianya tinggi dan tak terkendali. Efek kuasa yang tinggi telah menyebabkan penduduk alam Landia tertidur secara berperingkat kerana tak mampu menahan tekanan kuasa yang ada. Kerana itu, Cik diperlukan."

Penjelasan Harold membuat hatiku terasa disayat. Rasa sedih yang datang tiba tiba melanda diri. Kenapa aku harus bersedih? Apakah kerana kekacauan yang sedang terjadi di sini? Atau kisah Raja dan Ratu tadi? Aku tak faham. Keliru.

"Tapi saya.." Aku berkata ragu ragu. Beban ni terlalu berat buat budak 17 tahun seperti aku! Jadi Ratu? Memerintah dunia? Menormalkan tekanan kuasa? Gila! Memang gila! Tapi, kasihan mereka. Aku memandang kembali lautan manusia yang terbaring lena. Sudah bertahun mereka tertidur. Sepuluh tahun? Sejak Ratu dan Raja mereka meninggal. Kedengarannya merepek. Manusia tertidur selama sepuluh tahun? Ah mereka pasti bukan manusia biasa. Manusia yang mempunyai sihir dan magik mungkin.

"Ah tak apa. Cik perlukan masa. Sudah mari kita menuju ke bilik cik." Harold bersuara seolah mengerti kegundahan ku. Tangannya, dihulur. Aku menyambut dengan berat hati. Kami keluar dari dewan utama. Sebelum keluar, aku memandang kembali mereka. Pandangan sayu dilontarkan.

"Pasti. Pasti ada penyelesaiannya."

Pintu ditutup. Suasana kembali menyepi. Hanya dengkuran halus mereka yang kedengaran. Mereka yang tertidur ibarat koma. Tak mampu bergerak, tak mampu berbicara dan tak mampu untuk merespon. Tapi mereka mampu mendengar. Dan mereka menaruh harapan, agar dia kembali. Ya, dia.

****

Angin menderu menampar lembut pipi putihnya. Dia menongkat dagu sambil memandang ke luar jendela. Pandangan padang bunga yang indah langsung tak mampu menarik perhatiannya. Badannya mungkin disana namun jiwanya sudah lama melayang jauh. Kenapa? Soalan itu bermain dibenaknya. Ditanya berkali kali kepada diri sendiri.

"Apa yang aku ada sampaikan aku kena jadi pemerintah dunia alam entah berantah ni?" Aurora bergumam sendiri. Pandangan matanya kosong sekosong jiwanya. Loket dileher, disentuh perlahan. Rasa rindu menjengah hati. Chris. Apa kabar lelaki itu? Gelabah kah mereka bila dirinya tiada? Adakah yang sedang merisaukan dirinya sekarang? Dia ingin pulang, menjalani hidup seperti biasa. Hidup aman, tanpa beban.

"Tapi, mereka perlukan aku. Katanya cuma aku yang mampu melakukan nya. Kenapa? Kenapa aku!" Aurora membaringkan diri disebuah katil king berwarna hijau muda. Bantal empuk ditekupkan kemuka. Bibir digigit perlahan. Rasa sebak cuba ditahan. Di istana ni, tiada lagi dayang, pengawal atau chef. Keseluruhan mereka sudahpun terlena. 500 dayang, 500 pengawal serta 100 chef istana tak mampu bertahan lebih lama. Ini baru orang dalaman istana, orang luaran?

Mata Aurora terasa berat. Terlalu letih. Samar samar kedengaran ketukan pintu. Aurora tak kuat melawan kantuknya hingga akhirnya dia terlena.

『ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ᴛᴡᴏ ᴡᴏʀʟᴅs』Where stories live. Discover now