【ʙᴀʙ 14】

24 2 1
                                    


Rasa sakit dan berdenyut di kaki memaksa matanya agar terbuka. Silauan lampu memedihkan matanya. Dengan perlahan, dia membaringkan badannya di atas tilam yang super empuk itu. Kepalanya terasa berdenyut kuat, sama halnya dengan kedua kakinya.

Aurora menurunkan kedua kakinya ke atas karpet yang lembut itu. Dia mendesis sakit apabila tapak kakinya berdenyut kuat. Dengan kudrat yang ada, dia memandang kedua tapak kakinya. Terdapat beberapa garitan luka serta darah kering di kedua tapak kakiinya. Ah, dia lupa sesuatu.

"Dari saat aku mengejar Harold, aku tak pakai selipar pun! Bodohnya!" Kepala diketuk perlahan. Senyuman nipis terukir di bibir. Aurora kembali memandang pakaiannya. Ah dia lupa lagi.

"Aku terus tidur tanpa mandi. Hm patutlah busuk." Aurora cuba menghiburkan hati sendiri. Pandang dilemparkan ke luar jendela. Sudah hampir gelap. Berarti kejap lagi malam akan melabuhkan tirainya.

"Aku tidur dari tadi ke? Hmm.." Aurora bergumam sendirian. Kalau dirumah, pasti Sam sudah membaling bantal ke arahnya kerana tidur semalaman. Atau tak pun, dia akan melompat lompat di atas katil milik Aurora untuk membangunkan dirinya. Atau paling teruk! Dirinya disimbah menggunakan air baldi yang sejuk! Kejam! Aurora senyum sendiri mengenangkan perangai abang kesayangannya. Senyumannya kembali pudar. Dia ingin pulang, tapi dirinya tak mampu.

"Ahh~ Mari kita mandi~" Aurora menjerit kegirangan. Cuba menghalau rasa sedihnya. Sekejap lagi kan makan malam! Aurora menuju ke kamar mandi nya yang besarrrrr sambil memegang perutnya.

"Cacing cacing sekalian, sabar yaa.. Kejap lagi kita makan!" Perut ditepuk tepuk. Dan perutnya pun berbunyi. Agaknya cacing dalam perutnya menyahut.

"Mandi~ Mandi~ Mandii!"

****

Zachary P.O.V

Tok! Tok! Tok!

Aku berpeluk tubuh sambil menunggu balasan dari dalam bilik. Hampir seminit, namun tiada sahutan. Aku mengigit bibir. Nak ketuk lagi sekali ke tak? Hmm.. Atau.. redah masuk terus? Ish! Tak boleh, aku bukan macam Leo. Lepastu nak buat apa? Dagu diketuk ketuk.

"Tapikan, dia mesti lapar."

"Dia tengah tidur kut. Tu yang tak ada sahutan. Masuk je lah. Yang lain dah tertunggu tunggu tu." Omel ku sendirian. Pintu bilik Aurora aku tolak perlahan. Kaki dilangkah masuk perlahan. Jantung terasa berdegup pantas, cuii! Masuk bilik dia pun boleh buat jantung menggila ke? Serius, aku rasa jantung aku yang bermasalah. Tak apa, lepas ni balik kerajaan aku buat pemeriksaan jantung.

Katil besar kelihatan kosong. Selimut yang terletak elok aku selak ke tepi. Kelibat Aurora tiada dimana mana. Aku memandang ke seluruh pelosok bilik. Mana dia? Ke aku yang salah bilik? Takkanlah. Betul ni yang bilik Harold cakap tadi. Tapi pemiliknya mana? Jendela yang terbuka menjadi perhatianku.

Dari belakang, tepatnya dari kamar mandi. Kedengaran suara senandung dari seseorang. Serentak itu derap kaki kedengaran. Bau bauan sakura yang wangi menusuk hidung. Aku terbuai seketika. Wangian ini, wangian kegemaranku. Sakura.

"Zach? Buat apa kat sini?" Suara merdu menerpa gegendang telinga. Aku pusing badan memandang Aurora.

Dia sedang mengeringkan rambut menggunakan tuala. Aku meneguk air liur. Pajama berwarna biru tua bercorakan bintang dan bulan sangat padan dengan dia.  Mata merahnya sekali sekala mengerling aku. Dia mencebik bila tuala tersangkut di antara rambut rambutnya yang panjang. Serius dia nampak comel! Ah apa yang kau merepek ni Zach! Aku menggeleng sebelum berkata.

"Semua dah tunggu kau tu. Makan malam." Sejurus perkataan makan malam keluar dari bibir, Aurora tersengih menampakan gigi putihnya yang tersusun rapi. Aku melarikan pandangan. Sumpah, aku tak kuat tengok dia sengih comel macam tu. Dengan mata merah dia, bibir merah merekah dia, pajama comel dia! Tak kuat! Sejak bila aku jadi macam ni?

Aku melirikan pandangan untuk melihat Aurora. Dia berjalan menuju ke katil bersaiz besar. Dari pandanganku, Aurora berjalan dengan kening yang berkerut. Seperti menahan sakit. Dia duduk di atas katil. Kakinya diangkat perlahan. Aku mengerutkan dahi. Dia nak buat apa? Tak tahan melihat, aku turut mendekati dia.

Dan saat tapak kaki kanan nya diangkat, kelihatan beberapa luka yang kembali berdarah. Ni mesti pasal lari dekat hutan tadi.

"Sakit ke?" Aku menyoal sambil menyentuh lukanya. Dia berdesis kesakitan. Tapak kaki kiri turut diangkat. Kedua tapak kakinya luka.

"Ada first aid tak?" Aurora menyoal seraya pandanganya melilau mencari benda yang dimaksudkan.

"Luruskan kaki." Aku memberikan arahan. Terkebil kebil Aurora memandangku tetapi akhirnya dia menurut jua. Aku menghalakan kedua tapak tangan ke arah tapak kaki Aurora. Cuba fokus dulu. Aku menarik nafas lalu hembus.

"Preqer tros de'"

Selesai saja mengatakan ayat tadi, keluar cahaya biru kehijau hijauan memenuhi tapak tangan nya. Aurora mengerut kan dahi. Dia menahan sakit. Oh lupa, penyembuhan aku bersifat agresif tetapi pantas. Jadi tak hairan lah kalau dia merasa sakit. Tak sampai lima saat, cahaya ditangan mula hilang.

Aurora membuka mata. Tapak kaki diperhati dengan wajah tak percaya. Dibeleknya ke kanan, dibeleknya ke kiri. Luka dah hilang! Parut pun tak ada! Aurora berdiri, lalu cuba berjalan. Siap melompat pula. Aku cuba menyembunyikan senyuman.

Aku menuju ke almari, membiarkan Aurora yang masih ralit dengan tapak kakinya. Dari luar memang nampak macam almari. Tapi bila buka pintu, pergh! Besar gila! Macam bilik, tapi memang lagi besar dari bilik biasa. Dan yang ada dalam almari ni cuma baju. Baju pun pelbagai, dari t shirt sampailah ke gaun. Kasut pun memang ada. Pendek kata memang complete lah! Aku menuju ke bahagian kasut. Selipar tidur berwarna biru muda dan lembut menjadi pilihanku.

Aku keluar kembali lalu menjenguk Aurora. Kali ni dia siap rembat katil saiz king tu untuk melompat. Habis berselerak barang. Aku menggeleng kepala.

"Dah habis jadi beruk tak bertauliah? Nah pakai." Aku menghulurkan selipar tadi. Aurora menyambutnya dengan sengihan comel tahap dewi dia.

"Thanks Zach." Matanya memandang dalam mataku. Senyuman manis terlakar di bibir mungilnya. Aku cuba menyembunyikan senyuman.

"Cepat, orang lain dah tunggu." Aku membuka langkah untuk beredar. Dan tak disangka lenganku dipaut oleh Aurora lalu aku diheret sekali olehnya.

"Okey! Jom makan."

Aurora menjerit kegirangan. Perangai macam kanak kanak. Dia memang penuh dengan kejutan.




 Dia memang penuh dengan kejutan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 28, 2021 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

『ʙᴇᴛᴡᴇᴇɴ ᴛᴡᴏ ᴡᴏʀʟᴅs』Where stories live. Discover now