Bab 16 - Blind date

2.4K 118 10
                                    

Suasana restoran mewah yang tenang itu membuatkan fikirannya sedikit tenang. Dari tingkap itu pandangannya ditebarkan ke luar, jauh ke arah jalan raya yang sibuk. Resah di dada Firdaus usah dicerita. Memang begitu mendebarkan jiwa sekali.

"Sayang tunggu abang." desis hatinya yang sudah tidak sabar menunggu kedatangan Amirah, gadis yang telah lama dia cintai.

Seorang perempuan yang memakai uniform pekerja menundukkan kepalanya tanda hormat.

"Tuan muda, Cik Amirah dah sampai." pekerja perempuan itu bersuara sambil bibirnya mengulum senyuman tipis.

Firdaus mengangguk lalu mengangkat sebelah tangannya supaya pekerja itu beredar. Pandangan lelaki itu masih melekat ke luar tingkap, cuba mengusir debaran halus dan senyuman yang sudah terukir di bibirnya.

"Assalamualaikum." satu suara yang menyapa dari belakang membuatkan Firdaus terkaku. Suara itulah yang seringkali dia rindukan dalam mimpinya. Firdaus menoleh.

"Wa-alaikumussalam, sayang." jawab Firdaus tersekat-sekat. Kornea matanya menjamah mesra wajah Amirah.

"Firdaus?" Amirah membulatkan matanya. Oh jadi ini rancangan Firdaus rupanya. Kenapa Firdaus susah untuk menerima hakikat bahawa dia bukan miliknya? Susahkah untuk melepaskannya?

"Sayang." panggil Firdaus dengan nada sebak. Mata dia kelihatan sedikit berkaca. Mungkin kerana diulit rasa pilu yang menghambat hati. Aduhai sudah tentu dia tak dapat melupakan cinta pertamanya.

"What? Are you insane, Firdaus! I'm not your lover anymore."

"No sayang. I sorang cinta you. You sayang I kan? Amirah I love you. I really do. Please marry me, Amirah. You're my honey, my love and my everything. Please, come back to me. I need you, Amirah. Saya tak boleh hidup tanpa awak sayang." rayu Firdaus dengan linangan air mata yang membasahi pipi.

Sanggup lelaki itu melutut di atas lantai semata-mata demi mendapatkan kembali kasih yang sudah pergi.

"Stop with this drama Firdaus. You know i'm married and you know the fact that you are my past. Yes we are once a lover but that's it. Don't live in the past but live in the future. You cannot force anything to be your own. We have life destined by Allah. So, keep moving forward and forget the past."

Amirah mengeluh berat. Kusut fikirannya apabila Firdaus sukar untuk melepaskannya pergi. Firdaus yang melutut terus bangun lalu mencengkam kuat kedua-dua belah tangannya. Dadanya berombak kencang menandakan dia sudah marah.

"No! You are my only one baby. And will always be my baby forever."

Firdaus mencerlung tajam ke arah Amirah. Lutut Amirah terasa lembik dan hatinya juga turut kecut. Bukan dia tidak tahu perangai pyscho Firdaus yang boleh muncul bila-bila masa sahaja. Dia cuba meloloskan diri daripada kekuatan lelaki itu namun tidak berjaya.

"Firdaus, l-lepaskan saya..." suara Amirah tersekat-sekat dengan ketakutan yang sudah menjamah hati.

"You milik I, faham!"

Firdaus melepaskan tangan Amirah apabila perasan gadis itu kelihatan amat takut lalu rambut hitam pekatnya dikuak ke belakang. Rasa bersalah menghantui dirinya sekarang. Bodoh kenapa kau buat macam tu? Gerutu hatinya.

"Awak, cinta dengan manusia tidak berkekalan dan adakalanya penuh dengan hipokrasi. Cinta dengan makhluk akan pergi dan musnah, tetapi cinta dengan Allah kekal abadi." Amirah bersuara sebelum mengorak langkah keluar dari restoran itu.

Maafkan saya, Firdaus!



***

Seorang lelaki usia pertengahan tahun sedang asyik menyalakan sepuntung rokok. Asap mula kelihatan apabila puntung rokok itu dihisapnya penuh riang.

Dia menatap lama wajah gadis bertudung itu dalam sebuah foto. Senyuman sinis mula terpamer pada wajahnya. Memang siap lah kau lepas ni budak!

"Hello datin? Ya jangan risau. Target dah ada di depan mata. Saya akan hapuskan dia sekarang juga. Baiklah."

Talian dimatikan lalu enjin kereta Proton Saga itu dihidupkannya. Lelaki itu memecut laju keretanya ke arah gadis sasarannya.

Bamm!

Gadis itu berjaya dilanggarnya dengan sekali cubaan. Dia segera memecut kembali kenderaannya risau diburu oleh polis.

Senang dengan perbuatannya, dia mengukir senyuman penuh makna.

TBC ❤

Shrek Vs Prince ✔ #Wattys2018Where stories live. Discover now