Bab 10 - Kampung

3.1K 156 11
                                    

"Ha, turun pun kamu berdua."

Puan Sri Tengku Nur Zahra bersuara saat pasangan mempelai itu turun ke ruang tamu. Syazwan menghenyakkan punggungnya di atas sofa bersebelahan mamanya. Amirah pula duduk disebelahnya.

"Mama nak bincang sesuatu dengan Syazwan dan Mirah." tutur mama Syazwan sambil memandang serius mereka berdua. Hati mereka agak gelisah menanti butir bicara mama mereka yang nampak serius benar.

"Mama nak kamu berdua pergi percutian bulan madu kat kampung." laju sahaja tutur itu keluar daripada mulut Puan Sri Zahra. Mereka masing-masing melongo.

"Maksud mama, kampung mana? Mama serius?" soal Syazwan dengan wajah yang seakan tidak percaya dengan apa yang mamanya cakapkan.

"Mama serius. Mama nak kamu belajar kat kampung Mirah."

Puan Sri Zahra memandang tajam anak bongusnya itu seakan sedang memberi amaran jika berani mengingkari perintahnya. Syazwan meneguk air liurnya sendiri dengan rasa takut. Amirah juga agak terkilan tapi cepat-cepat gadis itu menyembunyikan perasaannya.

"Jangan risau, kampung Mirah kat Kelantan. Bukan jauh pun dari KL."

"Apa, Kelantan?"

"Ya, Kelantan. Kamu dengar kan apa yang mama cakap tadi? Mama letih nak ulang banya kali."

Syazwan meraup wajahnya dengan hati yang sudah dijentik rasa resah. Amirah memandang suaminya pelik. Tak suka balik kampung ke macam mana?

"Alright mama. That's your choice right?"

Syazwan mengangkat punggungnya lalu berjalan naik ke biliknya. Amirah memandang kelibat Syazwan yang beransur hilang dari pandangannya. Puan Sri Zahra mengukirkan senyuman manis kepada Amirah.

"Dia tu budak manja, Mirah. Dia tak sukakan suasana kampung. Kolot katanya. Lagipun selama 17 tahun dia hidup, tak pernah sekalipun dia jejakkan kaki di kampung. Mama risaukan dia jadi mama buat keputusan untuk hantar dia balik kampung dengan kamu. Dua minggu sahaja. Tak lama kan?"

Amirah mengangguk senang. Dia turut bersimpati terhadap mamanya. Nak buat macam mana, Syazwan sudah tak makan saman dengan nasihat orang. Kalau bagi nasihat pun, ibarat mencurah air ke daun keladi. Sia-sia sahaja.

"Takpe mama, Mirah cuba buatkan dia cintakan kampung."

Tiba-tiba tangan mulus milik Amirah itu digenggam kemas oleh Puan Sri Zahra bersama mata yang turut berkaca. Ada air jernih yang bertakung di juring mata.

"Mama, Mirah akan cuba usahakan juga. Mirah janji."

Amirah mengusap lengan mamanya. Puan Sri Zahra mengangguk laju sambil memandang wajah Amirah dengan senyuman manis yang diukir di mulutnya.

Skip

"AKU TAK NAK BALIK KAMPUNG! AKU BENCI KAMPUNG!" jerit Syazwan dengan rengekan yang manja. Amirah menggeleng lembut kepalanya. Pening kepala dengan sikap kurang matang Syazwan.

"Awak, kita dah duduk kat kampung ni. Cepat turun." Amirah berbicara sambil memegang bagasi miliknya. Kali ini, kereta Merchedes Benz itu dipandu oleh Amirah kerana Syazwan yang keras kepala tidak mahu pulang ke kampung. Lagipun Syazwan sendiri tidak tahu selok-belok jalan kampung. Elok dia memandu, Syazwan pula merengek menjerit tidak mahu pergi.

"Awak, masuk jom? Opah dan Atok dah tunggu kat dalam tu."

"Aku tak nak masuk. Kau pergi lah . Aku tak selera tengok suasana kampung."

Amirah membuatkan riak wajah menyampah. Dia menjeling Syazwan tajam yang sedang memeluk bantal Pororo. "Suka hati awaklah kalau macam tu. Saya masuk dulu. Kalau ada 'benda' kacau awak, saya tak nak bertanggungjawab."

Amirah terus masuk ke dalam rumah meninggalkan Syazwan yang berada dalam kereta. Perasaan takut mula menjalar dalam hatinya. Dia terasa seperti diperhatikan oleh sesuatu. Terus dia mengambil bagasi jenama mewahnya lalu menghayunkan kakinya mengikuti langkah Amirah.

Amirah mengetap bibir tersenyum. Tahu pun takut.

TBC ❤

Author's note :

Maaf semua sebab saya dah lama tak update. Minggu ni sibuk dengan aktiviti kat sekolah.

Minggu depan exam pula. Haih, wish me luck guys ! Doakan saya 💕.

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Donde viven las historias. Descúbrelo ahora