【ʙᴀʙ 13】

20 1 0
                                    

Ferris P.O.V

Tok! Tok! Tok!

Pintu diketuk sekali lagi kerana ketukan pertama tak berjawab. Beberapa saat menunggu disini, ketukan kedua juga tak berjawab. Aku cuba merapatkan telinga ke pintu. Sunyi. Tiada sahutan. Kepala yang tak gatal digaru. Tidurkah dia? Tak berputus asa, pintu megah tempat beradu Aurora diketuk buat yang ketiga kali.

Tok! Tok! Tok!

Aku merapatkan telinga kembali. Masih sama. Tiada sahutan!

"Woi! Kau buat apa tu hah!" Jerkahan seseorang membuat aku terperanjat! Hampir saja aku terlatah. Hell! Kalau aku terlatah hilang segala harga diri aku tahu! Aku memandang ke belakang, riak wajahku kembali dikawal. Serius. Leo memandang aku dengan wajah curiga.

"Kau buat apa depan bilik Aurora ni? Mengintip?" Leo mula menyoal. Aku memaparkan wajah meluat.

"Oh tolonglah. Aku? Mengintip? Aku bukan macam kau. Playboy. Semua yang cun kau bawa masuk bilik." Aku tersenyum sinis. Hah ambil kau! Wajah Leo berubah! Tetapi beberapa saat kemudian dia ketawa.

"So, kau buat apa dekat sini? Nak melawat dia? Oh bukannya kau dingin dengan perempuan? Jangan cakap yang kau dah tangkap cintan dengan dia?" Lari dari topik. Leo ketawa terkekek tanpa mempedulikan wajah ketat yang aku pamerkan. Niat awal, memang ingin datang melawat. Kesian dia, dikejutkan dengan berita berita berat seperti ini. Memikul tanggungjawab yang besar pada umur yang masih muda.

"Aku cuma ingin memeriksa keadaannya. Hanya itu." Aku berkata dingin. Leo berhenti ketawa. Dia berdehem lalu menjongketkan bahu.

"Dia ada didalam?" Leo menyoal. Tangannya menyeluk poket seluar. Huh, bajet cool.

"Entah. Tidur agaknya." Usai saja berkata aku meninggalkan dia dibelakang. Dia terpinga pinga. Baru beberapa meter berjalan, aku menoleh kembali ke arah Leo.

"Oh ya, aku cuma ingatkan. Jangan berani pecah masuk bilik beradu Aurora. Dia bukan seperti perempuan lain yang biasa kau permainkan. Kau sentuh seinci badan dia, aku akan pastikan merana." Aku mengugut dengan riak wajah serius dan lebih dingin dari biasa. Aura membunuh sengaja ku keluarkan. Acah acah serius. Muka Leo disana sudah cuak. Dia meneguk liur sambil tersengih. Simbol Piece dibuat. Aku kembali meneruskan langkah.

Kite P.O.V

Air terjun yang jatuh diperhati tanpa jenuh. Kaki ku perlahan direndam kedalam sungai. Keluhan kecil terlepas dari bibir. Ingatan minda kini dipenuhi tentang Aurora. Aku meraup wajah kasar.

"Dia tak ingatkah? Tentang dunia ini? Terima atau tak nanti jika dia sudah mengetahui hakikatnya? Apa pilihan dia? Pasti Harold sudah menceritakan segalanya. Dia pasti sedih. Dia perlukan seseorang disisinya. Patutkah aku melawatnya nanti?" Aku mengomel seorang diri. Nasib baik di air terjun ni tak ada orang. Kalau tak jatuh maruah sebagai putera! Lepastu masuk berita 'Putera salah satu kerajaan mengomel seorang diri di air terjun bagai orang gila'. Pergh! Sensasi terhangat.

Ikan yang berenang bebas, diperhati dengan pandangan kosong. Berat tanggungjawab Aurora. Kalau lah posisi dapat ditukar, biar aku yang menanggung segala bebannya. Biar aku yang merasa segala derita nya. Biar dia tak perlu melalui segala hal ini. Tapi..

"Masih ingatkah kau akan janji  yang kita lafaz suatu ketika dulu Crystal?" Aku bergumam sendirian. Senyuman hambar terlakar di bibir.

Albert P.O.V

Aku masih membelek belek benda ajaib milik Aurora. Kini aku kembali ke bangku berhampiran taman. Bosan berada dibilik, jadi aku memlih untuk menghirup udara segar. Baju juga sudah ku tukar lebih simple, sepasang t-shirt dan jeans. Rimas bila asyik memakai baju diraja. (guys, baju diorang sama je macam kita. jangan pula korang ingat dorang ni cuma pakai guni yang dijahit menjadi baju pula ya? wk)

Mata ku masih ralit memerhati benda ini dari atas ke bawah. Ah! Benda apa ni? Berbentuk segi empat tapi lebih panjang. Aku mengurut dagu. Besarnya muat dengan genggaman jari.

Tadi, Aurora juga menyebutkan tentang line dan internet. Pelik, rasa nya macam pernah dengar. Ini mesti benda buatan manusia bumi~!  Hebatnya, aku kagum! Em kejap. Aku memerah otak. Rasanya memang aku pernah dengar tentang dua benda ni.

Dulu, alam Landia menjadi tempat persinggahan dunia lain. Tak terkecuali juga dunia manusia. Dengan persinggahan dunia lain ini, alam Landia memanfaatkan nya dengan menukar barangan mereka agar ada barangan yang berguna untuk alam Landia. Dan salah satu yang menarik perhatian ku saat itu, benda bernama teknologi. Benda yang dibawa dari alam manusia. Tapi itu dulu, semenjak tekanan kuasa hilang kawalan alam Landia tak berani dijejaki. Kabar demi kabar dari alam Landia tentang keadaan penduduknya membuat pendatang yang selalu singgah di alam ini tidak lagi berani ke sini. Ya, sedangkan penduduknya sendiri tak mampu bertahan dengan tekanan kuasa, apalagi orang luar.

Tapi, kami keluarga diraja masih beruntung. Tekanan kuasa kami setakat ini masih mampu melawan tekanan kuasa alam Landia. Cuma, tak pasti sampai bila. Andai Aurora tak menaiki takhta, kami para keluarga diraja juga turut mendapat nasib yang sama seperti mereka. Ah! Aku mengetuk kepala. Melalut jauh dah ni.

Secara tak sengaja, tanganku tertekan punat yang ada di benda tersebut. Serta merta benda tadi bercahaya! Aku memandangnya dengan teruja. Di dalam benda tersebut, terdapat gambar Aurora dengan seorang lelaki. Berambut hitam dan kacak. Posisi Aurora memegang erat lengan lelaki dengan baju yang mempesona serta rambut yang disanggul tersenyum manis dengan si lelaki. Dari raut wajah Aurora, dia kelihatan bahagia. Begitu juga si lelaki. Keduanya seperti pasangan kekasih.

Aku menekan ke tepi gambar itu. Terdapat gambar lain lagi. Tapi masih gambar Aurora dan si lelaki. Bermacam pose dilakukan mereka berdua membuatkan aku sedikit cemburu. Tapi dalam masa yang sama, gaya comel yang dilakukan Aurora membuatkan aku tersenyum terhibur. Dari gaya piece, pipi dikembungkan hinggalah mata juling. Aurora, mampu menawan hatiku dari pertama kali melihat mata merahnya. Ianya mempesonakan.

Aku tersenyum nipis. Gambar kali ini, hanya gambar Aurora sendiri dengan senyuman manisnya. Aku menekup dada. Jantung berdebar kencang. Aku.. aku dah jatuh cinta! Cinta pandang pertama! Bonda! Albert dah jatuh cinta!

"Dia cinta pertamaku. Akan ku pertahankan dia, sedaya upaya!"

Aku bertekad sendiri. Senyuman tak lekang dari bibir!

『ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ᴛᴡᴏ ᴡᴏʀʟᴅs』Where stories live. Discover now