Bab 19 - Air

2.5K 126 10
                                    

Aku dan dia bukan definisi bahagia.

***

"Kenapa kau buat syarat macam tu hah?" Syazwan memandang tajam Amirah.

"Apa yang aku buat?" soal Amirah kembali seakan tidak tahu. Malaa melayan sebenarnya.

"Kau cakap kat mama dan papa kau benarkan aku kahwin dengan Athena tapi bersyarat. Dan syaratnya ialah aku kena jadi orang suruhan kau selama seminggu! Kau ingat aku ni orang gaji kau? Suka hati kau jer!" tengking Syazwan sambil pinggangnya dicekakkan.

Amirah tersenyum sinis. Dia mula menapak beberapa langkah ke hadapan sehingga Syazwan terpaksa mengundur langkah juga. Senyuman manja tiba-tiba terpamer di wajah gadis itu saat melihat Syazwan yang semakin gugup. Mungkin kerana jarak mereka yang terlalu dekat atau Syazwan memang seorang yang cepat gelabah. Tebak Amirah.

"Kenapa hmm?" tuturnya dengan suara yang lembut dan sedikit menggoda.

Syazwan menelan air liurnya sendiri. Berada sedekat ini dengan gadis itu mampu membuatkan dirinya tak keruan. Sudah la memakai baju tidur yang boleh nampak lingerie pula tu. Ya Allah, gadis ni tak malu ke?

"J-jauhkan diri kau" ujar Syazwan lalu memandang ke arah lain. Bimbang jika hati lelakinya bergelora kuat.

Amirah menarik kembali dagu milik Syazwan supaya menghadap wajah putih bersih itu. "Amirah ni lain daripada yang dulu." desis hati Syazwan. Dirinya tak betah lagi menghadap wajah isterinya. Bukan tak mahu tapi dia sudah ada Athena.

"Kenapa takut? Takut tergoda dengan isteri sendiri?" Amirah senyum mengejek lalu menyambung, "Kau tahu kenapa aku benarkan kau kahwin dengan Athena? Sebab aku tahu lelaki macam kau ni tak layak untuk jadi ayah anak aku dan juga tak layak untuk pimpin jalan aku. Aku rasa mesti dulu Amirah ni banyak menderita dengan kau kan? Baguslah kalau kau dah tak cintakan dia sebab Amirah pun tak sukakan kau. Dia boleh cari yang lebih baik daripada kau. Aku tak nak kau menyesal. Tapi haha nak buat macam mana? Kau dah melangkah jadi kau tak boleh mengundur kembali."

Amirah memandang tajam mata milik suaminya. Mata lelaki itu sepertinya sedang mencari kekuatan untuk menghadapinya. Kenapa takut?

"Tak, kau salah." balas Syazwan pendek.

Mata Syazwan menikam tepat anak mata Hazel Amirah. "Amirah bukan macam tu. Amirah dulu, aku yang mula sayangkan dia. Aku sayang dia sangat-sangat dan aku harap dia dapat balas kembali ucapan aku." Dia tersenyum tawar.

Amirah menjongket tinggi keningnya. "Ucapan apa?"

"I love you."

***

Athena melangkah keluar daripada biliknya. Spontan matanya melihat dua kelibat di dalam bilik bertentangannya sedang bergaduh. Wajahnya kelihatan senang. Dia memang mengharapkan perpecahan merek berdua supaya hanya dia yang dapat bertakhta di hati lelaki tampan itu.

Cepat-cepat dia turun ke bawah mengambil air masak. Sesudah melihat ke kanan dan ke kiri, dia memasukkan satu ubat perangsang hormon ke dalam gelas minuman berisi air masak. Sengihannya makin melebar membayangkan dia bersama Syazwan. Oh, tak sabarnya nak kahwin!

Usai memasukkan serbuk itu ke dalam minuman, dia menatang dulang naik ke tingkat atas. Dilihatnya Syazwan yang masih berada dalam bilik isteri pertamanya. Amboi, tak sabar nak jadi isteri kedua betul Athena ni.

Athena melangkah ke arah mereka dengan riak wajah ayu dan senyuman manis terukir di bibir. Serentak itu, mereka berdua berpaling ke arah Athena.

Sambil tersenyum Athena berkata, "Syaz, drink this. I'll put it in the table. Make sure you drink this okay? Bye honey!"

Athena terus berlari anak masuk ke biliknya sendiri. Dia bersorak di dalam hati sambil menari sedikit. Pantas gaun tidur paling cantik dan seksi dipilihnya.

"See? He's mine, Amirah." gumamnya perlahan.


***

"Kau kenapa tak puas hati sangat hah dengan aku!"

"Eh kau lah yang mula dulu kan?"

"Kau ni takde adab ke hah? Kat sekolah dulu kau ponteng kelas sivik ke? Sivik mana sivik?"

"Hello Encik Syazwan, saya ni dapat A plus tau sivik. Jangan main-main. Encik yang takde sivik ni jangan nak mengajar saya sivik!"

Bertekak pula mereka berdua. Masing-masing tidak mahu mengalah.

"Ish, panas betul hati aku." rungut Syazwan lalu mengambil air dalam dulang tersebut. Diminumnya air itu dengan rakus sebelum air tersebut dirampas oleh Amirah.

"Bagi sikit kat aku. Aku pun dahaga lah mangkuk ayun!"

Amirah meneguk sisa air tersebut selamba. Kepalanya tiba-tiba berdenyut hebat.

TBC 💕


Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now