Bab 18 - Lupa

2.5K 124 29
                                    

Amnesia is a deficit in memory caused by brain damage, disease, or psychological trauma. Amnesia can also be caused temporarily by the use of various sedatives and hypnotic drugs. The memory can be either wholly or partially lost due to the extent of damage that was caused.

***

"Jadi... maksud doktor, Amirah takkan pulih daripada amnesia? Tapi kenapa doktor? Bukan ke penyakit sebegini boleh sembuh? Kenapa dia tak boleh?" soal Puan Sri pada Doktor Raihan yang bertanggungjawab sebagai pakar bedah anaknya.

Doktor Raihan menghembus perlahan nafasnya sebelum menyambung, "Puan Sri, kes Amirah ni dah teruk. Ada dua jenis Amnesia. Satu yang boleh dirawat dan satu lagi yang tak boleh dirawat. Otak dia dah tercedera teruk, puan. Kami tak boleh tolong apa-apa untuk sembuhkan dia. Terimalah kenyataan ini," ujar Doktor Raihan sambil membetulkan sedikit cermin mata bulatnya.

"Dia perlukan ketenangan sekarang, puan. Saya harap semua akan beri dia masa untuk tenangkan minda dia. Tak mudah untuk dia terima hakikat ni puan." sambung Doktor Raihan.

Puan Sri Zahra merintih perlahan, "Dah 4 bulan kami tunggu dia, doktor. Usia dia baru nak mencecah 19 tahun. Dia terlalu muda untuk semua ni."

"Puan Sri, saya harap puan tabahkan hati. Banyakkan berdoa. Kita sebagai hamba Allah tak lari daripada dugaan dan ujian. Kerana melalui ujianlah dapat membezakan mana satu yang beriman dan mana satu yang tidak. Percaya, Allah letak kita pada sesuatu situasi kerana itu yang terbaik." kata Doktor Raihan yang melihat keadaan Puan Sri Zahra yang seperti terlalu bersedih.

Dengan pantas, Puan Sri Zahra mengangguk sahaja. Dia keluar dari bilik Doktor Raihan dengan langkah yang longlai. Dia tersentak apabila bunyi nada dering kedengaran. Dia mencari-mencari telefon Samsungnya dalam beg.

Laju sahaja puan sri menggesek ikon hijau untuk menjawab panggilan. "Assalamualaikum?"

"Waalaikumussalam, mama." sapa satu suara yang dia amat kenali itu.

Puan Sri Zahra tersenyum manis lalu menegur anak bongsunya, "Anak mama ni kenapa telefon tiba-tiba ni? Selama ni mana pernah nak telefon mama. Ada apa?"

"Mama, errr..."

Puan sri menunggu ayat seterusnya anaknya dengan hati yang gundah. Entah kenapa dia dapat rasakan ada sesuatu yang buruk akan terjadi.

"Syazwan akan balik Malaysia malam ni."

Puan sri mengucap syukur dalam hatinya. Wajahnya kembali senang. Perasaan gundah tadi diusir jauh.

"Tapi mama, Syazwan bawa balik seseorang."

Jantung Puan Sri Zahra berdegup-degup kencang. Perkhabaran yang disampaikan itu benar-benar mengguris luka di hatinya. Air matanya bertakung di tubir mata.

"Apa maksud Syazwan?" tegas puan sri menyoal anaknya.

"Bakal isteri Syazwan."

Dia menarik muka masam mendengar jawapan anaknya. Rasa mahu dilempang pipi anaknya jika ada di depan mata.

"Syazwan jangan berani nak test kesabaran mama. Berani kamu bawa balik perempuan dari mana entah asal usul? Habistu, Amirah? Kamu dah lupa ke pada bini kamu yang sakit tu? Dah la hampir setahun kamu tak balik Malaysia. Lepas tu, hari ni nak bawa balik perempuan. Kamu ni tak sedar diri ke?" bebel puan sri sambil mendengus kasar.

Satu lagi masalah bertambah!

***

"Amirah tak kesah." jawab Amirah selamba. Wajah gadis itu turut kelihatan amat ceria.

"Apa? Mirah tak kesah Syazwan kahwin lain?" Puan Sri Zahra menyoal pelik.

Bukan dia seorang yang merasakan Amirah pelik, malahan seisi keluarga terkejut dengan reaksi bersahaja Amirah. Mungkinkah ini kesan penyakit Amirah?

"Mom, so can I marry her?" tanya Syazwan pula.

Puan Sri Zahra mengurut dadanya yang terasa amat sesak ketika ini. Syahmi dan Syahira segara datang membantu ibu mereka untuk melabuhkan punggung di atas sofa.

"Syazwan ni dah melampau tahu tak? Tak fikir ke perasaan Amirah? Dah la bawa balik perempuan mana kat luar sana. Lepas tu suka hati nak kahwin dengan dia. Kamu ingat sikit, kamu tu kecil lagi. Usia masih tak matang! Papa takkan benarkan kamu kahwin dengan Athena walaupun kami ugut nak lari rumah! Papa takkan benarkan!" Dato' Seri Shah mengugut dengan nada tegas.

Takkan sekali-kali dia benarkan anak bongsunya itu mengahwini perempuan tak cukup kain itu.

"Mama, papa ... Amirah nak benarkan mereka berdua kahwin." Amirah menyampuk sambil mengukirkan senyuman manis.

"Apa?"

Seisi rumah agam itu bergegar dengan jeritan Puan Sri Zahra. Bahkan ahli keluarga yang lain turut tercengang.

Apa yang cuba dirancang oleh Amirah sebenarnya?

TBC 💕










Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now