【ʙᴀʙ 4】

34 5 0
                                    

Bukk!

Bayangan Chris serta merta lenyap apabila Aurora merasakan yang dia disambut sepasang tangan kekar dan tegap. Aurora menarik nafas lega selega leganya! Nasib dia masih hidup. Dahlah jatuh lama, tinggi pula tu. Matanya perlahan lahan dibuka.Dia tahu dia jatuh dan disambut oleh seseorang. Dia yang masih berada dalam posisi bride-style memandang wajah lelaki dihadapannya. Anak mata nya yang memang sejak azali lagi berwarna merah ruby berpaut dengan anak mata berwarna aqua lelaki tersebut. Aurora tergamam. Bibir dikemam serapat rapatnya. Matanya dan mata lelaki didepan nya ini masih saling memandang satu sama lain. Aurora merasa kagum melihat ketampanannya.

"Kau tengok apa ?"

Soal lelaki itu dengan kasar. Belum sempat Aurora menjawab, lelaki tadi melepaskan tangannya yang menyambut Aurora secara kasar. Aurora terjatuh terduduk.

"Aww bontot akuu!"

Teriak Aurora kecil. Dia berdiri perlahan. Tangan masih menggosok punggungnya yang sakit. Hilang segala perasaan kagumnya terhadap lelaki tu. Hampeh, harap muka je tampan.

Lelaki tadi memandang Aurora dari atas ke bawah. Keningnya ternaik bila matanya sekali lagi berpaut dengan mata Aurora.

"Siapa nama kau perempuan? Dan macam mana kau boleh terjatuh tepat di tempat aku? Nasib baik aku sempat tangkap. Hey, mata kau macam aku kenal. Tapi dimana hurm?"

Soal lelaki tadi. Matanya masih memandang Aurora. Aurora menggulingkan mata.

"Aurora Lauren. Nama aku Aurora Lauren. Macam mana aku jatuh ke sini? Aku sendiri pun tak tahu. Dan berhenti pandang aku dari atas ke bawah! Kau pervert!"

Hambur Aurora geram. Dia memandang sekeliling. Dia jatuh dimana? Suasana tempat tersebut masih cerah, masih pagi. Di depan nya terbentang sebuah tasik yang airnya berwarna hijau zamrud.

"Tadi, sebelum aku jatuh. Masa tu masih malam. Sekarang masih pagi? Eh? Kelinci putih! Hadiah aku?! Tak gunaaa!"

Rambut hitamnya ditarik tarik penuh geram. Gara gara kelinci itu, dia jatuh ke sini. Ke tempat yang asing bagi dirinya. Wajahnya merah menahan marah. Aurora terlupa seketika yang lelaki kasar itu masih berada bersamanya. Tangan Aurora direntap kasar membuatkan Aurora segera menoleh ke depannya.

"Ikut aku ke istana. Tempat ini adalah kawasan larangan bagi orang awam. Dan kau sudah dianggap penceroboh kerana masuk ke sini."

Balas lelaki tersebut dengan selamba. Aurora terpinga pinga. Dirinya diheret paksa oleh lelaki itu. Seketika kemudian, sel sel otak Aurora baru berhubung. Mencuba menghadam apa yang dikatakan si mata emas itu kepadanya. Aurora mengeraskan badan agar si lelaki berhenti mengheretnya secara paksa.

"Kau tak boleh heret aku sesuka hati! Aku bahkan tak tahu menahu tempat apa yang sedang ku pijak!"

Balas Aurora dengan dingin. Dia mendongak memandang lelaki dihadapannya. Mata bertentangan mata.

"Perempuan yang keras kepala!"
Marahnya kepada Aurora. Aurora masih memandangnya seperti tadi. Memandangnya dengan pandangan yang menggerunkan. Anak mata merah rubynya berubah warna menjadi merah membara. Sama seperti perasaan nya sekarang. Lelaki tadi tersentak melihat perubahan anak mata Aurora yang memandangnya tajam dan menikam. Timbul sedikit perasan takut dihatinya.

"Ikut aku atau kau akan dikenakan hukuman yang lebih berat!"

Ujarnya lagi seraya menarik lengan Aurora. Namun Aurora melawan. Tangan yang menarik lengannya ditepis kasar. Pandangan lelaki yang penuh amarah itu dipandangnya tanpa perasaan takut. Dirinya juga sedang marah sekarang! Semuanya salah si kelinci putih!

"Aku tak nak apa apa kan kau. Jadi sebelum aku 'ter'paksa apa apa kan kau .. Baik kau ikut aku sekarang."

Pujuk lelaki itu lagi. Kali ini suaranya yang agak garau itu dilunakkan. Aurora tersenyum sinis. Marahnya sudah tak dapat ditahan lagi.

"Ikut kau? Heh. Kenapa aku harus ikut kau? Kau tahu, dari awal lagi aku dah ditimpa sial gara gara seekor kelinci yang mencuri hadiah aku. Dan gara gara kelinci yang boleh bercakap tu lah aku jatuh ke lohong! Dan lohong sialan tu pula yang bawa aku ke tempat tak guna ni! Ditambah lagi aku berjumpa dengan lelaki kasar macam kau! Kelinci putih tak guna tu yang patut kau hukum! Bukan aku!"

Dada lelaki didepan Aurora ditunjal beberapa kali. Muka Aurora merah menahan marah.

"Kau meman-"

Ayat nya tergantung apabila suara seorang lelaki menerpa gegendang telinga. Aurora berpaling memandang pemilik suara yang berasal dari belakang. Begitu juga lelaki didepannya yang menjengukkan kepala bagi melihat gerangan yang memanggil dirinya.

"Putera Ferris! Kau kat sini rupanya! Lebih baik kau tolong aku. Harold ada inform aku. Rasanya dia jatuh berhampiran kawasan istana. Bantu aku cari di-" ayat lelaki yang baru datang itu terhenti apabila mata biru lautnya berpaut dengan mata merah terang membara Aurora. Dia memandang Aurora dengan wajah terkejut.

"Dia disini!"

『ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ᴛᴡᴏ ᴡᴏʀʟᴅs』Where stories live. Discover now