【ʙᴀʙ 8】

23 0 0
                                    

Somewhere In Tressia Castle

Tujuh orang lelaki duduk berpusingan. Sebuah meja bulat menjadi perantaraan. Mereka duduk di tengah tengah kawasan yang besarnya seperti dewan. Kalau dilihat tempat tersebut tersebut mempunyai luas seperti padang bola ditengah tengah. Di sisi pula terdapat banyak bilik yang tersusun. Namun hanya tujuh yang terpakai. Atap mereka terbuat daripada kayu sekaligus kayu tersebut berdaun. Lantai tempat berpijak pula adalah rumput yang halus.Namun tempat tersebut menjadi larangan kerana ianya kawasan tempat tinggal ketujuh orang lelaki tadi.

"Dia dah pulang."

Salah satu daripada mereka bersuara. Yang lain hanya mendengar. Suasana kembali sepi.

"Dia dah besar."

Lelaki yang memulakan pembicaran tadi bersuara lagi. Kali ini dia berdiri lalu naik keatas meja bulat. Dengan selambanya dia duduk bersila sambil memejam mata. Rambut biru nya yang terjuntai dihadapan disisir menggunakan tangan ketepi. Matanya dibuka lagi. Terserlah lah iris matanya yang tajam mirip seperti mata ular dan berwarna senada dengan rambut birunya. Bukan hanya dia yang bermata seperti itu, tapi kesemuanya. Mata yang mirip seperti ular tapi lebih tajam dan lebih menakutkan.

"Come on! Kenapa senyap? Happylah sikit!" Merasa jengkel, lelaki bermata biru bangun dari bersila lalu berdiri di atas meja bulat. Dengan gaya kebudak budakkan dia lalu melompat lompat di atas meja bulat tadi. Dia bergelak bahagia, dengan kabar yang diberikan.

"Dia dah balik! Yeahh!"

Seorang lagi, berambut kuning keputihan serta beriris mata kuning keemasan turut naik ke atas meja lalu melompat bersama si mata biru. Yang lain menggeleng kepala.

"Makhluk bodoh!"Kutuk lelaki berambut merah seperti api serta iris mata senada sambil menepuk dahi. Meja tadi berbunyi kuat setiap kali mereka berdua melompat.

"Hish jangan melompat la nanti patah meja ni!" Tegur seorang lelaki, berambut koko serta beriris mata coklat kegelapan. Dia mencuba naik ke atas untuk menghalau kedua makhluk yang sibuk berpesta ria. Tapi kelihatannya meja itu tak mampu menampung tiga orang dalam satu masa.

"Hidup dah lama tapi perangai macam celaka! Bila lah agaknya kau nak mati." Sampuk seorang lagi lelaki berambut hitam pekat berserta iris mata yang sama. Perlahan saja nadanya. Dia berpeluk tubuh lalu menyandarkan badannya dikerusi. Mata dipejam rapat.

"Dia dah makin cantik." Sampuk seorang lagi lelaki berambut silver berkilau senada dengan matanya. Suaranya halus sahaja namun dapat didengari keenam lelaki bersama mereka.

"Wah kau memuji perempuan lah! Aku ingatkan kau gay sebab tak pernah puji perempuan!" Sampuk seorang lelaki berambut hijau lembut dan iris mata berwarna hijau tua. Sampukan si rambut hijau membuat semua orang tertawa termasuk kedua lelaki yang asyik melompat. Si rambut silver mencebik geram.

"Dia akan datang. Dan yang kita lakukan hanyalah menunggu." Si rambut hitam bersuara lagi. Kesemua yang mendengar hanya mengangguk. Tak sabar menanti kehadiran DIA.

****

Ferris mengemam bibir. Kening yang tak gatal digaru. Nak cari kemana si ketot nih? Buat hal betul lah manusia ketot pendek tu.

"Ish buat hal betullah nak lari bagai! Kau pun satu Albert! Kau peganglah dia betul betul! Ini tak! Sibuk menyakai dengan benda asing entah apa tu! Kan kau dah dengar sendiri dari Harold! Budak tu masih tak dapat terima semua benda ni! Sekarang dia lari pula ke hutan tu! Dahlah banyak binatang abnormal tinggal dekat sana! Entah entah dah jadi hidangan makan malam dah dia!" Ferris melampiaskan amarahnya sambil langkah mereka laju menuju ke istana Tressia.

Albert mengikut dibelakang. Dia diam menikus. Sedari tadi dia hanya mampu menadah telinga mendengar bebelan Ferris. Nak menangis pun ada bila tengok wajah Ferris yang tak berhenti menyinga. Ini baru Ferris. Yang lain? Bila fikir je benda tu nak menangis meraung melalak pun ada.

"Tak pa. Kita tunggu saja didepan istana berhampiran taman. Semua akan berkumpul disana nanti. Harap ada yang terjumpa dia." Ferris memperlahankan nadanya. Sedar dia terlalu kasar dengan Albert. Ferris mengeluh.

"Maaf terlalu kasar. Harap lepas ni kau lebih berhati hati." Selesai saja berkata Ferris berjalan laju meninggalkan Albert yang terpinga pinga sendirian.

"Hmph. Tak apalah. Mungkin orang lain yang terjumpa dia. Nanti aku bagi balik benda ni." Albert mengeluh. Smartphone dikeluarkan dari dalam bajunya. Dia tersenyum hambar. Dia menyambung langkah menuju ke ketaman istana. Kelihatan sebuah pondok yang indah dihiasi bunga. Ferris kelihatannya sudah sampai lalu berbual dengan Harold. Wajah mereka kelihatan resah. Albert mengeluh.

"Putera Albert." Harold menegur dikala Albert menjejak kan kaki masuk kedalam pondok.

"Bagaimana??" Soal Albert. Mata merah Harold merenung rumput disana. Telinga kelincinya yang runcing ke atas menunduk ke bawah.

"Tak apa. Saya pasti Putera Zachary akan menemui Ratu Aurora. Lagipula hanya dia yang masih belum ada disini." Jelas Harold.

Albert memerhati sekeliling. Semua sedang berbual. Dan kesemua mereka ada disini kecuali seorang. Ya Zach. Harap budak tu dapat ditemui.

"Lagipula saya yakin Putera Zach mampu membawa Ratu kembali. Dan kita kenal Putera Zach macam mana kan? Kalau perlu, dia akan heret Ratu Aurora." Harold tertawa halus. Telinganya yang ada dikepala itu menegak. Albert tersenyum geli hati.

"Agaknya, mereka berdua akur atau tak ya?" Soal Albert.

"Sudah semestinya tak. Aurora jenis panas baran. Zach pula jenis yang suka mengusik. Kau rasa apa yang akan terjadi?" Ferris datang entah darimana lalu menyampuk pembicaraan Albert dan Harold.

"Perang ketiga!" Jawab Harold sambil tangan didepakan. Sempat dia tergelak terbahak bahak sebelum kepalanya diketuk kuat oleh Ferris.

"Aduh sakit!"

"Butler kurang hajar." Kutuk Ferris membuat Harold mencebik. Muncung panjang sidepa.

『ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ᴛᴡᴏ ᴡᴏʀʟᴅs』Where stories live. Discover now